ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  INSTITUTIONAL INVESTOR RESEARCH MENGUMUMKAN RANKING PASUKAN EKSEKUTIF ASIA 2021

Thursday 01/07/2021



Status All-Star - 14 buah syarikat di Tanah Besar China dan 12 buah syarikat di Seluruh Asia mendapat tempat pertama dalam sekurang-kurangnya empat kategori dalam sektor mereka. 
Firma mendapat kedudukan teratas melalui program IR, ESG, kepimpinan eksekutif dan respons COVID yang cemerlang.

HONG KONG, 1 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Institutional Investor Research (II Research) mengumumkan keputusan tinjauan Pasukan Eksekutif Asia Tahunan ke-11 mereka, menyaksikan CEO, CFO, Pegawai Perhubungan Pelabur, dan program Perhubungan Pelabur utama Asia yang mendukung standard pentadbiran korporat dan memudah cara pelaburan ke dalam syarikat mereka dengan paling baik diumumkan. Sebanyak 116 buah syarikat yang mendapat kedudukan penerbitan dalam kategori yang disenaraikan di atas menjadi syarikat Honoured, dan 46 daripada syarikat tersebut diberi pengiktirafan Most Honoured Company yang menjadi rebutan.

Seramai 4,084 pelabur dan pengurus portfolio serta juruanalisis daripada 1,285 firma pengundi mengambil bahagian dalam tinjauan ini, dengan pencalonan seramai 1,438 buah syarikat dan 2,690 orang individu merentasi 18 buah sektor. Ini termasuk 3,503 profesional pelaburan belian daripada 1,178 syarikat pelaburan belian dengan anggaran $1,863 bilion dalam ekuiti Asia (tidak termasuk Jepun) dan 581 orang juruanalisis pelaburan jualan daripada 107 syarikat.

Syarikat ini dinilai dalam beberapa bahagian teras, termasuk Pendedahan Kewangan, Perkhidmatan & Komunikasi, respons COVID-19 dan ESG. Apabila disampaikan bersama atribut tambahan CEO dan CFO, kita dapat lihat, walaupun terdapat peningkatan undian bagi kedudukan ini, penilaian ini juga lebih teliti.

Sorotan keputusan

2021 merupakan tahun pertama keputusan Tanah Besar China, Seluruh Asia (tidak termasuk Tanah Besar China) dan sektor Modal Sederhana dan Kecil dilaporkan secara berasingan dengan keputusan keseluruhan Asia Pasifik. Syarikat dengan modal pasaran $10B ke bawah dikelaskan sebagai Modal Sederhana dan Kecil.

Syarikat berikut telah memperoleh status All-Star, memenangi semua tempat pertama dalam ranking gabungan merentasi dalam empat daripada lima kategori untuk Best CEO, Best CFO, Best Investor Relations Professional, Best IR Program dan Best ESG bagi sektor masing-masing dalam tinjauan Pasukan Eksekutif Asia 2021.

Keputusan Keseluruhan

China Merchants Bank Co. (China) (Bank); China Unicom (Hong Kong) (China) (Telekomunikasi); China Yongda Automobiles Services Holdings (China) (Automobil & Alat Ganti Automobil); Ever Sunshine Lifestyle Services (China) (Hartanah); Infosys (India) (Perkhidmatan & Perisian Teknologi/IT); Kunlun Energy Co. (China) (Kuasa); Sunny Optical Technology (Group) Co. (China) (Teknologi/Perkakasan); Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (Taiwan) (Teknologi/Semikonduktor); Tencent Holdings (China) (Internet); Topsports International Holdings (China) (Pengguna/Bukan Keperluan Asas); WuXi Biologics (Cayman) (China) (Jagaan Kesihatan & Farmaseutikal); Xinyi Solar Holdings (China) (Industri); ZTO Express (Cayman) (China) (Pengangkutan).

Syarikat berikut mendapat tempat pertama dalam semua lima kategori:

Ever Sunshine Lifestyle Services (China); Kunlun Energy Co. (China); Sunny Optical Technology (Group) Co. (China); Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (Taiwan); WuXi Biologics (Cayman) (China); Xinyi Solar Holdings (China); ZTO Express (Cayman) (China).

