NEW YORK, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Riskified Ltd. (“Riskified”), sebuah platform pengurusan penipuan yang membolehkan eDagang tanpa geseran, hari ini mengumumkan pelancaran bagi tawaran awam permulaan mereka bagi 17,500,000 saham biasa Kelas A. Tawaran itu terdiri daripada 17,300,000 saham biasa Kelas A yang ditawarkan oleh Riskified dan 200,000 saham biasa Kelas A yang akan dijual oleh satu daripada pemegang saham Riskified yang sedia ada. Riskified tidak akan menerima sebarang hasil daripada penjualan saham itu oleh pemegang saham yang menjualnya. Penaja jamin akan mempunyai pilihan 30 hari untuk membeli tambahan 2,625,000 saham biasa Kelas A daripada Riskified pada harga tawaran awam permulaan itu, dengan ditolak diskaun pengunderaitan dan komisen. Harga tawaran awam permulaan itu pada masa ini adalah dijangkakan antara $18.00 dan $20.00 bagi setiap saham. Riskified berhasrat untuk menyenaraikan saham biasa Kelas A mereka di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker “RSKD”.
Goldman Sachs & Co. LLC, J.P. Morgan Securities LLC dan Credit Suisse Securities (USA) LLC bertindak sebagai pengurus penaja jamin utama bagi tawaran yang dicadangkan itu. Barclays Capital Inc., KeyBanc Capital Markets Inc., Piper Sandler & Co., Truist Securities, Inc. dan William Blair & Company, L.L.C. adalah pengurus penaja jamin bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu. Loop Capital Markets LLC, Samuel A. Ramirez & Company, Inc., Siebert Williams Shank & Co., LLC dan Stern Brothers & Co. bertindak sebagai pengurus bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu.
Tawaran yang dicadangkan itu akan dibuat hanya melalui kaedah sebuah prospektus. Satu salinan bagi prospektus awal itu yang berkaitan dengan tawaran itu boleh diperolehi, jika tersedia, dari Goldman Sachs & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, New York, 10282, melalui e-mel di
prospectus-ny@ny.email.gs.com, atau melalui telefon di 866-471-2526; J.P. Morgan Securities LLC, Perhatian: Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York, 11717, melalui e-mel di
Prospectus-eq_fi@jpmorgan.com, atau melalui telefon di 1-866-803-9204; dan Credit Suisse Securities (USA) LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, One Madison Avenue, New York, New York, 10010, melalui e-mel di
newyork.prospectus@credit-suisse.com, atau melalui telefon di 800-221-1037.
Satu kenyataan pendaftaran pada Borang F-1 yang berkaitan dengan sekuriti ini telah dikemukakan kepada SEC tetapi belum dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual, mahupun tawaran untuk membeli diterima sebelum kenyataan pendaftaran itu dikuatkuasakan.
Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli sekuriti ini, dan juga tidak akan ada sebarang penjualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.
Maklumat mengenai Riskified Ltd.Riskified memberi kuasa kepada perniagaan untuk merealisasikan potensi penuh eDagang dengan menjadikannya selamat, mudah diakses, dan tanpa geseran. Riskified telah membina sebuah platform pengurusan risiko eDagang generasi akan datang yang membolehkan pedagang dalam talian untuk menjalin perhubungan yang dipercayai dengan pengguna mereka. Dengan memanfaatkan pembelajaran mesin yang meraih manfaat daripada rangkaian pedagang global, platform Riskified mengenal pasti individu di sebalik setiap interaksi dalam talian, membantu pedagang — pelanggan Riskfied — menghapuskan risiko dan ketidakpastian daripada perniagaan mereka. Riskified memacukan penjualan yang lebih tinggi dan mengurangkan penipuan dan kos operasi lain bagi peniaga mereka dan berusaha untuk menyediakan pengalaman pengguna yang unggul, dibandingkan dengan prestasi pedagang mereka sebelum menyertai Riskified.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210719005324/en/HubungiHubungan Perhubungan Pelabur:Chris Mammone, The Blueshirt Group bagi pihak Riskified
ir@riskified.comKomunikasi Korporat:Rowena Kelley
press@riskified.comSumber : Riskified Ltd.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA