ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM HULUR BANTUAN 401 BAKUL MAKANAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN DI KAMPUNG PERINGAT, KELANTAN DAN WP KUALA LUMPUR

Monday 06/09/2021



KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan usaha menyantuni komuniti setempat dengan mengagihkan 401 bakul makanan kepada kumpulan sasar di Kampung Peringat, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Kampung Peringat, Kelantan, agihan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Dewan Tun Ghafar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Padang Kala. Sebanyak 201 bakul makanan telah diserahkan kepada wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diagihkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti yang terdiri dari masyarakat Melayu, Cina dan Siam. Turut hadir pada program tersebut adalah YBhg. Datuk Mohd Jaafar Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM dan Encik Kamarudzaman Bahrain, Pengarah Negeri LHDNM Terengganu/Kelantan.

Selain di Kelantan, Program CSR Hasil Prihatin turut diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur. YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berkesempatan untuk menyerahkan 200 bakul makanan kepada YBhg. Datuk Roslan Bin Hj. Madon, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan wakil-wakil penduduk untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Turut hadir pada program tersebut adalah YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Tuan Haji Mohamad Zain bin Mohamad Said, Pengarah Negeri LHDNM WP Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah agensi kerajaan persekutuan, LHDNM akan terus memberikan komitmen dalam menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara melalui pelaksanaan Program CSR Hasil Prihatin ini. Buktinya sehingga kini sebanyak 5,870 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada rakyat khususnya untuk rakyat yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 04 Sept 2021

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.