Tanah Besar China

China Merchants Bank Co. (Bank); China Unicom (Hong Kong) (Telekomunikasi); China Yongda Automobiles Services Holdings (Automobil & Alat Ganti Automobil); Ever Sunshine Lifestyle Services (Hartanah); Hua Hong Semiconductor (Teknologi/Semikonduktor); Huazhu Group (Permainan & Penginapan); Kunlun Energy Co. (Kuasa); Sunny Optical Technology (Group) Co. (Teknologi/Perkakasan); Tencent Holdings (Internet); Topsports International Holdings (Pengguna/Bukan Keperluan Asas); WuXi Biologics (Cayman) (Jagaan Kesihatan & Farmaseutikal); Xinyi Solar Holdings (Industri); ZTO Express (Cayman) (Pengangkutan).

Syarikat berikut mendapat tempat pertama dalam semua lima kategori: Ever Sunshine Lifestyle Services, Huazhu Group, Kunlun Energy Co., Sunny Optical Technology (Group) Co., WuXi Biologics (Cayman), Xinyi Solar Holdings, ZTO Express (Cayman).

Seluruh Asia

AIA Group (Hong Kong) (Insurans); Bangkok Dusit Medical Services (Thailand) (Jagaan Kesihatan & Farmaseutikal); Bharti Airtel (India) (Telekomunikasi); BOC Aviation (Singapura) (Pengangkutan); DBS Group Holdings (Singapura) (Bank); Hero MotoCorp (India) (Automobil & Alat Ganti Automobil); Infosys (India) (Perkhidmatan & Perisian Teknologi/IT); JS Global Lifestyle Co. (Hong Kong) (Pengguna/Keperluan Asas); Link Real Estate Investment Trust (Hong Kong) (Hartanah); NAVER Corp. (Korea Selatan) (Internet); Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (Taiwan) (Teknologi/Semikonduktor); Tata Power Co. (India) (Kuasa).

Syarikat berikut mendapat tempat pertama dalam semua lima kategori: AIA Group (Hong Kong), Bangkok Dusit Medical Services (Thailand), BOC Aviation (Singapura), Hero MotoCorp (India), JS Global Lifestyle Co. (Hong Kong), Link Real Estate Investment Trust (Hong Kong), Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (Taiwan).

Modal Sederhana & Kecil

Akeso (China) (Jagaan Kesihatan & Farmaseutikal), BOC Aviation (Singapura) (Pengangkutan), ChinaSoft International (China) (Perkhidmatan & Perisian Teknologi/IT), China Yongda Automobiles Services Holdings (China) (Automobil & Alat Ganti Automobil), Ever Sunshine Lifestyle Services (China) (Hartanah), Far EasTone Telecommunications Co. (Taiwan) (Telekomunikasi), Hengan International Group Co. (China) (Pengguna/Keperluan Asas), JOYY (China) (Internet), Kunlun Energy Co. (China) (Kuasa), Suncity Group Holdings (Macau) (Permainan & Penginapan), Topsports International Holdings (China) (Pengguna/Bukan Keperluan Asas), ZhongAn Online (China) (Insurans).

Syarikat berikut mendapat tempat pertama dalam semua lima kategori: Akeso (China), BOC Aviation (Singapura), Ever Sunshine Lifestyle Services (China), Far EasTone Telecommunications Co. (Taiwan), JOYY (China), Kunlun Energy Co. (China), Suncity Group Holdings (Macau) dan ZhongAn Online (China).

Aliran memuncul yang dikenal pasti
  1. Peningkatan yang besar dalam undian pelaburan belian 

    Tahun ini menyaksikan peningkatan bilangan pelabur dan juruanalisis yang mengambil bahagian dalam tinjauan. Bilangan pengundi pelaburan belian telah meningkat lebih 80% setiap tahun.
     
  2. Sektor hangat semasa di Asia 

    Sektor Pengguna/Bukan Keperluan Asas, Hartanah dan Pengguna/Keperluan Asas mendapat perhatian paling banyak pada tahun ini.
     
