ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM TERUS SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN DI MELAKA DAN TEMERLOH, PAHANG

Wednesday 08/09/2021



KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dalam usaha berterusan menyantuni golongan rentan yang memerlukan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Program CSR Hasil Prihatin telah menyumbangkan sebanyak 950 bakul makanan di Melaka dan Temerloh, Pahang pada hari ini.
 
Di Melaka, penyerahan sebanyak 750 bakul makanan oleh Puan Zubaidah Binti Hamzah, Pengarah Negeri LHDNM Negeri Sembilan/Melaka kepada wakil-wakil penerima sumbangan telah berlangsung di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah, Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Jasin, Pusat Islam Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan Menara Hasil Melaka.
 
Manakala di Temerloh, Pahang pula, melalui kerjasama dengan Masjid Taman Temerloh Jaya dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Penyayang Daerah Temerloh (PSKPDT), LHDNM telah mengagihkan sebanyak 200 bakul makanan kepada para penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sekitar Temerloh, Mentakab, Kuala Krau, Lanchang dan mukim berhampiran.
 
Program CSR Hasil Prihatin merupakan satu manifestasi komitmen tanggungjawab sosial LHDNM terhadap masyarakat khususnya golongan yang amat memerlukan dalam tempoh yang mencabar ini. Sehingga kini sebanyak 9,779 bakul makanan telah diagihkan dengan harapan ia dapat membantu meringankan bebanan setiap penerima sumbangan berkenaan.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 08 September 2021

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.