ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  KUMPULAN DOLE FOOD & BEVERAGES AKAN MENGUBAH PERANCANGAN DAN KETAMPAKAN RANGKAIAN BEKALAN MEREKA SECARA DIGITAL DENGAN BLUE YONDER

Thursday 26/08/2021



Syarikat CPG global akan meningkatkan ramalan dan menyelaraskan proses S&OP dan S&OE merentasi organisasi itu dengan Menara Kawalan Luminate dan Perancangan Luminate

SINGAPURA & SCOTTSDALE, Ariz., 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa pandemik COVID-19, syarikat-syarikat barang bungkusan pengguna (CPG) telah menyaksikan gangguan yang ketara terhadap aspek permintaan dan bekalan bagi rantaian bekalan mereka, yang mengakibatkan dalam perlunya keupayaan untuk meramalkan permintaan bagi memenuhi perubahan tingkah laku pengguna, mengoptimumkan keupayaan untuk melebihi tahap perkhidmatan dan membina rantaian bekalan yang boleh disesuaikan dengan visualisasi hujung ke hujung. Ini telah mendorong Kumpulan Dole Food & Beverages untuk mengubah rantaian bekalan mereka secara digital untuk meramalkan kelewatan dan deriaan penghantaran, menetap dan mengoptimumkan permintaan, yang dibolehkan  dengan dua penyelesaian berasaskan awan Blue Yonder: portfolio Menara Kawalan Luminate™ dan Perancangan Luminate.

Kumpulan Dole Food & Beverages, satu cabang daripada Syarikat The Dole Sunshine, adalah satu daripada pengeluar dan pemasar terbesar di dunia bagi buah-buahan segar dan produk berasaskan buah-buahan yang dibungkus yang berkualiti tinggi. Syarikat itu mencari ketampakan dan ramalan hujung ke hujung, satu perancangan jualan dan operasi (S&OP) dan satu proses pelaksanaan jualan dan operasi (S&OE), dan keupayaan menara kawalan. Menjadi pelanggan Blue Yonder selama lebih 20 tahun, Kumpulan Dole Food & Beverages melalui satu proses penilaian yang komprehensif untuk memilih penyedia rantaian bekalan jangka panjang mereka bagi memperoleh satu penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan baharu mereka dan menyokong perjalanan mereka ke arah Janji Dole.

Projek transformasi digital itu akan membolehkan Kumpulan Dole Food & Beverages untuk membina sebuah rantaian bekalan yang tangkas dengan tumpuan kepada tiga komponen teras: orang ramai, proses dan sistem. Dengan melaksanakan penyelesaian Blue Yonder itu yang dikuasakan oleh Platform Luminate, syarikat itu merancang untuk:

· Menjajarkan struktur rantaian bekalan masa depan dengan sebuah menara kawalan global dan tempatan yang bekerja lancar bersama-sama untuk memperoleh kebertanggungjawaban dari hujung ke hujung merentasi rantaian bekalan itu.
· Meningkatkan kepuasan pelanggan dan penjimatan kos melalui tahap inventori yang lebih rendah dan pengoptimuman inventori.
· Meningkatkan fleksibiliti dan ketangkasan dalam proses perancangan.
· Membolehkan keupayaan membuat keputusan yang dipacu oleh data melalui sebuah platform bersepadu hujung ke hujung.
· Meningkatkan S&OP, senario perancangan dan kewangan, termasuk P&L dan aliran tunai.
· Meningkatkan visualisasi merentasi rantaian bekalan itu.
 
“Ketika mencari sebuah menara kawalan dan penyelesaian perancangan rantaian bekalan, matlamat kami adalah untuk membolehkan Proses rantaian bekalan fungsi bersilang yang tangkas dan responsif yang memberi kuasa kepada Orang Ramai dengan keupayaan membuat keputusan yang dipacu oleh data yang berdasarkan asas sebuah platform Teknologi bersepadu dari hujung ke hujung. Perancangan Luminate dan Menara Kawalan Luminate Blue Yonder menyediakan kepada kami dengan penyelesaian yang tepat untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih pantas yang meningkatkan operasi kami, dan menghasilkan kos yang lebih rendah dan masa perancangan yang dipertingkatkan,” kata Fritz Zeh, Naib Presiden, Pembuatan Global, Kumpulan Dole Food & Beverages.

