ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  VRCHAT BERGABUNG DENGAN ANTHOS CAPITAL UNTUK MEMETERAI $80 JUTA SIRI D

Monday 28/06/2021



Pendanaan ini akan membolehkan VRChat untuk berkembang dan memperkasakan komuniti VRChat

SAN FRANCISCO, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VRChat, sebuah platform realiti maya sosial (VR) yang membolehkan pengguna untuk mencipta, menerbit, dan menerokai dunia maya dengan pengguna lain di seluruh dunia, telah mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri D bernilai $80 juta. Pusingan itu telah diterajui oleh Anthos Capital, bersama-sama dengan pelabur yang mengambil bahagian Makers Fund, GFR Fund dan lain-lain.

VRChat adalah platform VR sosial terkemuka dengan berjuta-juta pengguna, beratus ribu dunia dan lebih daripada 10 juta avatar yang unik. Ia adalah aplikasi VR percuma yang paling utama di kedua-dua stor Steam dan Oculus Rift, dengan lebih daripada 40,000 pengguna serentak. Hasil daripada kebebasan kreatif bagi peranti VRChat, pengguna telah menjadikan VRChat sebagai satu fenomena kebudayaan yang unik, yang berkait rapat dengan meme atau imej yang dihantar secara viral yang dihiasi dengan teks, acara dan budaya internet. Ia juga menjadi satu tempat persinggahan maya untuk acara dan komuniti dalam talian.

“VRChat menjadi hos kepada sebuah komuniti yang bersemangat, kreatif, dan terlibat yang telah memainkan satu peranan penting di dalam membentuk perkembangannya yang berterusan. Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan pelaburan kami untuk terus berkembang dan memperkasakan komuniti kami pada satu kadar yang dipercepatkan,” kata Graham Gaylor, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, VRChat.

Pelaburan ini menyediakan sumber yang diperlukan oleh VRChat untuk mempercepatkan pembangunan sebuah ekonomi pencipta di mana ahli dapat memperoleh, satu sistem penemuan sosial yang dipertingkatkan untuk pengalaman yang lebih bermakna, dan pengembangan kepada lebih banyak platform. Peningkatan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan pesat VRChat dan membolehkan lebih ramai orang untuk mengakses alam maya ini.

“Kami sangat bangga untuk bekerjasama dengan VRChat kerana ia akan merevolusikan lagi pengalaman sosial. Ketika pasaran untuk realiti maya berkembang, VRChat menjadi tumpuan untuk pengembangan dan pertumbuhan yang signifikan sebagai platform utama bagi dunia maya,” kata Brian Ames, Pengarah Urusan di Anthos Capital.

“Pasukan VRChat yang bersemangat dan berbakat telah membina platform yang diketuai oleh pencipta dan mengutamakan komuniti yang paling mengasyikkan,” kata Jay Chi, Rakan Pengasas di Makers Fund. “Di Makers kami melihat kepada syarikat-syarikat berinovatif dengan pemimpin yang hebat; kami benar-benar percaya dalam misi VRChat untuk menyampaikan suatu pengalaman VR yang dihasilkan oleh pengguna, menghubungkan orang di seluruh dunia dan sangat teruja untuk meneruskan pengembaraan itu dengan mereka.”

Untuk mengalami VRChat dan menyertai komuniti itu, sila layari www.vrchat.com.

VRChat sedang mengambil pekerja! Layari halaman kerjaya untuk memohon.

Maklumat mengenai VRChat

Ditubuhkan pada tahun 2014, VRChat menawarkan banyak koleksi pengalaman VR sosial yang dibina oleh pengguna mereka. Pemain boleh meneroka, bersosial, dan mencipta dengan orang lain dari seluruh dunia. Platform itu membolehkan pengguna untuk memperibadikan pengalaman VR mereka sendiri, termasuk avatar khusus, dunia, permainan, tempat lepak, acara, dan banyak lagi. VRChat tersedia di SteamOculus RiftOculus Quest, dan VIVEPORT, dengan platform tambahan sedang dalam pembikinan.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210625005073/en/

Hubungi

Pertanyaan media: Jason Camillo, jason@vrchat.com & Kit Media

Sumber : VRChat

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.