·
eZad membolehkan peladang kurma UAE untuk menjual terus kepada pembeli kurma pukal di seluruh dunia. Platform itu bertujuan untuk menjadikan jual beli kurma lebih pantas, lebih telus dan menguntungkan bagi semua pihak yang berkepentingan.·
eZad juga menawarkan satu penyelesaian rantaian nilai yang lengkap di hujung jari anda.ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agthia Group PJSC, sebuah syarikat makanan dan minuman serantau terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran eZad, sebuah platform eLelongan perniagaan ke perniagaan yang berinovatif, mudah dan cekap, di mana pembeli dari seluruh dunia boleh membeli kurma secara pukal daripada penjual di UAE.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210822005026/en/eZad menjadikan pembelian dan penjualan kurma lebih pantas, lebih telus dan menguntungkan bagi semua pihak yang berkepentingan. Platform itu komited untuk membantu peladang menanam kurma yang lebih baik di samping membolehkan pembeli kurma borong untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Dalam fasa pertama itu, eZad akan mendapatkan kurma daripada peladang di UAE dan mula menyenaraikannya dari awal musim menuai pada Ogos. Seterusnya, ruang lingkup eZad akan diperluaskan secara beransur-ansur ke negara lain.
Peladang akan menyenaraikan kurma mereka untuk dilelong di eZad melalui sebuah sistem perakuan yang boleh dipercayai yang menggred kurma mengikut standard pasaran yang boleh dipercayai, dengan disokong oleh jaminan kualiti yang dibina berdasarkan kepada pengalaman dan reputasi yang meluas yang diwarisi daripada Al Foah.
Penyenaraian lelongan itu akan tersedia di eZad kepada pembeli di seluruh dunia selama 48 jam. Pembeli boleh mencari dan menapis senarai itu berdasarkan kepada keutamaan seperti harga, jenis kurma, kuantiti dan kualiti.
Pembeli boleh mengambil kurma yang dibeli itu dari salah satu daripada gudang eZad atau memilih daripada mana-mana perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan, termasuk penyimpanan, pembungkusan, pemunggahan, fumigasi, mencuci dan menghantar buah kurma itu ke lokasi di seluruh dunia.
Alan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Agthia berkata: “Platform eZad itu telah diwujudkan untuk membawa ketelusan, kemudahan dan penstandardan kepada industri kurma, melalui teknologi dan perkhidmatan yang kami sediakan. Matlamat kami adalah untuk menghubungkan peladang kecil dan besar secara terus dengan pembeli kurma pukal melalui satu platform tunggal, mudah dan berinovatif. Dengan mewujudkan pautan langsung ini, margin yang tersembunyi sebelum ini serta perbelanjaan perjalanan akan dihapuskan dan dengan itu menawarkan satu penyelesaian yang efektif dari segi kos kepada pembeli.”
Beliau menambah: “Platform yang dibuat khusus itu menangani masalah bagi semua pihak yang terlibat merentasi rantaian nilai itu. Kami sentiasa memberikan keutamaan kepada peladang dan pelanggan kami dalam segala perkara yang kami lakukan, dan kami akan terus berbuat demikian untuk memastikan pulangan dan manfaat ekonomi yang adil untuk semua.”
eZad berhasrat untuk menjadi saluran jualan terkemuka bagi peladang dan pada masa yang sama menawarkan satu pengalaman yang bebas daripada masalah bagi pembeli. Untuk mendaftar dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari
www.ezad.aeLinkedIn*Sumber: AETOSWireLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210822005026/en/HubungiSanghamitra Sajil
Pengurus Kanan Akaun
+971554048224
smitra@quillmena.comwww.quillmena.comSumber : Agthia Group PJSCTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA