ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  SOPHI.IO THE GLOBE AND MAIL MEMENANGI DIGIDAY MEDIA AWARD

Wednesday 30/06/2021



Digiday menganugerahkan Best Publisher Platform kepada Sophi.io, suit alat automasi, pengoptimuman dan ramalan dikuasakan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Globe and Mail

TORONTO, 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, enjin automasi dan ramalan berasaskan kecerdasan buatan The Globe and Mail, telah memenangi 2021 Digiday Media Award untuk Best Publisher Platform yang mengiktiraf teknologi paling berjaya dalam membantu penerbit mencapai matlamat mereka.

“AI ialah teknologi penting untuk membantu penerbit menambahkan nilai tulen kepada kisah mereka — mengembangkan ukuran kejayaan mereka menjangkaui pandangan halaman dan ketularan. Contohnya, Sophi dapat memberikan data tentang jumlah setiap artikel pada The Globe and Mail menyumbang kepada pengekalan pelanggan, pemerolehan, potensi pendaftaran dan perbelanjaan pengiklanan. Selain itu, untuk mengerahkan pembelajaran mesin secara berkesan, kira-kira 10% tenaga kerja The Globe and Mail kini ialah saintis data dan jurutera data, digaji untuk membangunkan Sophi dan mengembangkan strategi dengan lebih lanjut,” kata Digiday.

Anugerah ini mengiktiraf syarikat, teknologi dan kempen yang menonjol dalam media sepanjang tahun lepas. “Tahun ini, persaingan sangat sengit dan program adalah kukuh. Inovasi dan idea besar mengembangkan medan persaingan untuk kebanyakan pemenang, walaupun dalam tahun apabila kuarantin mengehadkan tempat dan cara orang boleh bekerja — dan bermain,” menurut Digiday.

Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail, mengomen: “Ini merupakan satu penghargaan untuk dipilih sebagai pemenang Media Award Digiday bagi Best Publisher Platform. Kami tidak selalunya bersaing dengan syarikat dalam kedua-dua industri media dan pemasaran tetapi pelaburan kami dalam Sophi telah dipacu oleh pemahaman bahawa teknologi kami boleh memacu prestasi dan pertumbuhan ekonomi secara langsung bagi syarikat merentasi pelbagai industri.”

Finalis lain dalam kategori Best Publisher Platform ialah: Piano, Connatix, Insticator, Duration Media dan Adapex LLC.

Sophi ialah sistem kecerdasan buatan yang membantu penerbit mengenal pasti dan memanfaatkan kandungan mereka yang paling berharga. Sophi mempunyai keupayaan ramalan yang berkuasa – menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi, Sophi Dynamic Paywall ialah enjin penyekatan berbayar dinamik sepenuhnya, masa nyata dan diperibadikan yang menganalisis kandungan dan tingkah laku pengguna untuk menentukan waktu untuk meminta bayaran daripada pembaca atau alamat e-mel, dan waktu untuk tidak mengganggu mereka.

Sophi Site Automation menghimpunkan kandungan digital secara berautonomi untuk mencari dan mempromosikan artikel yang paling berharga. Sophi Site Automation meletakkan 99% kandungan pada semua halaman digital The Globe and Mail, termasuk halaman utama dan seksyen. Sophi telah begitu berjaya sehinggakan digunakan untuk peletakan reka letak juga. Sophi tersedia kepada penerbit di seluruh dunia untuk membolehkan pengeluar kandungan mereka menumpukan perhatian pada penciptaan kandungan terbaik.

Pada awal bulan ini, Sophi memenangi 2021 International News Media Association (INMA) Global Media Awards untuk Best in Show di Amerika Utara dan Best Use of Data to Automate or Personalize. Sophi juga telah memenangi Online Journalism Award (OJA) untuk Inovasi Teknikal dalam Perkhidmatan Kewartawanan Digital yang diberikan Online News Association (ONA), dan World Digital Media Award dan North American Digital Media Award yang diberikan oleh The World Association of News Publishers (WAN-IFRA) dalam kategori Best Digital News Start-up.

Perihal Sophi.io

Sophi.io (https://www.sophi.io) ialah suit alat pengoptimuman dan ramalan dikuasakan AI yang membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Penyelesaian Sophi terdiri daripada Sophi Site Automation dan Sophi for Paywalls sehinggalah Sophi Analytics, sistem sokongan keputusan untuk penerbit kandungan. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk sebarang perniagaan, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan.

Maklumat Hubungan
Jamie Rubenovitch
Ketua Pemasaran, Sophi.io
The Globe and Mail
416-585-3355
jrubenovitch@globeandmail.com

Sumber: The Globe and Mail

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.