ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  1,500 PETUGAS BARISAN HADAPAN TERIMA SUMBANGAN MAKANAN TENGAH HARI

Tuesday 17/08/2021



Table
PPZ-MAIWP dan MAIWP mengambil inisiatif turun padang menyantuni para petugas hadapan di sekitar Wilayah Persekutuan 
menggunakan dana wakalah majikan kakitangan Maybank. 
 
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah turun padang bagi menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan melalui wakalah majikan kakitangan Maybank. 

Sumbangan diagihkan pada 13 dan 14 Ogos dengan peruntukkan sebanyak RM19,950 untuk dimanfaatkan kepada 1,500 petugas barisan hadapan di 20 lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Penerima sumbangan terdiri daripada petugas-petugas barisan hadapan di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Titiwangsa, Bilik Gerakan COVID Titiwangsa, petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), serta Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan sukarelawan di tanah perkuburan.

Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 kini, pastinya memberi bebanan besar di bahu para petugas barisan hadapan apabila mereka perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dari dijangkiti. Justeru inilah antara sumbangan tambahan yang boleh dilaksanakan bagi menghargai jasa mereka selain bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh pihak MAIWP.

Program ini turut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mahadi Sukarno, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman di lokasi yang berbeza sercara serentak.

Program seumpama ini tidak dapat dilaksanakan tanpa dana wakalah pembayarpembayar zakat. Oleh itu, kami menyeru lebih banyak syarikat-syarikat di luar sana untuk menggalakkan kakitangan mereka menunaikan zakat di PPZ-MAIWP melalui Skim PZB di samping mendapat kelebihan menerima Skim Wakalah untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan mereka yang memerlukan. 

Untuk makluman, PPZ-MAIWP baru sahaja melancarkan Kempen Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang berlangsung selama enam bulan bermula Julai hingga Disemberi 2021. Sehubungan itu, orang ramai khususnya kakitangan sektor swasta dan kerajaan digalakkan untuk menunaikan zakat secara bulanan melalui potongan gaji agar dapat bantuan dapat disalurkan secara konsisten buat mereka yang memerlukan. 

Orang ramai boleh mendaftar Skim PZB sama ada melalui pautan ptg.zakat.com.my, mengisi borang di kaunter PPZ-MAIWP atau melalui majikan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://bit.ly/SkimPZB atau ikuti Facebook Pusat Pungutan Zakat. 

Latar Belakang PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZMAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my 

Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Norazlina Nordin
Tel: 019 - 728 3839
Emel: azlina@zakat.com.my 

Nama: Nur Izzati Mazlan
Tel: 011 – 1192 1956
Emel: izzati@zakat.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.