ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  DEAR, KLAIRS MENANG ANUGERAH REKA BENTUK 3 TERATAS DUNIA ANUGERAH 'REKA BENTUK RED DOT'

Wednesday 01/09/2021



Table

Dear, Klairs, sebuah jenama penjagaan kulit di bawah Wishcompany, telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2021 untuk Reka Bentuk Komunikasi. Dear, Klairs adalah sebuah jenama penjagaan kulit yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan yang berpusat di Seoul. A Moment adalah sebuah projek kerjasama dengan seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul, Yoon Yeo-Dong. Diilhamkan oleh nama jenama tersebut, Dear Klairs, Yoon Yeo-Dong dan pasukan reka bentuk Klairs telah membuat sebuah objek logam yang boleh dihadiahkan kepada seseorang yang dekat dan disayangi. Dear, Klairs mendapat markah tinggi kerana kerjasama dengan seorang tukang tempatan, Yoon Yeo-Dong dan mempromosikan nilai-nilai sosial melalui projek reka bentuk A Moment. Klairs menjalankan projek derma untuk hak haiwan dan organisasi alam sekitar. Mereka berdedikasi untuk mempromosikan kelestarian melalui kempen dan projek mereka. (Grafik: Business Wire)



- Reka bentuk jenama membawa harapan dan penyembuhan semasa pandemik itu
- Bekerjasama dengan Yoon Yeo-Dong, seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul

SEOUL, Korea Selatan, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dear, Klairs, sebuah jenama penjagaan kulit di bawah Wishcompany (Ketua Pegawai Eksekutif Ryan Sungho Park), telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2021 untuk Reka Bentuk Komunikasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210831005061/en/

Anugerah Red Dot itu adalah satu daripada tiga pertandingan reka bentuk utama di dunia yang bertujuan untuk menonjolkan jenama-jenama kreatif dan inovatif pada setiap tahun. Tahun ini, sebanyak 7,800 reka bentuk dari lebih 60 buah negara telah dikemukakan. Seramai 50 pakar reka bentuk dunia berada dalam panel hakim.
 
Dear, Klairs (Klairs), sebuah jenama penjagaan kulit yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan yang berpusat di Seoul, telah menang di dalam kategori Reka Bentuk Komunikasi. Projek mereka, A Moment, adalah sebuah projek kerjasama dengan seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul, Yoon Yeo-Dong. Diilhamkan oleh nama jenama tersebut, Dear Klairs, (dear bermaksud sangat bernilai atau berharga), Yoon Yeo-Dong dan pasukan reka bentuk Klairs telah membuat sebuah objek logam yang boleh dihadiahkan kepada seseorang yang dekat dan disayangi.
 
Dear, Klairs mendapat markah tinggi kerana kerjasama dengan seorang tukang mahir tempatan, Yoon Yeo-Dong dan mempromosikan nilai-nilai sosial melalui projek reka bentuk A Moment.
 
“Kami ingin bekerjasama dengan seorang tukang tempatan dan mempromosikan nilai bagi artis-artis tempatan, terutama ketika waktu susah semasa pandemik itu,” kata Kim Min-hee, seorang wakil bagi jabatan reka bentuk di Klairs Skincare.
 
Sebagai sebuah jenama yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan, Klairs menjalankan projek derma untuk hak haiwan dan organisasi alam sekitar. Mereka berdedikasi untuk mempromosikan kelestarian melalui kempen dan projek mereka.
 
Produk Klairs boleh didapati di pusat dalam talian rasmi Klairs, Wishtrend.comkedai-kedai Chicor di seluruh negara, dan kedai-kedai terpilih dalam talian 29mm dan W Concept.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210831005061/en/

Hubungi

Wishcompany
Jenny Shin
+82 70-4366-3412
jenny@wishcompany.net

Sumber : WISHCOMPANY Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.