Acara Berulang Khas Memanggil Rakan-rakan Kelab ke Peta Interaktif Baharu, Di mana Pemain Boleh Berganding untuk Mengatasi Bahaya dan Menemui Artefak Ajaib yang Jarang DitemuiSAN FRANCISCO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini,
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih Match-3 ajaib mereka,
Harry Potter: Puzzles & Spells, telah melancarkan acara dalam permainan Cabaran Kelab yang pertama. Tersedia sekarang untuk pemain di seluruh dunia, siri acara waktu terhad berulang pertama kali ini mencabar pemain Kelab untuk memasuki Hutan Larangan bagi mengemudi, meneroka dan mengatasi satu peta interaktif baharu yang penuh dengan rintangan tersembunyi, pertemuan khas dan hadiah ganjaran.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210810005020/en/Membuka kunci pada tahap 55 pemain, Cabaran Kelab memperkenalkan satu laluan interaktif baharu yang berasingan kepada perjalanan solo permainan itu, yang menawarkan mata eksklusif dan bebas, hadiah dan sistem ‘nyawa’ dalam setiap acara mereka. Menjangkau sehingga tiga minggu pada satu-satu masa, setiap acara Cabaran Kelab akan mengangkut pemain ke satu lokasi peta interaktif yang unik, yang ditanda dengan teka-teki untuk mengatasi bagi meneruskan kemajuan mereka. Memperoleh mata ganjaran bagi setiap teka-teki yang mereka lengkapkan, pemain akan menerima tiga ‘nyawa’ harian yang khusus kepada ciri Cabaran Kelab dalam
Harry Potter: Puzzles & Spells. Ketika rakan Kelab bekerjasama untuk mengemudi peta seakan pagar sesat itu, mereka akan menemui perangkap dan ganjaran ketika mereka memperoleh mata dan bekerjasama untuk menyumbang kepada kedudukan liga Kelab mereka.
Bagi acara Cabaran Kelab yang pertama, pemain akan meninggalkan keselesaan di Hogwarts dan memasuki Hutan Larangan yang penuh misteri itu, dan seringkali mencetuskan bahaya. Ketika rakan Kelab meneroka hutan mitos itu, mereka akan menemui Artefak yang jarang ditemui tetapi disanjung dari dunia sihir, seperti House Cup yang menjadi rebutan atau Pedang Gryffindor, untuk mendapatkan akses kepada teka-teki terakhir. Pada pertembungan akhir, pemain mesti bekerjasama untuk mengalahkan beberapa daripada makhluk paling ganas yang terdapat di hutan itu, termasuk Mountain Troll dan Hungarian Horntail, atau musuh Ron yang paling menjijikkan, Aragog.
“Dengan elemen bercirikan kerjasama sosial, strategi, dan permainan ajaib yang lengkap dengan jampi serapah ikonik dan Katak bersalut Coklat,
Harry Potter: Puzzles & Spells menawarkan satu pengalaman Match-3 yang mantap yang tidak seperti yang lain,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Eksekutif, Permainan di Zynga. “Acara Cabaran Kelab itu memperkenalkan satu gabungan keseronokan, misteri dan persahabatan yang menjadi teras kepada siri
Harry Potter dan membolehkan pemain untuk berhubung dan bekerjasama dengan rakan Kelab dalam cara yang lebih bermakna.”
Dalam
Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan Match-3 yang penuh dengan jampi serapah, kelucuan, warna dan watak dari siri Harry Potter. Menampilkan muzik filem dan rakaman suara daripada filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti satu perjalanan penceritaan semula Harry yang autentik, mudah alih melalui dunia sihir. Memperoleh jampi serapah dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki Match-3 yang dipenuhi dengan Katak bersalut Coklat, Kunci Bersayap yang berdebaran, memerangi kepingan catur sihir dan rintangan dan objek lain yang tidak dijangka. Dalam semangat keakraban dan persaingan persahabatan di Hogwarts, pemain boleh bergabung atau membentuk kelab dengan peminat lain untuk bersosial, bekerjasama dalam strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk hadiah dalam Acara Kelab eksklusif.
Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan untuk berhubung dengan peminat lain, ikuti kami di
Facebook,
Instagram dan
Twitter, dan layari laman web permainan itu di
www.harrypotterpuzzlesandspells.com.
Untuk aset sokongan, sila layari :
https://bit.ly/HPPS_ClubChallengeMaklumat mengenai Zynga Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk
CSR Racing™,
Empires & Puzzles™,
Hair Challenge™
, Harry Potter: Puzzles & Spells™
, High Heels!™
, Merge Dragons!™,
Merge Magic!™,
Queen Bee™,
Toon Blast™,
Toy Blast™ dan
Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zynga.com atau ikuti Zynga di
Twitter,
Instagram,
Facebook atau di
blog Zynga.
Maklumat mengenai Warner Bros. Games Warner Bros. Games, satu bahagian daripada Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pemberi lesen dan pengedar terulung di seluruh dunia bagi kandungan hiburan untuk ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk konsol, genggam, mudah alih dan permainan berasaskan komputer peribadi bagi kedua-dua tajuk permainan dalaman dan permainan pihak ketiga. Maklumat tambahan mengenai Warner Bros. Games boleh diperolehi di
https://www.wbgames.com/.
Maklumat mengenai Portkey Games Portkey Games, dari Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang dikhususkan untuk mewujudkan pengalaman Dunia Sihir mudah alih dan permainan video yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan tetapan Dunia Sihir bagi mencipta pengalaman baharu dan unik. Label itu telah dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka untuk menyelidiki ke dalam keajaiban Dunia Sihir dalam cara yang mendalam di mana mereka dapat menentukan kisah Dunia Sihir mereka sendiri.
WIZARDING WORLD, HARRY POTTER Publishing Rights © J.K. Rowling. HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, PORTKEY GAMES, WIZARDING WORLD dan watak-watak HARRY POTTER, nama dan tanda yang berkaitan © dan ™ Warner Bros. Entertainment Inc. ™ Zynga Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.
WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s21)
Kenyataan yang Berpandangan ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang berkaitan, antara lain, nama, perincian permainan, ciri-ciri permainan, dan satu acara waktu terhad di dalam
Harry Potter: Puzzles & Spells. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mempunyai perkataan seperti “pandangan”, “terunjur”, “terancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang secara umumnya berbentuk pandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko, ketidakpastian, dan andaian yang signifikan. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada kami pada tarikh berkenaan. Kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di
http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di
www.sec.gov.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210810005020/en/HubungiHubungan Media:
Dana Whitney
dwhitney@zynga.comAlexa Grandolfo
agrandolfo@zynga.comSumber : Zynga
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA