ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

Thursday 29/07/2021



TEMECULA, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries’ Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), sebuah anak syarikat Nikkiso Co., Ltd (Japan), dengan berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah selesai memulihkan semula loji Pemisahan Udara di Patancheru, Hyderabad India. Projek ini dijalankan dengan kerjasama kerajaan Telangana (TEL) dan Yayasan Greenko (GKO).

Berikutan krisis pandemik berterusan di India, kerajaan India memperkenalkan arahan untuk memulakan semula operasi dan pengeluaran LOX bagi memenuhi permintaan mendadak terhadap oksigen perubatan. GKO telah mengambil loji Oksigen yang telah lama ditutup secara sewaan daripada Air Water India Private Limited (AWI) untuk tempoh (2) dua tahun.

Pada Mei 2021, Kumpulan ini bekerjasama dengan GKO dalam memulihkan semula loji tersebut. Nikkiso Cryogenic Services menyediakan sokongan teknikal kritikal dan alat ganti, termasuk penggerak muncung dan komponen getaran, dan Nikkiso Cosmodyne India Pvt. Ltd. menyediakan sokongan perkhidmatan lapangan. Komponen kritikal yang biasanya mengambil masa 12-14 minggu disediakan dalam masa tiga hari untuk menyokong permintaan mendadak ini. Pada 22 Jun, tapak tersebut beroperasi semula sepenuhnya.

“Kami bangga dapat memainkan peranan dalam perjuangan menentang COVID ini, dan kami bangga dengan teknologi dan kerjasama yang diusahakan untuk membangunkan dan menggerakkan kemudahan ini dalam waktu yang singkat,” menurut Jim Estes, Presiden, Nikkiso Cryogenic Services.

Kumpulan ini telah memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan global berterusan terhadap bekalan oksigen kritikal sepanjang epidemik COVID.

PERIHAL CRYOGENIC INDUSTRIES

Syarikat ahli Cryogenic Industries, Inc. (kini sebahagian daripada Nikkiso Co., Ltd.) mengeluarkan peralatan pemprosesan gas kriogenik dijuruterakan dan loji proses berskala kecil untuk gas semula jadi cecair (LNG), perkhidmatan telaga dan industri gas perindustrian. Diasaskan lebih 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries ialah syarikat induk ACD, Cosmodyne dan Cryoquip, dan kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com.

ORANG HUBUNGAN MEDIA:

Anna Quigley
+1.951.383.3314
aquigley@cryoind.com

Sumber: Cryogenic Industries

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.