ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  TENDERWIZARD MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI SISTEM TENDER HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM) DENGAN MEMUDAHKAN PROSES PEROLEHAN DIWAKTU PANDEMIK

Monday 28/06/2021



Sistem e-Tendering Berasaskan Awan, TenderWizard Menawarkan Penyelesaian Digital Industri Penjagaan Kesihatan sejajar dengan Pelan Transformasi Digital Malaysia 
 
PETALING JAYA, 28 Jun (Bernama) -- Century Software (M) Sdn Bhd (CSM), sebuah anak syarikat Censof Holdings Berhad, mengumumkan secara rasmi kerjasama dengan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), melaksanakan sistem TenderWizard untuk semua proses tender dan perolehan mereka. Kerjasama yang dimulakan secara ‘pilot project’ pada Februari 2021, yang kini telah dijalankan secara menyeluruh telah menyaksikan peningkatan kecekapan dalam operasi harian pelbagai jabatan dan memberikan penyelesaian menyeluruh seiring dengan usaha Censof untuk mendorong transformasi digital di sektor awam.

TenderWizard, perisian yang di bangunkan atas sistem awan (cloud) Telekom Malaysia Cloud adalah sistem terbaharu seumpamanya yang menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk semua proses e-Tender dan e-Lelong. Ia adalah produk eksklusif government-to-business (G2B) atau business-to-business (B2B) berasaskan web untuk perolehan barang dan perkhidmatan melalui sebut harga, tender, lelong balikan atau hadapan, serta menyokong penjualan dan pembelian barang melalui tender merangkap lelongan. TenderWizard boleh digunakan untuk semua jenis tender termasuk proses tender kerja.

Penyelesaian kos secara efektif yang disatukan dengan gerbang pembayaran (untuk pendaftaran vendor & penjualan dokumen tender) ini direka dengan ciri mesra pengguna dan menyediakan penyelesaian menyeluruh yang akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan, dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan setiap proses perolehan, mempercepatkan kitaran perolehan serta memastikan ketelusan dan integriti proses perolehan. Pencapaian ini sejajar dengan usaha negara untuk berdaya saing menuju era digitalisasi.

"Kerjasama antara Censof dan HPUPM ini adalah tanda aras penting dengan penggunaan perisian TenderWizard adalah bukti kerja kami dalam memperkasakan transformasi digital untuk industri penjagaan kesihatan Malaysia. Ini adalah inisiatif kami untuk memperkukuhkan kedudukan Censof sebagai peneraju penting dalam menyediakan teknologi digital dan penyelesaian terbaik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti aliran kerja untuk sektor penjagaan kesihatan awam Malaysia. Kami akan terus berinovasi dengan perkembangan terkini mengenai teknologi dan terus memanfaatkan pengalaman, pengetahuan dan kemampuan kami untuk penambahbaikan produk dan perisian kami, agar secara langsung membolehkan penggunaan teknologi digital dalam sektor awam dan industri penjagaan kesihatan awam serta meningkatkan penyertaan syarikat-syarikat tempatan dalam aktiviti perolehan,” kata Dr. Zainul Ariffin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, Century Software (M) Sdn Bhd.

"Untuk berkolaborasi dengan Censof untuk projek ini membuktikan langkah kami untuk  menyahut inisiatif digital yang diumumkan oleh Perdana Menteri awal tahun ini. Kami telah mengalami peningkatan kecekapan sebanyak 40% dengan pelaksanaan TenderWizard di dalam proses tender dan perolehan kami. Kami sangat gembira kerana ini mencerminkan pengoptimuman positif prestasi HPUPM sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia,” kata YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.

TenderWizard terbukti memaksimumkan hasil perolehan dengan meningkatkan keberkesanan proses, mengesan penipuan, mengoptimumkan kecekapan tanpa sebarang kos pengurusan dan pelaksanaan serta terbukti, memastikan tawaran tepat diberikan pada masanya dalam perisian yang bersifat mesra pengguna. Melalui perlaksanaan TenderWizard di pelbagai badan berkanun serta agensi kerajaan, penilaian proses perolehan menjadi lebih cepat dan tepat serta menghasilkan peningkatan kualiti kepada spesifikasi tender dan maklumbalas pembekal dalam liputan geografi yang lebih luas. Untuk memaksimumkan ketercapaian TenderWizard kepada agensi-agensi, CSM kini menawarkan potongan kepada kos pelaksanaan dan pengurusan sepanjang tahun ini sebagai inisiatif untuk membantu dan mempercepatkan usaha pendigitalan sektor awam di Malaysia.

Sila klik pautan di bawah untuk foto/visual:  
https://www.sendspace.com/file/xe7vxw

Sumber: Censof Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Sandra Tan
(Imej Jiwa Communications)
Tel: +6017 395 0122
Emel: sandra@imejjiwa.com 
 
Nama: Emile Koh
(Imej Jiwa Communications)
Tel: +6017 669 2033
Emel: emile@imejjiwa.com 

Raja Amirul Raja Nasron
Ketua Komunikasi Korporat (Kumpulan)
Censof Holdings Berhad
Tel: +6012 609 1036
Emel: raja.amirul@censof.com 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.