DALLAS, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), sebuah pemacu utama bagi peningkatan penyertaan ekonomi wanita, telah menyertai Forum Kesamaan Generasi di Paris (30 Jun-2 Julai) melalui Program “Pemacu bagi Perubahan”. 26 tahun selepas Perisytiharan Beijing, Forum Kesamaan Generasi itu, yang diadakan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Mexico dan Perancis, adalah “detik paling kritikal di dalam sebuah generasi untuk melabur di dalam kesamaan gender dan mempercepatkan momentum bagi keselamatan, kepimpinan dan peluang ekonomi
1 wanita. Seramai 50,000 orang terlibat di dalam Forum itu yang mengumpulkan 1,000 pembuat komitmen, mencatatkan pelaburan sebanyak $40 bilion bagi kesamaan gender dalam menyokong satu rancangan 5 tahun untuk bertindak bagi kesamaan merentasi 7 bidang tindakan.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210712005178/en/ Pada 2 Julai, Pemecut itu menjadi tuan rumah kepada satu panel berjudul “
Membangunkan satu Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang kompleks dan saling bersambung yang tidak seimbang terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan strategi perolehan responsif gender. Di peringkat global, 1 dalam 3 perniagaan dimiliki oleh wanita
2, namun wanita hanya memperolehi 1% daripada perolehan perbelanjaan oleh kerajaan dan perbadanan besar
3. Penceramah berkongsi pandangan dan nasihat yang konkrit yang dibuktikan oleh perjalanan mereka sendiri tentang cara bagaimana untuk melaksanakan strategi perolehan inklusif.
Dilancarkan pada tahun 2019, Pemecut Keusahawanan Wanita adalah satu inisiatif pelbagai rakan yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik, dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh pelusuk dunia. Misi Pemecut itu adalah untuk menghapuskan halangan bagi usahawan wanita melalui empat Laluan bagi Pemerkasaan: Pendidikan, Pembiayaan, Sokongan, dan Penyertaan. Tanpa halangan kelayakan untuk turut serta, inisiatif global, yang dimulakan oleh Mary Kay Inc., adalah satu kerjasama strategik yang dibangunkan setelah berunding dengan lima agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Kami percaya bahawa perolehan yang responsif gender dapat memberikan satu impak besar yang mempercepatkan kemasukan perniagaan yang dimiliki wanita di seluruh rantaian bekalan,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang & Kepelbagaian di Mary Kay Inc. “Pemecut itu menggalakkan sektor awam dan swasta untuk membuat perolehan inklusif sebagai satu keutamaan dan mendorong perubahan sistemik yang diperlukan oleh wanita. Menyokong usahawan wanita adalah sangat penting bagi pertumbuhan mapan.”
Simon adalah seorang daripada ahli panel yang dipaparkan semasa perbincangan Perolehan Responsif Gender pada Forum Kesamaan Gender. Beliau telah disertai oleh Elizabeth Vazquez, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi WEConnect International dan Jamila Belabidi, Pengarah Pembelian, Pemerkasaan Ekonomi Wanita Global & Inovasi Global, Procter & Gamble. Sonia Dridi, wartawan & koresponden Washington DC bagi France 24 dan Europe 1, menjadi moderator bagi sesi itu.
“Ia adalah satu ekonomi global bernilai $93 trilion, tetapi wanita terus tidak kelihatan sebagai pembekal bagi produk dan perkhidmatan di dalam rantaian nilai global kita,” kata Vazquez. “Kegagalan pasaran yang besar ini perlu diperbaiki dengan kadar segera agar lebih ramai wanita dapat menyumbang dan beroleh manfaat daripada kemakmuran ekonomi yang inklusif dan penciptaan pekerjaan sebagai menyokong SDG5.”
“Di P&G, tumpuan kami terhadap kesamaan gender adalah asas dan disatukan ke dalam perniagaan kami, oleh itu, kami komited untuk membelanjakan $10 bilion dengan perniagaan yang dimiliki oleh wanita dan dipimpin oleh wanita menjelang tahun 2025,” kata Jamila Belabidi, Pengarah Pembelian, Pemerkasaan Ekonomi Wanita Global & Inovasi Global, Procter & Gamble.
Pada acara itu, WEA turut disertai oleh empat Gabungan Tindakan Kesamaan Generasi melalui komitmen dasar, programatik, dan sokongan: Keadilan dan Hak Ekonomi; Tindakan Wanita bagi Keadilan Iklim; Teknologi dan Inovasi bagi Kesamaan Gender; dan Pergerakan dan Kepimpinan Wanita.
Pemecut itu juga komited untuk memperkasakan 5 juta wanita menjelang akhir tahun 2030 dengan mengurangkan halangan utama ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh usahawan wanita.
Penyertaan Pemecut itu di dalam Gabungan Tindakan Forum Kesamaan Generasi adalah yang terbaharu di dalam satu siri langkah-langkah yang diambil oleh organisasi itu untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesamaan wanita pasca COVID: