ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. MERAIH BEBERAPA ANUGERAH UNTUK KERJA DALAM PERNIAGAAN, TINDAK BALAS TERHADAP COVID-19 DAN USAHA KELESTARIAN

Thursday 12/08/2021



Table

Mary Kay telah dinobatkan sebagai Pemenang Silver Globee® dalam 3 kategori pada Anugerah Perniagaan dan Inovasi Golden Bridge Tahunan ke-13 2021. (Grafik: Mary Kay Inc.)

 
DALLAS, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada tahun 2021, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia, menghasilkan produk yang sangat menarik dan membina komuniti yang lebih sihat dan lebih lestari walaupun sebagai tindak balas terhadap COVID-19. Sebagai mengiktiraf pencapaian Mary Kay dalam tempoh enam bulan yang lalu, jenama itu telah membawa pulang beberapa anugerah yang menjadi rebutan dalam kategori perniagaan, kewarganegaraan korporat, dan kepimpinan daripada pelbagai organisasi yang berprestij.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210811005163/en/

Anugerah itu, yang merangkumi daripada pengiktirafan bagi tindak balas oleh jenama itu terhadap COVID-19 kepada penghargaan bagi sebuah dokumentari yang dihasilkan oleh Mary Kay mengenai usaha pemeliharaan di Teluk Mexico, menyoroti nilai-nilai perniagaan syarikat itu yang tak goyah dan dedikasi mereka kepada prinsip-prinsip yang ditentukan oleh pengasas legenda jenama itu, Mary Kay Ash.

Anugerah terbaharu termasuk:

Anugerah Tindak Balas COVID-19

· Pemenang Silver Globee® - Anugerah Perniagaan dan Inovasi Golden Bridge Tahunan ke-13 2021
o Pasukan Terbaik Tahun ini semasa COVID-19 (Pasukan Pengedaran Pensanitasi Tangan)
o Tindak Balas Terbaik Syarikat Tahun ini (Mary Kay Inc.)
o Produk Terbaik untuk Memerangi dan Mengurangkan Impak COVID-19 (Pensanitasi Tangan Mary Kay)

· Pemenang Gold Globee® – Anugerah Perniagaan dan Inovasi Golden Bridge Tahunan ke-13 2021
o Tindak Balas Terbaik Tidak Mencari Keuntungan Membantu Komuniti Tempatan dan Dunia Semasa COVID-19 (YayasanSM Mary Kay)

· Pemenang Silver Globee® – Anugerah Terbaik Amerika dalam Perniagaan Tahunan ke-6 2021
o Pasukan Terbaik Tahun ini Semasa COVID-19 (Pasukan Pengedar Pensanitasi Tangan)
o Tindak Balas Terbaik Syarikat Tahun Ini (Mary Kay Inc.)
o Produk Terbaik untuk Memerangi dan Mengurangkan Impak COVID-19 (Pensanitasi Tangan Mary Kay)

· Pemenang Gold Globee® – Anugerah Terbaik Amerika dalam Perniagaan Tahunan  ke-6 2021
o Tindak Balas Terbaik Tidak Mencari Keuntungan Membantu Komuniti Tempatan dan Dunia Semasa COVID-19 (YayasanSM Mary Kay)

Anugerah Syarikat

· Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik Amerika 2021 - Forbes
· Anugerah “Power of Woman”, Mary Kay Ukraine, projek bersama dengan Marie Claire - Anugerah Pemasaran X-RAY
· Majikan Terbaik 2021, Mary Kay Poland - The Financial Magazine
· “Anugerah Nombor Satu Syarikat Kosmetik Jualan Langsung,” Mary Kay Belarus – Anugerah Kebangsaan Tahunan “Nombor Satu”

Anugerah Kelestarian

Guardians of the Gulf, sebuah dokumentari pembuka mata yang meninjau perhubungan kacau-bilau di antara Teluk Mexico dan penyokong pemuliharaan yang bertekad untuk melindunginya, telah menerima pelbagai anugerah. Mary Kay Inc., yang bertindak sebagai penerbit eksekutif, dengan Media One yang bekerjasama dengan The Nature Conservancy, telah mengunjungi pantai Texas, Alabama dan Mexico untuk memberi penerangan mengenai kisah-kisah pemuliharaan Teluk yang seringkali tidak dipaparkan.

· Perak: Bukan Siaran Umum-Alam Semula jadi/Hidupan Liar – Anugerah Telly
· Gangsa: Bukan Siaran Umum-Dokumentari – Anugerah Telly
· Finalis Dokumentari Fokus Khas Terbaik – Festival Filem Antarabangsa LA Femme
· Anugerah Remi Dunia – Festival Filem Antarabangsa Worldfest Houston

Pengiktirafan Kepimpinan

· “67 Ketua Pegawai Eksekutif Dan Eksekutif Wanita Berkulit Hitam yang Berkuasa di dalam Korporat Amerika,” Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Setiausaha Korporat / Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran – Business Insider
· “Ketua Pegawai Eksekutif Wanita UTAMA di Ukraine” dalam Kepimpinan Wanita dalam Sektor Korporat dan penilaian Perniagaan – Viktoriia Zoria-Iatsenko, Pengurus Besar, Mary Kay Ukraine – WoMo (Portal untuk Wanita Bekerja)
· “50 Wanita Paling Bernilai di Poland,” Ewa Kudlińska-Pyrz, Pengurus Besar, Mary Kay Poland – The Financial Magazine
· “100 Pemimpin Wanita Utama dalam Produk Pengguna Pada 2021,” Allyson Sellers, Naib Presiden Jualan, Mary Kay Amerika Syarikat – Women We Admire

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210811005163/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.