ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA MELANCARKAN MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 BAGI KUMPULAN M4G BAHARU UNTUK PEMPROSESAN DATA BERKELAJUAN TINGGI DALAM KELAS LANJUTAN KELUARGA TXZ+™

Wednesday 08/09/2021



Table
Toshiba: Mikropengawal Arm Cortex-M4 untuk Kawalan Motor (Grafik: Business Wire) 
 
TOKYO, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 20 peranti baharu di dalam kumpulan M4G untuk pemprosesan data berkelajuan tinggi sebagai produk baharu untuk kelas lanjutan keluarga TXZ+™  yang dikeluarkan di dalam sebuah proses 40nm. Produk-produk ini menggunakan teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, yang berfungsi sehingga 200MHz, mengintegrasikan maksimum 2MB kod kilat dan memori data kilat 32KB dengan daya tahan kitar tulis 100K, dan dilengkapi dengan pelbagai pilihan antara muka dan komunikasi. Hasilnya, peranti kumpulan M4G sangat sesuai untuk aplikasi peralatan pejabat, bangunan dan automasi kilang. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210907005393/en/ 

Mikropengawal di dalam kumpulan M4G itu telah meningkatkan fungsi komunikasi yang disatukan sebagai sebuah antara muka ingatan bersiri yang juga menyokong Kuad/Oktal SPI, antara muka audio (I²S), antara muka bus luaran selain UART, FUART, TSPI dan I²C. Di samping itu, peranti itu mempunyai sebuah DMAC 3-unit terbina dalam dan sebuah struktur matriks bus, yang sangat meningkatkan daya pemprosesan komunikasi berbanding dengan produk konvensional Toshiba.

Peranti ini menyokong pelbagai kes penggunaan penderiaan dengan sebuah penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi, berketepatan tinggi yang membolehkan waktu pegang sampel individu ditetapkan bagi setiap saluran input AD sehingga kepada 24 saluran.

Fungsi diagnosis diri yang digabungkan di dalam peranti itu untuk ROM, RAM, ADC dan Jam membantu pelanggan untuk mencapai pensijilan keselamatan fungsian Kelas B IEC60730. Peranti baharu ini menawarkan penggunaan arus rendah dan fungsi yang tinggi sambil mengekalkan keserasian yang baik dengan peranti daripada kumpulan M4G(1) keluarga TXZ yang sedia ada.

Dokumentasi, sampel perisian dengan satu contoh bagi penggunaan sebenar, dan perisian pemacu yang mengawal antara muka bagi setiap periferal tersedia untuk dimuat turun di laman web Toshiba. Papan penilaian dan persekitaran pembangunan disediakan dengan kerjasama rakan ekosistem Arm global.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu

· Teras Arm Cortex-M4 berprestasi tinggi dengan FPU, maksimum 200MHz
·  Fungsi kawalan motor dan antara muka komunikasi
·  Fungsi diagnosis diri bagi keselamatan fungsian kelas B IEC60730

Penggunaan

Pemprosesan data berkelajuan tinggi bagi peralatan pengguna dan kelengkapan industri. 
MFP (pencetak pelbagai fungsi), kelengkapan audio-video, kelengkapan komunikasi untuk automasi bangunan & kilang, peralatan loT rumah dll., 

Table
 
Lihat URL di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu.
Kumpulan M4G
 
Lihat URL di bawah untuk keterangan lanjut mengenai Mikropengawal Toshiba.
Mikropengawal
 
* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* TXZ+™ adalah sebuah tanda perniagaan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran MCU & Peranti Digital
Tel: +81-3-3457-2913
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang unggul.

Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan di dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210907005393/en/


Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.