Sejak ia dilancarkan pada 22 Jun, Step & Repeat telah mencapai peranti bagi
berjuta-juta pengguna TikTok di seluruh dunia, yang menghasilkan di dalam penyertaan di lebih 30 buah negara. Setiap minggu, hos Step & Repeat Johnny Wujek (pelanggan selebriti termasuk Katy Perry dan Mariah Carey) mengumumkan satu cabaran berdasarkan tema, yang memberi isyarat kepada penggaya amatur dan berpengalaman, di seluruh dunia bahawa masanya sudah tiba untuk menjadi kreatif — dan berfikir dalam cara yang kreatif.
“Saya suka bahawa kita dapat mempamerkan satu platform dan pergerakan global yang kreatif,” kata Wujek.
“Ia adalah sangat menyeronokkan untuk melihat orang mentafsirkan setiap tema dan cabaran dalam cara mereka yang tersendiri. Fesyen adalah mengenai menyatukan semua orang untuk meraikan segala-gala yang membentuk glamour: daripada pakaian sehingga kepada solekan dan rambut.”
Setiap pusingan, hakim selebriti Nicole Chavez (pelanggan selebriti termasuk Scarlett Johansson dan Kristen Bell), Claire Sulmers (pengasas bagi Fashion Bomb Daily), dan Andrew Fitzsimmons (pelanggan selebriti termasuk keluarga Kardashian) berduet dengan beberapa daripada penyertaan dan akhirnya menentukan pemenang. Masing-masing menerima hadiah wang tunai dan satu sesi bimbingan selama satu jam dengan seorang daripada sembilan belas pemimpin industri.
“Ini merupakan satu cara baharu yang menyeronokkan untuk berhubungan dan berkomunikasi dengan kreativiti yang telah bertapak dan bakat terbaik yang muncul,” kata Chavez. “Saya suka berkongsi pengalaman saya dan menggalakkan generasi seterusnya untuk mencapai sehingga ke puncak.”
Semasa sesi bimbingan, pemenang mendapat bimbingan khusus 1:1 dalam mewujudkan satu perniagaan mengenai solekan, rambut, atau gaya — atau mungkin ketiga-tiganya sekali.
“Saya suka membimbing satu daripada pemenang yang luar biasa itu daripada cabaran TikTok Step & Repeat,” kata Brian Underwood, Pengarah Kecantikan & Kesejahteraan bagi
Oprah Daily. “Mendengar mengenai perjalanan kreatif beliau, mengenai cabaran yang beliau hadapi sejak setahun yang lalu, dan rancangan beliau yang mencetuskan inspirasi untuk masa depan adalah satu pengalaman yang memberikan tenaga. Dan saya sangat kagum dengan kandungan yang beliau hasilkan. Ini adalah minda kreatif untuk hari esok.”
Peserta bukan hanya sekadar penonton — mereka membina perniagaan peribadi mereka dan belajar melalui pakar-pakar Step & Repeat. Stephanie Sprangers, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, berkata ia adalah melalui mereka bentuk.
“Visi kami bagi pertandingan ini adalah untuk memanfaatkan kuasa bagi kandungan hiburan dan menggabungkannya dengan bakat-bakar besar dan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna,” kata Spranger. “Ia adalah mengenai keterangkuman dan peluang. Pemenang mempunyai peluang pada satu perbualan yang benar-benar boleh mengubah kehidupan. Inilah apa yang mengujakan semua orang.”
Kreativiti itu berterusan pada minggu akhir bagi pertandingan itu ketika mahkota bagi kreativiti akan berakhir dengan cabaran yang paling menarik: tema Met Gala yang ditolak.
“Adalah sungguh luar biasa untuk melihat tahap bakat pada sepanjang proses ini,” kata Fitzsimmons. “Media sosial adalah penyama yang hebat oleh kerana ia membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dan impian untuk berkongsi hasil karya mereka pada satu skala global. Adalah sangat merangsangkan untuk melihat pengaruh global terpantul pada sepanjang pertandingan ini.”
Step & Repeat sudah mula mendapat perhatian pengguna TikTok, melebihi 1.5 juta tontonan dan telah dipaparkan di
UK Daily Mail, The Daily Front Row, dan
Vogue Business.
“Menjadi sebahagian daripada pertandingan ini adalah sangat mengujakan, dan menawarkan satu pandangan yang berinovatif mengenai penggaya, artis solekan, dan penggaya rambut besar yang seterusnya,” kata Sulmers. “Saya seronok melihat kepelbagaian dalam peserta, dan kemahiran mereka yang tidak dapat ditandingi.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.glamhive.com/tiktok.
Maklumat mengenai Glamhive Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan gaya peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak boleh eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal. Pengalaman menggaya dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya akan memberi mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Platform Glamhive itu adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu penggaya mengembangkan rangkaian mereka dan perniagaan mereka, boleh dikatakan 100%.
Maklumat mengenai Mary Kay & Mary Kay Global Design StudioSatu daripada pemecah
glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik, dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif, dan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia untuk memberi impak sosial yang positif. Mary Kay Global Design Studio adalah agensi kreatif dalaman yang berfungsi sebagai inkubator kreatif bagi kerjasama dan kempen penjenamaan fesyen, pereka dan pempengaruh Mary Kay, untuk mengubah reka bentuk produk dan pembungkusan dan inovasi digital yang dihadapi pengguna. Ketahui lebih lanjut di
MaryKay.com