SYDNEY, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- iNova Pharmaceuticals, sebuah syarikat yang memasar dan mengedarkan pelbagai jenis ubat-ubatan belian kaunter dan ubat preskripsi di Australasia, Asia dan Afrika, telah baru-baru ini diiktiraf sebagai satu daripada organisasi tempat terbaik untuk bekerja pada tahun 2021. iNova mencapai keputusan yang cemerlang dalam beberapa bidang penilaian, dan kekal komited untuk menggunakan maklumat balas itu untuk terus memupukkan satu budaya di mana semua pekerja dapat memberikan sumbangan yang bermakna dan mencapai potensi mereka yang sebenar.
Tinjauan penilaian itu termasuk persoalan yang berkaitan dengan bidang utama seperti kepimpinan, amalan Sumber Manusia, pampasan, faedah, budaya dan peluang-peluang peningkatan. Di tengah-tengah cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pada sepanjang tahun lalu, iNova dan pekerja mereka merentasi lokasi yang berlainan telah menunjukkan kebingkasan, inovasi, kelenturan dan ketabahan ketika mereka mencari cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan pandemik global itu.
Best Places to Work adalah satu program pensijilan antarabangsa, yang dianggap sebagai ‘Standard Platinum’ di dalam mengenal pasti dan mengiktiraf tempat kerja utama di seluruh dunia, dengan menyediakan kepada majikan dengan peluang untuk belajar lebih banyak mengenai penglibatan dan kepuasan bagi pekerja mereka dan menghormati mereka yang menyampaikan satu pengalaman kerja yang cemerlang dengan standard paling tinggi berhubung dengan keadaan bekerja.
“Sebagai sebuah syarikat yang berhasrat untuk meningkatkan kesejahteraan orang ramai, adalah penting agar visi ini diperluaskan kepada pekerja kami. Bakat, tenaga dan komitmen mereka yang membolehkan kami untuk terus membangun dan berkembang sebagai sebuah perniagaan, dan kami harus memastikan bahawa mereka dijaga di tempat kerja,”
kata Dan Spira, Ketua Pegawai Eksekutif iNova.
MAKLUMAT MENGENAI INOVA PHARMACEUTICALSiNova Pharmaceuticals adalah sebuah syarikat farmaseutikal multinasional dan penjagaan kesihatan pengguna yang memasarkan dan menjual pelbagai produk terkemuka di pasaran, terutamanya dalam bidang pengurusan berat badan, batuk & selesema, tekak, penjagaan kulit dan kesihatan semula jadi. iNova Pharmaceuticals beroperasi di lebih 20 buah negara merentasi
Asia Pasifik dan
Afrika. Visi iNova Pharmaceuticals adalah untuk menyediakan jenama-jenama yang dipercayai yang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai pada setiap hari. Maklumat lanjut mengenai iNova Pharmaceuticals boleh diperolehi di
www.inovapharma.com.
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM BEST PLACES TO WORKBest Places To Work adalah pensijilan ‘Majikan Pilihan’ yang paling definitif yang ingin dicapai oleh organisasi. Program itu mengesah dan memperakui tempat kerja terkemuka di banyak negara di seluruh dunia dengan penilaian proprietari mereka yang menganalisis daya tarikan bagi sesebuah syarikat melalui satu proses yang melibatkan dua langkah yang menumpukan kepada 8 faktor Tempat Kerja. Sertai komuniti kami di
LinkedIn,
Twitter, dan
Facebook.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.bestplacestoworkfor.orgLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210713005994/en/HubungiMaria Mercedes
maria@bestplacestoworkfor.org+65 3159 1167
Sumber : Best Places To WorkTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA