ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PEMIMPIN AI PERBUALAN SENSEFORTH.AI MENGUMPULKAN $14 JUTA DARIPADA FRACTAL

Friday 13/08/2021



PALO ALTO, Calif., 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin AI perbualan Senseforth.ai hari ini mengumumkan satu pelaburan berjumlah $14 juta daripada Fractal (fractal.ai), sebuah penyedia global bagi penyelesaian kecerdasan buatan dan analitik kepada syarikat-syarikat Fortune 500®. Pelaburan ini akan membantu Senseforth.ai meningkat dan mengembangkan kehadiran mereka merentasi pelanggan Fractal di seluruh dunia. Pelaburan ini juga mengukuhkan penawaran AI perbualan Fractal ketika ia meneruskan misi mereka untuk memberi kuasa kepada setiap keputusan manusia di dalam perusahaan itu.

Platform kod sifar A.ware Senseforth.ai yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah mengautomasikan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuh digital bagi perusahaan global. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 2022, 30% daripada pengalaman pelanggan akan dikendalikan oleh AI perbualan, meningkat dari 3% pada tahun 2017. A.ware menjadikannya mudah untuk membina, melatih, mengatur kedudukan, dan meningkatkan penyelesaian AI perbualan untuk memacukan pendapatan, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

Shridhar Marri, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Senseforth berkata, “Pelaburan strategik ini mewujudkan satu rangka tindakan baharu bagi Senseforth.ai. Kami sangat teruja kerana dapat menyampaikan visi kami ‘untuk menjadikan teknologi seperti seakan manusia’, membolehkan interaksi Manusia-AI yang berterusan dan mengubah proses perniagaan yang kompleks.” Beliau menambah, “Kami sekarang boleh meningkatkan bakat, mempercepatkan pertumbuhan, membuat lebih banyak pelaburan di dalam R&D, dan menciptakan nilai yang luar biasa bagi pelanggan kami.”

Mengumumkan pelaburan strategik itu, Pengasas Bersama, Ketua Eksekutif Kumpulan dan Naib Pengerusi Fractal, Srikanth Velamakanni berkata, “Pengasas Senseforth.ai Shridhar, Krishna dan Ritesh telah membina sebuah pasukan hebat dan platform yang teguh yang digunakan pada skala dengan pelanggan tersohor seperti Bank HDFC. Teknologi Senseforth mendahului persaingan, terutama seperti yang dibuktikan dengan penanda aras prestasi mereka pada papan pendahulu Stanford Question Answering Dataset (SQuAD) 2.0.” Srikanth menambah, “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan pasukan Senseforth.ai untuk menyumbang kepada fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya.”

“Kami mendapat inspirasi oleh usaha Senseforth.ai dengan kerajaan India untuk menghapuskan halangan teknologi dalam mengakses perkhidmatan rakyat bagi 700 juta pengguna internet melalui AI perbualan. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Senseforth dan mengembangkan penyelesaian AI perbualan kepada pelanggan kami,” kata Pranay Agrawal, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Fractal.

Krishna Kadiri, Ketua Pegawai AI dan Pengasas Bersama bagi Senseforth berkata, “Senseforth mempunyai sebuah R&D yang teguh dan budaya berinovasi dan telah melakukan sesuatu yang sangat penting di dalam penanda aras ML global. Pelaburan ini akan membantu kami meningkatkan keupayaan pembelajaran mendalam kami dan membenamkan penyelidikan termaju ke dalam A.ware.”

Don Vadakan, Ketua Pegawai Jualan di Fractal berkata, “Platform AI berbilang pengalaman, agnostik industri Senseforth akan memacukan penyelesaian digital generasi akan datang. Kami sangat teruja untuk menyampaikan kes penggunaan yang hebat merentasi industri bagi kedua-dua perusahaan bersaiz besar dan sederhana dengan A.ware daripada Senseforth.”

Ritesh Radhakrishnan, Ketua Pegawai Teknologi, dan Pengasas Bersama bagi Senseforth berkata, “Di Senseforth.ai, kami telah membina A.ware, satu daripada Platform AI Perbualan yang paling teguh dan komprehensif di pasaran pada hari ini. A.ware telah mengautomasikan berbilion perbualan untuk perusahaan di seluruh dunia. Pelaburan ini akan membantu kami untuk mengukuhkan asas teknologi kami dan meningkatkan platform dan produk kami untuk menjadi peneraju pasaran yang tidak dapat dipertikaikan di ruang AI Perbualan.”

Maklumat mengenai Senseforth

Senseforth.ai  adalah sebuah Platform AI Perbualan yang membolehkan perbualan seakan manusia secara automatik pada skala, di antara organisasi dan manusia. Ditubuhkan dengan satu visi untuk “membuat teknologi berkelakuan seperti seorang manusia”, Senseforth.ai membantu organisasi memperoleh, melibatkan diri dan membantu pelanggan menggunakan bot yang dikuasakan oleh AI. Sebagai sebuah rakan pilihan untuk perusahaan di Amerika Utara, Eropah dan APAC, Senseforth.ai telah melaksanakan lebih 100 penyelesaian yang menangani berjuta-juta perbualan setiap bulan dan telah diiktiraf sebagai sebuah ‘Vendor Hebat’ dalam Platform AI Perbualan pada tahun 2020 oleh Gartner, Untuk maklumat lanjut, sila layari www.senseforth.ai

Maklumat mengenai Fractal

Fractal adalah satu daripada penyedia terkemuka bagi AI dan analitik kepada syarikat-syarikat Fortune 500® yang paling dikagumi di dunia. Misi Fractal adalah untuk memberi kuasa kepada setiap keputusan manusia dalam perusahaan dengan membawa AI, kejuruteraan, dan reka bentuk untuk menyelesaikan beberapa masalah paling sukar di dunia.

Produk Fractal termasuk Qure.ai, untuk membantu ahli radiologi dalam membuat keputusan diagnostik yang lebih baik; Crux Intelligence, untuk membantu Ketua Pegawai Eksekutif dan eksekutif kanan membuat keputusan taktikal dan strategik yang lebih baik; Theremin.ai, untuk meningkatkan keputusan pelaburan; Eugenie.ai, untuk mencari anomali dalam data halaju tinggi; dan Samya.ai untuk memacukan pengurusan pertumbuhan pendapatan perusahaan generasi akan datang.

Fractal mempunyai lebih 2,800 orang pekerja merentasi 16 lokasi global, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Ukraine, India, Singapura dan Australia. Fractal telah secara konsisten dinilai di antara syarikat terbaik India untuk bekerja, oleh The Great Place to Work® Institute; diketengahkan sebagai sebuah peneraju di dalam Penyedia Perkhidmatan Analitik Pelanggan Wave™ 2021, Penyedia Perkhidmatan Wawasan Khusus Wave™ 2020 & Perunding Visi Komputer Wave™ 2020, oleh Forrester Research; dan diiktiraf sebagai “Vendor Terhormat” pada Magic Quadrant™ 2021 untuk data & analitik oleh Gartner. Untuk maklumat lanjut, sila layari fractal.ai.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210812005361/en/

Hubungi

Manhardeep Singh; manhardeep.singh@senseforth.com

Sumber : Senseforth.ai

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.