ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

Monday 30/08/2021



KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) Hasil Prihatin yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) diteruskan dengan penyerahan 315 bakul makanan kepada penduduk kawasan Petaling Jaya, Selangor yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua bakul makanan tersebut telah disampaikan melalui wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diserahkan pula kepada penerima yang telah dikenal pasti oleh wakil-wakil penduduk berkenaan.

Program ini telah berlangsung di Tingkat 20, LHDNM Cawangan Petaling Jaya dan disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin B. Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor. Sumbangan bakul makanan telah diagihkan kepada wakil-wakil penduduk termasuk Encik Wan Mohd Zaid Wan Ismail (Komuniti Flora Damansara), Encik Anuar Asmawi (Komuniti Bukit Lanjan) dan Puan Siti Khadijah Samad (Komuniti PPR Kota Damansara).

Sejajar dengan aspirasi kerajaan yang menekankan konsep prihatin dan sentiasa peka dalam memelihara kebajikan rakyat, sehingga kini Program CSR Hasil Prihatin telah menyumbang sebanyak 5,370 bakul makanan kepada golongan rentan dan memerlukan. Pelaksanaan program ini akan diteruskan lagi ke seluruh negara dalam masa terdekat dalam usaha LHDNM memastikan rakyat yang kurang berkemampuan tidak diabaikan.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 30 Ogos 2021

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.