ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PRAXONOMY DAN INSTITUT PENGARAH KORPORAT MALAYSIA (ICDM) MENGUMUMKAN PERKONGSIAN UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL DI BILIK LEMBAGA

Thursday 09/09/2021



Perkongsian yang dinamik menggabungkan Praxonomy dan objektif ICDM untuk menyampaikan satu penyelesaian transformatif tadbir urus mesyuarat lembaga kepada pemimpin-pemimpin lembaga di Malaysia

LONDON & KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Praxonomy, sebuah penyedia penyelesaian portal lembaga SaaS global yang baru muncul yang komited untuk memacukan tadbir urus korporat moden, hari ini mengumumkan perkongsian mereka dengan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), Institut nasional bagi Pengarah-pengarah (IoD) yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan lembaga dan pengarah di negara itu.

Perkongsian strategik itu membolehkan Praxonomy untuk berinteraksi dengan komuniti ahli korporat ICDM dengan menyediakan faedah langganan kepada penyelesaian portal lembaga mereka, Boardlogic. Boardlogic adalah sebuah platform awan yang praktikal, efektif, dan mesra pengguna yang akan membolehkan ahli-ahli korporat di lembaga-lembaga ICDM untuk beralih kepada penggunaan tanpa kertas dengan pek lembaga digital, bekerjasama dan membuat keputusan di mana sahaja dalam sebuah persekitaran berpusat dan sangat selamat. Dengan menyingkirkan cabaran pentadbiran dan keselamatan yang berkaitan dengan proses mesyuarat lembaga dan memperkenalkan aliran kerja yang lebih cekap, Boardlogic membantu pengarah-pengarah korporat untuk sebaliknya memberi tumpuan kepada mandat tadbir urus mereka.

“Dengan bergabung tenaga bersama ICDM, kami dapat berhubung dengan pemimpin lembaga sekarang dan generasi mendatang di Malaysia dan memulakan perbualan berwawasan tentang bagaimana Praxonomy dapat mengubah cara lembaga bekerja dan memimpin,” kata Jay Shaw, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Praxonomy. “Kami sangat teruja dengan perkongsian ini dan berharap dapat menjadi rakan penyokong bagi teknologi lembaga yang menyampaikan kecemerlangan tadbir urus moden.”

“Perkongsian maklumat yang efektif di antara lembaga dan pengurusan adalah penting untuk mencapai tadbir urus korporat. Ketika perniagaan berkembang lebih kompleks dengan kemunculan teknologi baharu, lembaga-lembaga harus mengambil langkah-langkah untuk memadankan dengan kecepatan pergerakan bagi perubahan digital. Peranti digital seperti Boardlogic berperanan di dalam membantu lembaga meningkatkan komunikasi, mendapatkan akses kepada maklumat yang betul dan meningkatkan ketelusan. Kami merasa gembira untuk  bekerjasama dengan Praxonomy untuk menyokong ahli-ahli korporat kami di dalam mempercepatkan transformasi digital di bilik lembaga. Kerjasama ini adalah satu daripada banyak inisiatif digital yang kami mulakan untuk menyokong usaha kami di dalam memodenkan tadbir urus korporat, membantu lembaga membangunkan kecekapan digital di dalam bidang seperti keselamatan siber, penggunaan data dan privasi, kecerdasan buatan, dan masa depan pekerjaan. Ini adalah kecekapan yang penting untuk memastikan lembaga dapat terus membimbing syarikat-syarikat mereka menuju kejayaan yang mapan di dalam era digital,” kata Michele Kythe Lim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif ICDM.

Maklumat mengenai Praxonomy

Diwujudkan pada tahun 2017, Praxonomy adalah syarikat di sebalik Boardlogic, sebuah platform kerjasama berasaskan awan terkemuka yang dibina khusus untuk pengarah-pengarah lembaga. Dengan satu set peranti yang lengkap untuk mengendalikan mesyuarat lembaga, berkongsi dokumen sensitif, bekerjasama dan membuat keputusan, Boardlogic memberi kuasa kepada lembaga untuk beroperasi dengan lebih cekap dan memimpin dengan penuh yakin. Boardlogic dipercayai oleh semua jenis organisasi di seluruh dunia. Operasi Praxonomy adalah mematuhi GDPR dan diperakui ISO 27001 dan ISO 9001 untuk keselamatan maklumat dan pengurusan berkualiti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.praxonomy.com.

Maklumat mengenai Institut Pengarah Korporat Malaysia

Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) adalah pusat sehenti bagi semua keperluan lembaga dan pengarah, yang dikhususkan untuk memperkasakan lembaga dan pengarah dengan kemahiran, pengetahuan, set minda dan kecekapan digital yang tepat untuk meningkatkan profesionalisme dan keberkesanan mereka. Dipelopori oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan disokong oleh Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Dana Pembangunan Pasaran Modal, ICDM berfungsi sebagai institusi nasional bagi pengarah-pengarah dan berhasrat untuk menjadi pengaruh utama bagi kecemerlangan di dalam tadbir urus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.icdm.com.my.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210908005863/en/

Hubungi

Pertanyaan:

Praxonomy Limited
Simon Law
Ketua bagi Pemasaran dan Operasi Jualan
Tel: +44 2081 030772
E-mel: simon.law@praxonomy.com

Institut Pengarah Korporat Malaysia
Lina Liew
Penjenamaan & Komunikasi
Tel: +6017 304 2288
E-mel: lina@icdm.com.my

Sumber : Praxonomy

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.