Platform Luminate adalah satu asas utama bagi ekosistem ini dalam menyampaikan automasi dan kebolehpanjangan pintar, keseragaman data, dan pengalaman menarik dan disatukan yang menjanakan kerjasama dan membuat keputusan. Platform itu akan meningkatkan keupayaan ketampakan dan perancangan bagi Kumpulan Dole Food & Beverages. Menara Kawalan Luminate Microsoft Azure dan berasaskan awan akan menyediakan syarikat itu dengan keupayaan untuk mengautomasikan proses manual, mengakses data tepat masa untuk mengurus dan tahap inventori bersaiz tepat, dan mendapatkan ketampakan ke dalam rantai bekalan mereka. Dengan Perancangan Luminate, syarikat itu boleh menghasilkan ramalan yang lebih tepat yang dikira dari beratus-ratus pemboleh ubah yang mendorong permintaan dan seterusnya mencapai satu ramalan permintaan tunggal dan tidak berat sebelah. Pengiraan dan penjanaan automatik bagi ramalan holistik ini membolehkan syarikat untuk membuka kecekapan perancang yang lebih besar.

“Kami sangat teruja bahawa Kumpulan Dole Food & Beverages telah meletakkan kepercayaan mereka di dalam penyelesaian berasaskan awan kami untuk membantu menjanakan transformasi rantaian bekalan digital mereka. Mereka akan dapat meningkatkan keupayaan peramalan dan perancangan perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya, dan pada masa yang sama  memperolehi ketampakan melalui menara kawalan itu,” kata Vishal Dhawan, naib presiden kumpulan, Pertumbuhan Pasaran, Blue Yonder.

Syarikat-syarikat yang berminat dalam mempelajari lebih lanjut mengenai memindahkan penyelesaian rantaian bekalan mereka ke awan bagi membolehkan transformasi digital mereka boleh melayari: blueyonder.com/services/cloud-transformation.

Sumber Tambahan:
 
· Ketahui lebih lanjut mengenai Platform Luminate dan Menara Kawalan Luminate
· Ketahui lebih lanjut mengenai Perancangan Luminate
· Ketahui cara bagaimana peralihan kepada awan boleh secara digital mengubah rantaian bekalan anda
 
Maklumat mengenai Kumpulan Dole Food & Beverages

Kumpulan Dole Food & Beverages adalah sebuah peneraju di dalam penyumberan, memproses, mengedar, dan memasarkan produk buah-buahan dan makanan snek yang sihat di seluruh dunia. Dole memasarkan satu rangkaian produk dalam tin, dalam balang, cawan, beku dan buah-buahan kering dan merupakan sebuah inovator di dalam bentuk baharu bagi pembungkusan dan pemprosesan buah-buahan.

Di Dole, kami percaya setiap hari wajar mendapat lebih banyak cahaya mentari. Kerana lebih banyak sinar matahari bermaksud lebih banyak senyuman, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kehidupan yang ceria dan sihat yang anda berusaha bertungkus lumus untuk mencapainya. Dan untuk membantu menjaga sinar mentari di mana sahaja, kami komited terhadap kelestarian dalam semua operasi kami, dengan tumpuan kepada empat teras utama: pengurusan air, jejak karbon, pemuliharaan tanah, dan pengurangan sisa. Kami memastikan terdapat kebaikan yang bertenaga di dalam setiap produk kami, agar anda boleh menambahkan sinar mentari kepada hari anda, setiap hari. Untuk maklumat lanjut, sila layari dolesunshine.com.

Maklumat mengenai Blue Yonder

Blue Yonder adalah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan digital dan pemenuhan perdagangan saluran pelbagai arah. Platform pintar dari hujung ke hujung kami membolehkan peruncit, pengeluar dan penyedia logistik untuk meramal, memangsi dan memenuhi permintaan pelanggan dengan lancar. Dengan Blue Yonder, anda dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih automatik dan menguntungkan yang menyampaikan pertumbuhan yang lebih besar dan pengalaman pelanggan yang boleh digambarkan semula. Blue Yonder - Penuhi PotensiTM anda blueyonder.com

“Blue Yonder” adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Blue Yonder Group, Inc. Sebarang nama dagangan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk di dalam dokumen ini yang menggunakan nama “Blue Yonder” adalah satu tanda dagangan dan/atau hak milik Blue Yonder Group, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan, tanda dagangan berdaftar atau tanda perkhidmatan bagi syarikat-syarikat yang bersekutu dengannya.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210825005736/en/

Hubungi

Hubungi Perhubungan Awam Blue Yonder:
Jolene Peixoto, Naib Presiden, Komunikasi Korporat
Tel: +1 978-475-0524, jolene.peixoto@blueyonder.com

Marina Renneke, APR, Pengurus Komunikasi Korporat
Tel: +1 480-308-3037, marina.renneke@blueyonder.com

Sumber : Blue Yonder

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.