EIG melengkapkan pemerolehan ke atas stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (CCGT) dan bateri 49 MW di Nottinghamshire, EnglandWest Burton Energy, sebuah syarikat yang baharu diwujudkan, berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong peralihan tenagaNOTTINGHAMSHIRE, England, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- West Burton Energy telah diwujudkan hari ini sebagai sebuah pembekal elektrik utama di United Kingdom setelah EIG, sebuah pelabur institusi untuk sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, memperoleh sebuah portfolio bagi aset penjanaan tenaga dari EDF Energy. Urus niaga itu, yang ditutup pada 31 Ogos, 2021, termasuk West Burton B, sebuah stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (“CCGT”), dan sebuah bateri 49 MW di Nottinghamshire, England.
R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Urus niaga ini adalah selaras dengan strategi kami untuk melabur di dalam aset berkualiti tinggi, pasukan terbaik dalam kelasnya dan infrastruktur tenaga kritikal. Stesen janakuasa yang menggunakan gas telah menunjukkan kepentingan strategik mereka di dalam sistem bekalan elektrik di United Kingdom, dan pelaburan kami di West Burton Energy menekankan keyakinan kami terhadap peranan berterusan yang akan dimainkan oleh gas dalam memudahkan peralihan tenaga.”
West Burton B adalah sebuah Loji CCGT yang sangat fleksibel dan cekap dengan tiga unit kitaran digabungkan, yang boleh menjana elektrik yang mencukupi untuk memberi kuasa kepada kira-kira 1.5 juta rumah, dan dihubungkan dengan satu daripada aset simpanan bateri terbesar di Eropah. Bersama-sama, teknologi ini menyediakan produk tenaga atas permintaan yang penting, kritikal di dalam menyokong landskap grid yang berubah di United Kingdom dan peralihan kepada sebuah ekonomi rendah karbon.
“Kecekapan tinggi stesen itu bermaksud lebih sedikit bahan bakar fosil digunakan dan tahap pelepasan yang lebih rendah dihasilkan untuk setiap unit elektrik yang dihasilkan,” jelas Mike Nason, Pengurus Stesen West Burton Energy. “Memandangkan hal ini, bersama dengan hakikat bahawa stesen persendirian kami yang baharu ini adalah satu daripada yang baharu dibina di negara itu, West Burton Energy berada pada kedudukan yang baik di barisan hadapan bagi pasaran tenaga United Kingdom yang sedang berkembang.”
Walid Mouawad, Pengarah Urusan di EIG, menambah, “Ini adalah satu peluang yang hebat bagi pelabur kami ketika West Burton Energy memulakan langkah ke hadapan untuk menyampaikan penyelesaian yang berupaya menyokong sebuah masa depan sifar bersih. Dengan pertumbuhan yang kukuh bagi generasi yang boleh diperbaharui, kami percaya bahawa teknologi penyimpanan bateri akan terus menyokong kestabilan bagi rangkaian grid kebangsaan United Kingdom. EIG gembira dapat bekerjasama dengan pasukan yang luar biasa ini dan menjadi sebahagian daripada bab berikutnya yang menarik di West Burton Energy.”
Cantor Fitzgerald bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan urus niaga tersebut, dan White & Case berperanan sebagai penasihat undang-undang.
Maklumat mengenai West Burton EnergyWest Burton Energy adalah sebuah pengeluar kuasa persendirian yang baharu dibentuk dan sebuah pembekal elektrik terkemuka di United Kingdom. Syarikat itu mengendalikan sebuah stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (CCGT), sebuah bateri 49MW dan mempunyai sebuah tapak yang dibenarkan untuk projek Turbin Gas Kitar Terbuka (OCGT) yang dirancang, yang terletak di Nottinghamshire, England. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web West Burton Energy di
www.westburtonenergy.com.
Maklumat mengenai EIG EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka bagi sektor tenaga global dengan $22.5 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun, 2021. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 39 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $38.0 bilion kepada sektor tenaga melalui 373 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web EIG di
www.eigpartners.com.