ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  ​PKS PERLU ADAPTASI DENGAN KETANGKASAN DALAM ORGANISASI

Tuesday 13/07/2021



KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengadaptasi agility atau ketangkasan dalam organisasi mereka bagi berdepan suasana perniagaan yang semakin dinamik ketika ini.
 
Mengikut kajian Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketangkasan tersebut diperlukan bagi perniagaan dapat bertahan dan kekal kompetitif dalam suasana perniagaan yang kerap berubah.
 
Katanya, apatah lagi COVID-19 yang dilalui sememangnya memberikan impak besar kepada PKS berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.
 
"PKP mengurangkan aktiviti perniagaan PKS mengakibatkan mereka (usahawan) mengalami tekanan kewangan apabila perbelanjaan melebihi daripada pendapatan yang dihasilkan ketika ini.
 
"Sehubungan itu, usahawan perlu mengadaptasi strategi-strategi pemulihan untuk tambah baik prestasi perniagaan meskipun ketidaktentuan pasaran," jelasnya  dalam artikel ditulis bertajuk - The Impact of COVID-19 on SMEs in Malaysia and Recovery Strategies dalam academia.edu, baru-baru ini.
 
Impak COVID-19 kepada PKS dengan pengurangan hasil, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos operasi, kejatuhan ekonomi, moratorium pinjaman, pemberhentian pekerja dan bankrap.
 
Tambah beliau, pandemik ketika ini turut mendedahkan 'kelemahan' ada pada PKS yang mana secara tak langsung memberikan kesan kepada ekonomi negara.
 
"Selain itu, ia juga mendedahkan betapa pantasnya turun naiknya atau perubahan dalam persekitaran perniagaan selama ini," ujarnya.
 
Dalam pada itu, Azizan yang merupakan mentor usahawan dan juga sentiasa tingkatkan ilmunya berkongsikan 8 strategi pemulihan bagi PKS di negara untuk adaptasi dan lakukan bagi kembali bangkit dalam tempoh mencabar ini.
 
"Salah satunya adalah inovasi yang merupakan adaptasi amalan perniagaan baharu untuk tambah baik prestasi perniagaan.
 
"Inovasi juga sangat diperlukan bagi kelangsungan hidup PKS supaya dapat menawarkan penyelesaian baharu bagi berdepan cabaran perniagaan selain soal keberadaan dalam digitalisasi," ujarnya.
 
Untuk bacaan lanjut, boleh dapatkan kajian lengkap beliau di https://academia.edu/resource/work/49580681.

TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author. Beliau seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya menerusi syarikat yang diasaskannya, RichWorks International Sdn Bhd sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan jutaan ringgit.

Sumber: Richworks International Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Richworks International Sdn Bhd
Nama: Md Azrin
Media Penghubung
Tel: +6016 323 4686 
E-mel: azrin.richworks@gmail.com
Website: www.richworks.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.