ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ENGAGESMART MENGEMUKAKAN KENYATAAN PENDAFTARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN YANG DICADANGKAN

Monday 30/08/2021



BRAINTREE, Mass., 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EngageSmart, LLC (“EngageSmart”), sebuah penyedia terkemuka bagi perisian penglibatan pelanggan yang disesuaikan secara menegak dan penyelesaian pembayaran bersepadu, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah secara terbuka mengemukakan satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”) berkaitan dengan cadangan tawaran awam permulaan bagi saham biasa mereka. Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi penawaran itu belum lagi ditetapkan. EngageSmart berhasrat untuk menyenaraikan saham biasa mereka di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker “ESMT.”

J.P. Morgan, Goldman Sachs & Co. LLC, BofA Securities dan Citigroup akan bertindak sebagai penaja jamin utama bagi tawaran yang dicadangkan itu. Deutsche Bank Securities, Raymond James, Truist Securities, dan William Blair akan bertindak sebagai penaja jamin bagi tawaran yang dicadangkan itu. KeyBanc Capital Markets, Needham & Company, Penserra Securities LLC, R. Seelaus & Co., LLC dan Roberts dan Ryan akan bertindak sebagai pengurus bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu.

Tawaran itu akan dibuat hanya melalui sebuah prospektus. Salinan bagi prospektus awal yang berkaitan dengan penawaran itu dapat diperolehi, apabila tersedia, dari: J.P. Morgan Securities LLC, c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, melalui telefon di (866) 803-9204, atau melalui e-mel di prospectus-eq_fi@jpmchase.com; Goldman Sachs & Co. LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, NY 10282, melalui telefon: (866) 471-2526, atau melalui e-mel: prospectus-ny@ny.email.gs.com; BofA Securities, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, NC1-004-03-43, 200 North College Street, Tingkat 3, Charlotte, NC 28255-0001, melalui telefon di (800) 299-1322 atau melalui e-mel di dg.prospectus_requests@bofa.com; atau Citigroup Global Markets Inc., c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, bebas tol: (800) 831-9146, atau Credit Suisse Securities (Amerika Syarikat) LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, Eleven Madison Avenue, New York, NY 10010.

Satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-1 yang berkaitan dengan cadangan penjualan bagi sekuriti ini telah dikemukakan kepada SEC tetapi belum lagi dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual, atau tawaran untuk membeli diterima, sebelum kenyataan pendaftaran itu dikuatkuasakan.

Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada penjualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan, atau penjualan tersebut adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Maklumat mengenai EngageSmart LLC

EngageSmart, LLC (“EngageSmart”) adalah sebuah penyedia terkemuka bagi perisian penglibatan pelanggan yang disesuaikan secara menegak dan penyelesaian pembayaran bersepadu. Di EngageSmart, misi kami adalah untuk memudahkan penglibatan pelanggan dan klien bagi membolehkan pelanggan kami untuk menumpukan masa dan tenaga mereka terhadap inisiatif yang meningkatkan perniagaan mereka dan melayani komuniti mereka dengan lebih baik. Beribu pejabat di Braintree, Massachusetts, EngageSmart menawarkan contoh tunggal penyelesaian menegak Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (“SaaS”) sebenar, berbilang penyewa, termasuk SimplePractice, InvoiceCloud, HealthPay24 dan DonorDrive, yang direka untuk memudahkan penglibatan pelanggan kami dengan klien mereka dengan memacukan pengambilan digital dan layan diri. EngageSmart melayani lebih 68,000 pelanggan di segmen Penyelesaian Perniagaan Kecil dan Sederhana dan lebih 3,000 pelanggan di segmen Penyelesaian Perusahaan merentasi lima teras menegak: Kesihatan & Kesejahteraan, Kerajaan, Utiliti, Perkhidmatan Kewangan, dan Pemberian.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210827005155/en/

Hubungi

Hubungan Pelabur:

David Calusdian
dcalusdian@investorrelations.com
617-542-5300

Hubungan Media:

Nicole Bestard
nicole@qh-pr.com
646-627-3644

Sumber : EngageSmart, LLC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.