ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  DIGITALED MENGUMUMKAN PELABURAN PERTUMBUHAN DARI PSG

Monday 09/08/2021



Pelaburan bertujuan untuk menyokong inovasi produk, pengalaman pengguna dan percepatan ke pasaran

WATERLOO, Ontario, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, DigitalEd mengumumkan satu pelaburan pertumbuhan dari PSG; sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat perkhidmatan perisian dan teknologi berbantu di pasaran pertengahan. DigitalEd menyediakan sebuah platform pembelajaran digital berasaskan SaaS yang diberi nama Möbius, yang memberi tumpuan kepada pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). PSG adalah satu-satunya pelabur luar bagi DigitalEd. Syarat-syarat kewangan tidak dinyatakan.

DigitalEd telah ditubuhkan pada tahun 2018 dengan satu misi yang mudah dan bergema - untuk membentuk dunia melalui pembelajaran digital. DigitalEd menyediakan pembelajaran secara individu, dalam sebuah dunia yang dikongsi bersama, yang membolehkan pelajar untuk memperoleh pengetahuan pada satu kadar berpandukan secara kendiri. DigitalEd pada masa ini menyokong lebih 300 institusi pendidikan di seluruh dunia, mentadbir lebih dari 20 juta ujian dan tugasan, menyokong pembelajaran dalam talian bagi universiti bertaraf dunia, institut teknologi, dan kolej komuniti.

Möbius adalah sebuah platform yang berinovatif dan komprehensif untuk pendidikan STEM. Platform itu direka untuk mengurangkan masa yang perlu diluangkan oleh pendidik untuk tugasan pentadbiran, yang biasanya diperlukan untuk penyediaan dan penilaian kursus, sekali gus membolehkan mereka untuk memaksimumkan masa yang dihabiskan untuk mengajar dan berinteraksi dengan pelajar. Platform itu memberi tumpuan kepada kejayaan pelajar dengan menyediakan pendidik dengan kandungan kursus berkualiti tinggi yang dibuat oleh pakar kurikulum STEM. Möbius dapat menyampaikan kerja kursus dan memantau prestasi pelajar dengan analisis. Bagi pelajar, Möbius menyediakan sebuah persekitaran pembelajaran digital interaktif yang dapat diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja, dengan memberikan penandaan automatik yang canggih dan maklumat balas pelajar yang serta merta dan tertumpu. 

“Kami sangat bangga dengan penerapan yang berterusan bagi Möbius, dan bagaimana ia telah membolehkan pendidikan dalam talian untuk mempertingkat dan menambah baik pendidikan tradisional,” kata Jim Cooper, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi DigitalEd. “Kami percaya pasukan PSG memahami dan komited terhadap visi pengasas kami. Pada pandangan kami, mereka adalah sebuah rakan yang tepat bagi DigitalEd, ketika kami berusaha untuk terus mengembangkan platform Möbius untuk memperkasakan pendidik dengan mengukur dan meningkatkan pengalaman pembelajaran.” 

“Kami percaya DigitalEd memiliki sebuah platform yang mantap dan berskala tinggi yang berada pada kedudukan yang unik untuk pertumbuhan di tengah-tengah permintaan yang meningkat bagi kedua-dua peranti e-pembelajaran dan pendidikan STEM,” kata Chris Andrews, Prinsipal di PSG. “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Jim, Christina dan pasukan berbakat DigitalEd yang lain dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat itu melalui inovasi produk, inisiatif strategi percepatan ke pasaran dan tumpuan yang berterusan pada pengalaman pengguna.” 

“Semua yang kami lakukan di DigitalEd adalah didasarkan kepada mengoptimumkan pengalaman dan kejayaan pelajar,” kata Christina Perdikoulias, Presiden DigitalEd. “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan PSG dan meneruskan komitmen kami untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi, pembelajaran secara individu dan dapat diakses pada skala.” 

Stikeman Elliot LLP dan Weil, Gotshal & Manges LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada PSG. Gowlings WLG, Grant Thornton LLP dan Tyton Partners bertindak sebagai penasihat kepada DigitalEd. 

Maklumat mengenai DigitalEd
DigitalEd adalah sebuah syarikat perisian berasaskan awan yang ditumpukan untuk meningkatkan kejayaan pendidikan pelajar. Di DigitalEd, kami telah menggunakan kepercayaan, nilai dan teras utama kami bagi pembangunan perisian untuk membina platform Möbius itu; sebuah platform pembelajaran yang berinovatif dan komprehensif bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DigitalEd, sila layari: www.digitaled.com 

Maklumat mengenai PSG
PSG adalah sebuah firma ekuiti pertumbuhan yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat perkhidmatan perisian dan teknologi berbantu di pasaran pertengahan untuk membantu mereka mengemudikan pertumbuhan transformasi, memanfaatkan peluang-peluang strategik dan membina pasukan yang mantap. Setelah menyokong lebih daripada 80 syarikat dan memudahkan lebih 325 pemerolehan tambahan, PSG membawa pengalaman pelaburan yang luas, kepakaran yang mendalam di dalam perisian dan teknologi dan satu komitmen tegas untuk bekerjasama dengan pasukan-pasukan pengurusan. Ditubuhkan pada tahun 2014, PSG beroperasi di pejabat di Boston, Bandar raya Kansas dan London. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PSG, sila layari www.psgequity.com.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210803005210/en/ 


Hubungi 

Media
DigitalEd
Siobhan Paul
spaul@digitaled.com 

PSG
Jackie Schofield
Prosek Partners (bagi pihak PSG)
jschofield@prosek.com 

Sumber : DigitalEd 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.