SHAH ALAM, 30 Ogos (Bernama) -- RichWorks International Sdn. Bhd. melancarkan program terbaru,
Digital Marketing World 2022 (DMW) dalam menyokong bisnes online dan pemasaran digital usahawan-usahawan agar terus berdaya saing di masa ini malah masa depan.
Pengerusi RichWorks dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program terbaru tersebut akan menyediakan usahawan mahupun bakal usahawan untuk ‘menang’ dalam pandemik ini.
Katanya, RichWorks berkolaborasi dengan pakar bertaraf dunia yang telah melatih lebih 50 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) teratas mengenai pemasaran digital dan bisnes online.
“DMW 2022 ini akan dibawa bersama program integrasi pemasaran untuk melatih dan bimbing usahawan dan bakal usahawan selama 22 hari sepanjang 6 bulan bermula September 2021 hingga Februari tahun depan.
“Kita perlu tukar mentaliti tentang online dan digital ini. Mereka di luar sana seperti jenama dilahirkan dari RichWorks, Nurraysa sanggup melabur lebih RM100,000 dalam pembelajaran dan platform digital sebelum ini dan kini mendapatkan hasil jualan hingga jutaan ringgit walaupun pandemik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Program DMW
memenuhi keperluan usahawan dalam pemasaran digital bagi memastikan mereka terus kekal kompetitif dan mampu berkembang pada 2022.
Ia akan dimasukkan ke dalam Program Bangkit Millionaire Marketing Mastery (BMMM) yang merangkumi Zero Kos Marketing; Zero To Million; Millionaire Marketing Mastery; Boost Your Online Sales (BOSS) dan Monthly Group Coaching dalam tiga bahagian utama iaitu jualan, pemasaran dan digital masa kini.
DMW 2022 akan dikendalikan oleh pakar pemasaran digital yang diiktiraf dan berpengalaman melatih pengurusan tertinggi syarikat-syarikat malah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang RichWorks jemput.
Tambahnya, usahawan perlu tingkatkan keberadaan online mereka menggunakan platform seperti enjin carian (Google), media sosial (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube), komunikasi (WhatsApp, Messenger, Telegram), e-dagang dan e-mel pemasaran.
“Peserta nanti akan dilatih penggunaan pemasaran digital terkini bagi mencapai perkembangan dalam perniagaan dengan ilmu, teknik dan strategi terkini yang berkesan.
“Mereka juga akan dipersiapkan dengan panduan dan ‘peralatan’ untuk menyokong perniagaan mereka seperti penyediaan rancangan pemasaran digital 2022 yang lengkap,” ujarnya.
Menurutnya lagi, bayangkan untuk sesebuah syarikat mewujudkan unit pemasaran digital yang kecil saja perlu sekurangnya RM20,000 hingga lebih baik RM40,000 ke atas.
“Sehubungan itu, betapa besar nilai yang ada dalam pemasaran digital yang mana peserta boleh belajar, faham dan terus praktikkan menggunakan ilmu pemasaran digital terkini di samping pemasaran yang lain.
“Saya mahu melihat bangsa usahawan terutama yang terkesan dapat bangkit dari krisis pandemik ini. Marilah kita sama-sama pastikan Malaysia menjadi lebih baik lagi -
Let’s Make Malaysia Great Again,” katanya.
Terdahulu, program BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital yang tamat semalam mendapat sambutan baik dalam tempoh 3 minggu dengan lebih 23,000 orang yang mendaftar.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah berikan sebaiknya bagi peserta faham bahawa jika tidak melibatkan dalam digital, mereka tidak akan bertahan.
BANGKIT membawa maksud, ‘Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu & Tindakan’ telah membuka fikiran peserta bahawa mereka juga sebenarnya boleh berkembang dan berjaya dalam bisnes seperti contoh-contoh sebenar, usahawan bangkit dari dulunya susah, tiada apa-apa dan berdepan cabaran.
Untuk mereka yang terlepas sertai Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital boleh mengikuti siaran ulangan dengan layari
richworks.com/bangkit dan sertai Telegram -
Azizan Osman Official bagi dapatkan tips, panduan dan perkongsian tentang keusahawanan.
TENTANG RICHWORKSSyarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.HUBUNGI KAMI : Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.www.richworks.com SUMBER : RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International)UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Md AzrinPerhubungan Awam & Media Tel: +6016 323 4686
E-mel: azrin.richworks@gmail.com /
azrin@richworks.com --BERNAMA