|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
ZYNGA MEMASUKI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH PEMBANGUN PERMAINAN MUDAH ALIH STARLARK, PASUKAN DI SEBALIK FRANCAIS POPULAR, GOLF RIVAL
Friday 06/08/2021
Zynga Memasuki Perjanjian untuk Memperoleh Pembangun Permainan Mudah Alih StarLark, Pasukan Di sebalik Francais Popular, Golf Rival (Grafik: Business Wire) - Membawa sebuah Pasukan Pembangunan Berbakat dan Francais Popular Baharu ke Zynga
- Memperluaskan Kehadiran Zynga di Peringkat Antarabangsa dengan sebuah Studio di China
- Menambahkan Projek Baharu pada Pembangunan Awal
- Menjangka Pemerolehan akan Dimeterai pada Suku Keempat 2021
SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki ke dalam satu perjanjian muktamad untuk memperoleh StarLark, pembangun bagi permainan golf mudah alih kedua terbesar dan pesat berkembang di dunia, Golf Rival, daripada Betta Games dengan sebanyak $525 juta dalam bentuk tunai dan saham. Pemerolehan ini membawa kepada Zynga sebuah pasukan pembangunan yang berbakat dengan keupayaan yang terbukti untuk mencipta satu kejayaan global dan projek-projek tambahan dalam pembangunan awal. StarLark juga memperluaskan kehadiran Zynga di peringkat antarabangsa dengan mewujudkan sebuah studio yang berpusat di China dengan akses kepada pangkalan bakat kreatif di rantau itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210805005098/en/
Dalam Golf Rival, pemain dari semua tahap kemahiran bersaing dalam perlawanan pemain-lawan-pemain secara tepat masa, termasuk pertandingan berbilang pemain di padang golf yang menakjubkan dengan peralatan yang boleh disesuaikan. Permainan itu telah berkembang pesat untuk menjadi permainan golf mudah alih kedua terbesar di dunia dengan enam juta muat turun pada tahun 2021 sahaja.
“Dengan pengambilalihan Golf Rival, Zynga menjadi tempat kepada sebuah pasukan berbakat dengan keupayaan yang terbukti untuk mewujudkan satu kejayaan di peringkat global, dan pada masa yang sama mengembangkan kehadiran Zynga di peringkat antarabangsa dengan sebuah studio baharu di China,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Golf Rival telah meningkat dengan pesat untuk menjadi permainan golf mudah alih kedua terbesar di dunia, dengan enam juta muat turun pada tahun 2021 sahaja. Bersama-sama, Zynga dan StarLark berada pada kedudukan yang baik untuk mengembangkan Golf Rival dengan lebih pantas bersama dengan tambahan projek-projek baharu dalam pembangunan awal.”
“Saya sangat berbangga dengan pasukan StarLark kerana menjadikan Golf Rival satu hit di seluruh dunia dan kami sangat teruja untuk menyertai Zynga bagi mempercepatkan trajektori pertumbuhan yang luar biasa bagi permainan itu sebagai francais untuk selama-lamanya,” kata Henry You, Pengasas dan Pengurus Besar bagi StarLark. “Perkongsian ini akan menyediakan Zynga dengan akses yang lebih besar kepada kumpulan bakat yang mendalam di China, dan juga memberikan StarLark akses kepada sumber dan kepakaran global di Zynga.”
Zynga akan memperoleh studio pengembangan StarLark dan francais Golf Rival dengan harga kira-kira $525 juta, yang merangkumi kira-kira $315 juta dalam bentuk wang tunai dan kira-kira $210 juta dalam bentuk saham biasa Zynga (diterbitkan pada purata harga penutupan sesaham selama tempoh dagangan tiga puluh hari yang berakhir pada 2 Ogos, 2021). Pertimbangan penutupan akhir akan juga termasuk pelarasan penutupan biasa dan dijangka dimeterai pada suku keempat 2021.
Zynga diberi nasihat oleh White & Case dan Fangda Law. Aream & Co. bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Orrick berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Betta Games di dalam urus niaga ini.
Nota Editor
Visual penting dan aset siaran tersedia untuk digunakan pada pautan berikut: https://www.dropbox.com/sh/k04y6d41bgrcw7m/AACg-NaEWZDbPEumf0s42qlIa?dl=0
Maklumat mengenai Zynga Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Hair Challenge™, Harry Potter: Puzzles & Spells™, High Heels!™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Queen Bee™, Toon Blast™, Toy Blast™, dan Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan yang berkaitan, antara lain: cadangan pemerolehan ke atas Beijing StarLark Technology Co., Ltd. (“StarLark)”, francais permainan mudah alih Golf Rival dan permainan lain yang berkaitan, harta intelektual, rekod perniagaan dan aset dan liabiliti lain yang khusus, keupayaan kami untuk mendapat manfaat yang diharapkan daripada pengambilalihan itu, termasuk pertumbuhan bagi francais Golf Rival, pengembangan permainan di masa hadapan, dan menarik dan mengekalkan pembangunan utama dan kakitangan lain; harga pembelian bagi pemerolehan itu dan ketepatan masa di mana urus niaga itu dijangka ditutup. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mempunyai perkataan seperti “terunjur”, “terancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang secara umumnya berbentuk pandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini bukan jaminan bagi prestasi masa depan dan menggambarkan jangkaan semasa pengurusan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko, ketidakpastian, dan andaian yang signifikan, dan keputusan sebenar kami mungkin berbeza dari segi material daripada yang diramalkan atau yang tersirat. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada kami pada tarikh berkenaan. Kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza termasuk: kepuasan bagi syarat penutupan urus niaga dan keupayaan kami untuk menutup urus niaga tepat pada masanya; keupayaan kami untuk mengintegrasikan dan mencapai manfaat yang diharapkan daripada urus niaga itu; dan risiko bagi tindakan undang-undang dan/atau peraturan yang berkaitan dengan urus niaga itu. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini dan faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210805005098/en/ Hubungi
Perhubungan Pelabur: Rebecca Lau Investors@zynga.com
Perhubungan Media: Sarah Ross Saross@zynga.com
Sumber : Zynga
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|