ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ECHODYNE MEMPERLUASKAN PASARAN UNTUK RADAR CUAS TERKEMUKA, ECHOGUARD

Thursday 24/06/2021



Pematuhan CE, RED, dan RoHS3 membuka pasaran Eropah. Permintaan pelanggan menambahkan produk dan keupayaan baharu.

SEATTLE, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Echodyne, syarikat platform radar, hari ini mengumumkan peningkatan yang cukup besar kepada radar terkemuka mereka di dalam industri, dengan menambahkan satu radar baharu bagi pasaran antarabangsa, satu produk baharu untuk aplikasi jenis operasi khas, sebuah radom yang tahan lasak, dan peningkatan berterusan di dalam perisian dan prestasi. Bersama-sama, perkembangan produk ini melambangkan kemajuan yang signifikan terhadap teknologi radar terulung mereka, MESA®. Dengan mempunyai pelanggan di dalam bidang pertahanan, keselamatan nasional, dan perlindungan infrastruktur kritikal, radar Echodyne telah menjadi satu komponen teras bagi mencegah UAS atau Pesawat Tanpa Pemandu, keselamatan sempadan, dan penyelesaian pengawasan 3D di pangkalan dan kawasan sekeliling.

Produk dan peningkatan itu termasuk:

· EchoGuard International. Radar EchoGuard baharu itu mempunyai pembinaan RoHS3 dan ia adalah mematuhi Arahan Peralatan Radio CE (RED) untuk pelanggan EU, bagi setiap Pensijilan Jenis Pemeriksaan bagi setiap 2014/53/EU arahan Peralatan Radio.
· Perluasan spektrum EchoGuard. Banyak bidang kuasa membenarkan bagi penggunaan Lokasi Radio pada 24.05-24.25 GHz, dan EchoGuard kini memiliki satu varian produk baharu untuk menangani pasaran ini.
· Radome yang lebih baik. Sebuah radom yang tahan lasak yang direka untuk menahan 1.5 joules bagi tenaga hentaman tanpa mengubah faktor bentuk radar itu.
· Kit Pengerahan Ringan (LDK). Dengan permintaan pelanggan yang tinggi bagi sebuah sistem ringan, LDK yang baharu itu direka untuk melengkapkan 10 jam bagi aktiviti Perisikan, Pengawasan, & Peninjauan (ISR), termasuk radar, komputer, dan bateri, ke dalam sebuah beg galas tentera yang beratnya ‹20 paun.
· Kemas kini perisian tegar. Semua radar Echodyne ditakrifkan dengan perisian, dan kemas kini ini termasuk kestabilan yang dipertingkatkan dan kemudahan penggunaan dan fungsi yang lebih besar.
· Bentuk gelombang baharu sesuai untuk resolusi halaju perlahan. Didorong oleh permintaan pelanggan, bentuk gelombang baharu itu direka untuk mengesan dan menjejak pergerakan yang sangat perlahan, seperti manusia berjalan kaki secara bersenyap-senyap, pada jarak lebih dari 1.5 batu.
· Kemas kini RadarUI. Kami telah meningkatkan dengan signifikan antara muka pengguna radar kami dengan sokongan barisan produk yang diperluaskan dan pengerahan lapangan yang lebih pantas untuk pengvisualan radar yang mudah.

“Kami terus mencari daya tarikan pelanggan yang sangat baik bagi radar berprestasi tinggi kami dan sangat teruja untuk menambahkan produk dan peningkatan baharu ini kepada keluarga EchoGuard,” kata Eben Frankenberg, Ketua Pegawai Eksekutif Echodyne. “Radar ulung kami kini ditanam di dalam sistem kesedaran keadaan termaju dan senjata, perlindungan kekuatan, pengawasan pangkalan dan aset 3D kawasan sekeliling, dan keselamatan infrastruktur kritikal. Kami sedang meningkatkan perniagaan kami untuk bukan sahaja memenuhi permintaan tetapi untuk menjadi pengeluar radar terkemuka bagi pelbagai aplikasi pertahanan dan keselamatan semasa dan masa depan. Masih banyak lagi yang akan datang dan kami teruja dengan fasa kami yang seterusnya.”

Untuk maklumat tambahan dan spesifikasi teknikal, sila layari laman web kami di echodyne.com.

Maklumat mengenai Echodyne

Echodyne, syarikat platform radar, mencipta dan menyampaikan radar MESA® yang kompak dan berprestasi tinggi, keadaan pepejal dan dilindungi oleh paten. Sesuai untuk pertahanan, keselamatan, persepsi mesin, dan autonomi, radar tatasusunan yang diimbas secara elektronik dengan harga komersil Echodyne itu digunakan oleh agensi pertahanan dan kerajaan, pemaju berautonomi, dan penyepadu keselamatan untuk mencegah UAS, sempadan dan kawasan sekeliling, perlindungan infrastruktur kritikal, kenderaan udara tanpa pemandu, dan kenderaan berautonomi. Milik persendirian, syarikat itu berpusat di Kirkland, Washington, dan disokong oleh Bill Gates, NEA, Kumpulan Madrona Venture, Vulcan Capital, Vanedge Capital, dan Lux Capital, antara lain.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210623005315/en/

Hubungi

John O’Brien
echodyne@strangebrewstrategies.com

Sumber : Echodyne

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.