|
|
|
|
|
|
PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAH 200 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI SEKITAR DAERAH KLUANG, JOHOR
Monday 06/09/2021
KLUANG, 6 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus aktif dalam mengagihkan bantuan bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin apabila sebanyak 200 bakul makanan lagi telah diserahkan kepada penerima yang dikenal pasti di sekitar Daerah Kluang, Johor.
Bakul-bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh Encik Hafiz Bin Adnan, Pengarah Cawangan LHDNM Kluang kepada wakil-wakil masjid dan surau untuk diedarkan khusus kepada para penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara masjid dan surau yang terlibat ialah seperti yang berikut:
i. Masjid Jamek Kampung Tengah ii. Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak iii. Surau Taman Pelangi iv. Surau Al-Ghaffur, Bandar Kluang v. Masjid Jamek Kampung Bentong vi. Masjid Kampung Sri Lalang vii. Surau Al-Ukhuwah, Kampung Palembang Lama viii. Surau Al-Muhajirin, Bandar Seri Impian ix. Surau Riyadhu Al Muttaqin, Taman Kluang Indah x. Surau Al-Amin, Jalan Sawi Kluang xi. Surau Jalan Omar, Bandar Kluang xii. Masjid Taman Delima xiii. Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat xiv. Masjid Jamek Taman Kasih xv. Masjid Al-Ikram, Taman Sri Kluang xvi. Surau Nurul Hidayah, Taman Intan
Turut hadir dalam majlis yang berlangsung di Menara Hasil Kluang tersebut ialah Encik Md Kamal Bin Johan, Pengarah Negeri LHDNM Johor dan pegawai-pegawai kanan LHDNM Cawangan Kluang.
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang prihatin, LHDNM menerusi Program CSR Hasil Prihatin akan terus menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan asas rakyat yang kurang berkemampuan di seluruh negara. Sehingga hari ini, sebanyak 6,070 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 05 Sept 2021
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663 Faks: 03-8313 7873 Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|