  3. Peningkatan minat daripada bahagian lain di dunia, dan serata Asia Tenggara 

    Bilangan pengundi yang berpangkalan di AS telah meningkat 250% setiap tahun, dengan undian yang berasal dari 24 buah negeri. Selain AS, penyertaan daripada pelabur berpangkalan di Australia, India dan semua negara ASEAN turut meningkat dengan ketara. Sementara itu, China mewakili bahagian pengundi pelaburan belian yang lebih kecil dalam tinjauan tahun ini, menurun kepada 24% daripada 36% tahun lalu.
     
  4. Pelaburan belian dan jualan berkongsi pendapat yang berbeza 

    Tahun ini, pelabur dan juruanalisis pelaburan jualan telah mengiktiraf pelbagai eksekutif dan syarikat.
Carvin Lee, Ketua Komersial Asia tidak termasuk Jepun, berkata “Kami rasa terdorong dengan peningkatan penyertaan tahun ini, yang merupakan bukti kepentingan penglibatan pelabur dalam pasaran modal yang berdaya saing. Menerusi keputusan tahun ini, kami mengiktiraf dan meraikan pasukan eksekutif yang telah menunjukkan kepimpinan yang berkesan dan kecemerlangan IR yang membantu pelabur mengharungi pandemik ini.”

Nota: Untuk mendapatkan gelaran Most Honoured Company dalam keputusan keseluruhan, Tanah Besar China, atau Seluruh Asia, syarikat mestilah mendapat skor berberat sebanyak 15 mata atau lebih dalam lima kategori dalam ranking pelaburan belian dan jualan secara tergabung, yang setiap kedudukan tempat pertama bernilai tiga mata; tempat kedua, dua mata; dan tempat ketiga, satu mata.

Dalam keputusan SMID, syarikat mestilah mendapat skor berberat 9 mata atau lebih untuk menjadi Most Honoured Company.

Untuk senarai penuh pemenang yang diterbitkan, sila layari www.institutionalinvestor.com/research/11071/The-All-Asia-Executive-Team.

Lesen Pemasaran

Institutional Investor memiliki hak cipta bagi semua tinjauan dan logo anugerah. Hubungi kami untuk mengakses anugerah Institutional Investor atau logo anugerah dan kongsikan kedudukan kemenangan anda dalam ranking Pasukan Eksekutif Asia 2021 merentasi kandungan laman web anda, iklan, komunikasi, kolateral pemasaran dan banyak lagi. Sila hubungi marketing@iiresearch.com.

Anda boleh berkongsi kedudukan anda dalam media sosial jika anda tag @Institutional Investor Research.

Data Tanda Aras dan Analisis Persepsi IR

Untuk memohon maklumat lanjut tentang cara anda boleh menggunakan data tinjauan untuk memasarkan firma anda secara dalaman atau luaran, atau analisis lebih mendalam bagi data tinjauan, sila hubungi Carvin Lee, Wakil Asia tidak termasuk Jepun, II Research, di +852 2912 8035 atau carvin.lee@institutionalinvestor.com.

Orang hubungan media

Sally Savery, Pengarah Pemasaran, Institutional Investor Research. Sally.savery@iiresearch.com

Perihal Institutional Investor

Selama lebih 50 tahun, Institutional Investor telah mengungguli syarikat media utama dunia dengan kewartawanan perintis dan penulisan jitu yang memberikan maklumat penting kepada khalayak global. Selain itu, sejak tahun 1972, Institutional Investor Research (II Research) telah menawarkan penyelidikan dan ranking tanda aras proprietari yang amat dihormati, memberikan maklum balas bebas berkenaan prestasi pelaburan belian dan korporat; II Research bermatlamat untuk menjadi pilihan pertama dan juga sumber pengesahan bebas bagi maklumat pasaran kualitatif bagi kesemua tiga sisi komuniti pelaburan dan mempunyai kehadiran global merentasi Eropah, Asia Pasifik, AS dan Amerika Latin.

Sumber: Institutional Investor News

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.