ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ITT MENERBITKAN TAMBAHAN LAPORAN KELESTARIAN 2021; MENERUSKAN KEMAJUAN BERHUBUNG KEUTAMAAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS

Friday 10/09/2021



WHITE PLAINS, N.Y., 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 9 September, 2021 -- ITT Inc. (NYSE: ITT) telah mengeluarkan Kelestarian ITT  Tambahan 2021, tambahan kedua kepada Kelestarian ITT 2019, laporan komprehensif Syarikat itu mengenai kemajuan mereka terhadap komitmen alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG). Tambahan ini memperincikan kemajuan 2020 ITT ke arah mengintegrasikan pengawasan alam sekitar dan kesan positif sosial merentasi semua operasi, pasukan, dan masyarakat. Keutamaan termasuk kesihatan dan keselamatan, kepelbagaian, persamaan dan keterangkuman bagi tenaga kerja mereka, dan jejak alam sekitar, antara lain. Sorotan utama daripada tahun 2020 termasuk:
 
• Pengurangan 25 peratus di dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG)
• Pengurangan 23 peratus sisa yang dihantar ke tapak pelupusan
• Pengurangan 25 peratus insiden di tempat kerja
• Pelupusan bagi semua liabiliti legasi asbestos yang belum selesai dan yang akan datang

“Kami meneruskan usaha mengintegrasikan amalan ESG ke dalam operasi harian kami, sambil mengekalkan tumpuan kami terhadap kesihatan pekerja, perniagaan dan kewangan kami,” kata Luca Savi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden. “Dalam tahun yang sangat mencabar bagi semua orang, pasukan kami telah menunjukkan komitmen mereka untuk membolehkan ITT menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang lebih baik bagi semua pihak yang berkepentingan. Walaupun saya gembira dengan kemajuan kita setakat ini, adalah amat jelas bahawa kita masih perlu melakukan banyak perkara dalam perjalanan kita untuk
menjadikan ITT lebih mapan.”

Laporan itu, Kelestarian ITT – Tambahan 2021, meliputi inisiatif dan maklumat lain sepanjang tiga tahun dengan satu tumpuan kepada pencapaian 2020. Ia menggabungkan metrik 2020 bagi semua lokasi ITT global. Beberapa garis panduan dan kerangka pengukuran, termasuk yang disediakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Lestari (SASB) dan Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGC), memaklumkan skop bagi laporan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komitmen ITT dalam mewujudkan sebuah persekitaran yang lebih lestari dan saksama, sila lihat Kelestarian ITT 2019.

Maklumat mengenai ITT

ITT adalah sebuah pengeluar terpelbagai terkemuka bagi komponen kritikal yang sangat tereka bentuk dan penyelesaian teknologi khusus untuk pasaran tenaga, pengangkutan, dan perindustrian. Dibina berdasarkan kepada warisan inovasi mereka, ITT bekerjasama dengan pelanggan mereka untuk menyampaikan penyelesaian berterusan kepada industri utama yang menyokong cara hidup moden kita. ITT beribu pejabat di White Plains, NY, dan mempunyai pekerja di lebih 35 buah negara dan jualan di kira-kira 125 buah negara. Syarikat itu menjanakan pendapatan 2020 sebanyak $2.5 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.itt.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Dalam laporan ini, “ITT”, “kita”, “kami”, dan “kita semua” merujuk kepada ITT Inc., sebuah perbadanan Indiana dan anak-anak syarikat yang dimiliki mereka sepenuhnya, kecuali jika dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dikehendaki oleh konteks itu. Di samping itu, laporan ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan,” yang bertujuan untuk memenuhi kelayakan bagi safe harbor iaitu satu peruntukan yang memberikan perlindungan daripada liabiliti atau penalti jika syarat-syarat tertentu dipenuhi yang diwujudkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini bukan berbentuk fakta sejarah, tetapi lebih kepada mewakili satu kepercayaan mengenai peristiwa di masa hadapan yang didasarkan kepada jangkaan, anggaran, andaian, dan unjuran semasa mengenai perniagaan kita, hasil kewangan di masa hadapan, dan industri di mana kita menjalankan operasi, dan perkembangan undang-undang, kawal selia, dan ekonomi lain. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini termasuk, tetapi tidak terbatas kepada, rujukan kepada panduan, rancangan strategi masa depan, dan kenyataan lain yang menggambarkan strategi perniagaan, pandangan, objektif, rancangan, hasrat atau matlamat syarikat itu, dan sebarang perbincangan mengenai prestasi operasi atau kewangan di masa hadapan.

Kami menggunakan perkataan seperti “menjangka,” “menganggar,” “jangka,”, “projek,” “bermaksud,” “merancang,” “percaya,” “mensasarkan,” “masa depan,” “mungkin,” “akan,” “boleh,” “harus,” “berpotensi,” “meneruskan,” “panduan,” dan ungkapan serupa yang lain untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan tidak pasti dan sehingga ke satu tahap tidak dapat diramalkan dan melibatkan risiko, ketidakpastian, dan faktor penting lain yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dari segi material daripada yang dinyatakan atau tersirat, atau yang dapat disimpulkan secara wajar dari, mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan.

Di mana di dalam mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan kami menyatakan harapan atau kepercayaan terhadap hasil atau peristiwa di masa depan, harapan atau kepercayaan tersebut adalah didasarkan kepada rancangan dan harapan semasa bagi pengurusan kami, dinyatakan dengan secara jujur dan dipercayai mempunyai satu asas yang munasabah. Namun, tidak ada jaminan bahawa harapan atau kepercayaan itu akan terjadi atau hasil yang diharapkan akan dicapai atau terhasil. Maklumat lanjut mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan hasil atau peristiwa sebenar berbeza dari segi material daripada yang dijangkakan telah dimasukkan di dalam bahagian Faktor Risiko pada Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K, Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q, dan dokumen lain yang difailkan dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Kenyataan berpandangan ke hadapan itu yang termasuk di dalam laporan ini hanya dinyatakan berkisar kepada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan (dan menyatakan penafian bagi sebarang kewajiban) untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada bertulis atau lisan, hasil daripada maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan, atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210909005090/en/

Hubungi

Mark Macaluso
+1 914-641-2064
mark.macaluso@itt.com

Sumber : ITT Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.