ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  KIOXIA MENDORONG BATASAN PRESTASI DENGAN VERSI BAHARU. 3.1 UFS PERANTI INGATAN KILAT TERTANAM

Wednesday 11/08/2021



Table
Kioxia Corporation: UFS Versi 3.1 peranti ingatan kilat tertanam (Foto: Business Wire) 
 
Dibina berdasarkan kepada Ingatan Kilat 3D BiCS FLASH™ Generasi Kelima; Membawa Profil yang Lebih Nipis, Kelajuan Bacaan/Penulisan Lebih pantas untuk Aplikasi yang Semakin Mendesak

TOKYO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan pengambilan sampel bagi generasi terbaharu bagi 256 dan 512 gigabait (GB) Storan Kilat Universal (UFS) Versi. 3.1 peranti ingatan kilat tertanam. Dipasang pada pakej  0.8 dan 1.0mm tinggi, produk baharu itu meningkatkan prestasi sebanyak kira-kira 30% untuk bacaan rawak dan kira-kira 40% untuk penulisan rawak[¹] – menjadikannya lebih nipis[²]  dan lebih pantas berbanding pendahulunya. Peranti UFS baharu Kioxia menggunakan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ generasi kelima berprestasi tinggi syarikat itu dan disasarkan kepada pelbagai aplikasi mudah alih termasuk telefon pintar canggih.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210810006065/en/ 

Rangkaian aplikasi kuasa dan ruang yang luas yang menggunakan ingatan kilat tertanam terus memerlukan prestasi dan kepadatan yang lebih tinggi, dan UFS semakin menjadi pilihan bagi penyelesaian itu. Daripada perspektif sebuah GB total, UFS kini mencakupi sebahagian besar daripada permintaan berbanding dengan e-MMC. Menurut Forward Insights[³], apabila menggabungkan keseluruhan permintaan UFS dan e-MMC GB di seluruh dunia, hampir 70% bagi permintaan pada tahun ini adalah untuk UFS, dan ini akan terus meningkat.

Peranti UFS 256GB dan 512GB baharu itu termasuk kemajuan berikut:
● Peningkatan prestasi sekitar 30% untuk bacaan rawak dan kira-kira 40% untuk penulisan rawak.
● Penggalak Prestasi Hos (HPB) Versi 2.0: Meningkatkan prestasi bacaan secara rawak dengan menggunakan ingatan sisi hos untuk menyimpan jadual terjemahan logik ke fizikal. Sementara HPB Versi 1.0 hanya membolehkan akses bersaiz ketulan 4KB, HPB Versi 2.0 membolehkan akses yang lebih luas - yang dapat meningkatkan lagi prestasi bacaan secara rawak.
● Pakej 256GB yang lebih nipis pada ketinggian hanya 0.8mm.
 
Catatan
[1] Berbanding dengan generasi Kioxia sebelum ini UFS 256/512GB.
[2] Bagi ketumpatan 256GB berbanding dengan generasi Kioxia sebelum ini UFS 256GB.
[3] Forward Insights “NAND Quarterly Insights” 2Q (2021)
 
Kelajuan bacaan dan penulisan mungkin berbeza bergantung pada peranti hos, keadaan bacaan dan penulisan, dan saiz fail.

Dalam setiap sebutan bagi sebuah produk Kioxia: Ketumpatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada kepadatan cip ingatan di dalam Produk, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan lebih rendah disebabkan oleh ruang data overhed, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza berdasarkan kepada hos peranti dan aplikasi. Untuk perincian, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan. Definisi bagi 1KB = 2ˆ10 bait = 1,024 bait. Definisi bagi 1Gb = 2ˆ30 bit = 1,073,741,824 bit. Definisi bagi 1GB = 2ˆ30 bait = 1,073,741,824 bait. 1Tb = 2ˆ40 bit = 1,099,511,627,776 bit.

Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.

Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.

Pertanyaan pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Jualan & Pemasaran Ingatan
Tel: +81-3-6478-2423
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210810006065/en/ 

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404 

Sumber : Kioxia Corporation 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.