Abra membolehkan institusi dan pengguna Asia untuk memanfaatkan kripto sebagai satu kelas aset arus perdana yang cair, menyediakan jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh faedahMOUNTAIN VIEW, Calif. & SINGAPURA, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Abra (
https://www.abra.com/), sebuah platform pengurusan kekayaan terkemuka dengan kefungsian untuk membeli, menjual, berdagang dan memperoleh faedah terhadap mata wang kripto, hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu dengan
Leonie Hill Capital, sebuah firma pelaburan yang dikendalikan secara persendirian yang dikhususkan untuk mengambil pendekatan dinamik di pasaran yang sangat kompetitif. Perkongsian itu akan memperluaskan kehadiran aplikasi pengurusan kekayaan Abra yang berkembang pesat kepada pengguna di pasaran kripto Asia – terutamanya pelabur institusi, pelabur nilai bersih tinggi, dan pejabat-pejabat keluarga – yang akan menerima jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh sehingga 8% peratus faedah ke atas deposit fiat.
“Leonie Hill Capital (LHC) memiliki satu prestasi yang baik di dalam pengurusan dana dan mengkhususkan diri di dalam pelaburan perniagaan disruptif, terutamanya di dalam persekitaran yang terkawal,” kata Bill Barhydt, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Abra. “Kami percaya kepakaran dan jaringan mereka di Asia menjadikan mereka sebuah rakan strategik utama bagi Abra untuk menjangkau pasaran ini dengan perkhidmatan kami.”
Akses LHC kepada pasaran Asia serta kepakaran pengawalseliaan mereka akan membantu mendedahkan Abra kepada institusi dan pejabat keluarga yang berpusat di Asia, yang membolehkan mereka memanfaatkan kripto sebagai satu kelas aset arus perdana melalui teknologi pengurusan kekayaan Abra. LHC dan Abra akan juga bekerjasama untuk membina produk kewangan dan teknologi bergred institusi bagi perbadanan Asia yang ingin mendapatkan pendedahan kepada mata wang kripto melalui rizab perbendaharaan.
“Peranti pengurusan kekayaan Abra menjadikannya sangat mudah untuk mengurus dan mengakses aset kripto dan fiat dengan pantas tanpa geseran atau bayaran tersembunyi,” kata Wee-Meng Thoo, Ketua bagi Pelaburan di Leonie Hill Capital. “Faedah ini terutamanya sangat berharga kepada pasaran kripto Asia, yang telah bergelut dengan perkhidmatan yang membolehkan bagi kecairan tunai. Kami berharap agar kerjasama kami dengan Abra akan dapat membantu menyelesaikan isu-isu ini bagi pelabur Asia.”
Abra sekarang termasuk pelbagai perkhidmatan pengurusan kekayaan seperti Abra Borrow, satu ciri dalam aplikasi untuk menggunakan kripto sebagai cagaran untuk meminjam fiat terhadap pemegangan aset digital dengan pilihan faedah 0% yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas pinjaman terhadap Bitcoin dan Ethereum. Abra Trade menawarkan pengguna akses kepada pertukaran kripto dan satu pengalaman yang lancar tanpa memerlukan pengalaman perdagangan dan satu jalan yang mudah. Abra Earn secara konsisten menawarkan pulangan tertinggi bagi mana-mana penyedia perkhidmatan kripto dengan kadar
stablecoin dolar Amerika pada masa ini pada 8% setahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai Abra dan bagi memuat turun aplikasi itu, sila layari:
https://abra.com/.
Maklumat mengenai AbraAbra adalah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dan teknologi yang mengendalikan dompet mata wang kripto penjagaan yang dihoskan semua dalam satu, dan akses kepada perkhidmatan pertukaran. Abra adalah aplikasi pelaburan global pertama di dunia yang menjadikan melabur mata wang kripto mudah. Aplikasi Abra yang mudah untuk digunakan memberikan pengguna akses yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada ratusan mata wang kripto, yang menawarkan kebebasan untuk membeli, menjual, berdagang, menjana dan meminjam di mana sahaja, pada bila-bila masa. Ditubuhkan pada tahun 2014 dengan ibu pejabat global di kawasan Teluk San Francisco, Abra terdapat di lebih 150 buah negara. Pelabur termasuk American Express Ventures, First Round Capital, Kumpulan Foxconn Technology, Arbor Ventures, Lerer Hippeau, RRE Ventures, DCG dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.abra.com/.
Maklumat mengenai Leonie Hill CapitalLeonie Hill Capital adalah sebuah Syarikat Pengurusan Dana Berdaftar yang diselia oleh sebuah pasukan pengurusan dengan mempunyai lebih 60 tahun pengalaman merentasi pasaran global dengan ibu pejabat di Singapura dan pejabat perwakilan di Switzerland, Jepun dan Amerika Syarikat, dengan mempunyai lebih USD$2B di bawah pengurusan. Perniagaan LHC termasuk Dana Lindung Nilai global dan Ekuiti Persendirian.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210802005771/en/HubungiSuzanne Pinto
Suzanne@abra.comSumber : AbraTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA