ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. MENGELUARKAN LAPORAN RINGKASAN STRATEGIK KELESTARIAN & IMPAK SOSIAL 2020-21 YANG MENYOROTI MATLAMAT KELESTARIAN GLOBAL DAN IMPAK SOSIAL MENJELANG 2030

Tuesday 14/09/2021



Table

Logo Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan (Grafik: Mary Kay Inc.)
 

Bertajuk “Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan,” laporan ringkasan yang pertama kali itu menyoroti komitmen jenama itu terhadap tanggungjawab ekonomi, alam sekitar dan sosial

DALLAS, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi tanggungjawab sosial korporat, hari ini mengeluarkan strategi kelestarian mereka Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan dan Laporan Ringkasan Strategik Kelestarian & Impak Sosial 2021-21 mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005253/en/

“Ia adalah lebih daripada kita — ia selalunya begitu,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Industri kosmetik dan penjagaan diri sedang berada dalam proses peralihan ketika syarikat-syarikat berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi operasi yang peka terhadap alam sekitar, telus dan produk yang bersumberkan lebih bersih dan beretika. Mary Kay percaya di dalam perkara ini dan menyokong evolusi ini.”

Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan memperluaskan visi Mary Kay sehingga 2030 dan seterusnya. Ini membina sebuah gambaran tentang bagaimana “rupa bentuk” kebaikan bagi Mary Kay, Perunding Kecantikan Persendirian, pelanggan dan — yang paling penting — planet ini. Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan telah dibangunkan dengan pihak berkepentingan utama Mary Kay dan adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sekali gus menjadikan Mary Kay sebagai satu bahagian penting di dalam gabungan global untuk memastikan masa depan yang lebih baik.

“Walaupun terdapat inisiatif yang bermakna yang dilaksanakan di seluruh industri itu — dan di dalam Mary Kay itu sendiri — masih ada banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran persekitaran dan sosio-ekonomi,” kata Gibbins. “Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah berusaha untuk memperkayakan kehidupan wanita, memajukan bidang kesihatan kulit, dan mewujudkan impak positif masyarakat di seluruh dunia. Kami teruja kerana dapat mengambil langkah penting seterusnya di dalam perjalanan kami.”

Sorotan Laporan Kelestarian Termasuk:

· Mary Kay mengumumkan strategi kelestarian global mereka: Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan. Pendekatan holistik kami merangkumi tiga tonggak kelestarian — ekonomi, persekitaran dan sosial — melalui lima tonggak, yang diaktifkan oleh 15 komitmen untuk menyampaikan tindakan yang lestari sepanjang satu dekad.
· Mary Kay akan menyumbang kepada 15 daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan telah melaksanakan keutamaan dan komitmen mereka dalam konteks mandat global terkemuka termasuk: Sepuluh Prinsip bagi Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, tujuh Prinsip Pemerkasaan Wanita, Mandat Air Ketua Pegawai Eksekutif, dan Prinsip Lautan Lestari.
· Sasaran Komitmen Utama untuk dicapai menjelang 2030:
o Mengurangkan sebanyak 30%: intensiti plastik, karbon (Skop 1 dan 2) dan penggunaan air.
o Memperkasakan 5 juta wanita di seluruh dunia melalui pengembangan kemahiran keusahawanan.
o Menyediakan sokongan kepada lebih 10 juta mangsa keganasan rumah tangga dan berasaskan gender di seluruh dunia.
 
Sorotan Penting:

Pada tahun 2020 dan separuh pertama tahun 2021, Mary Kay terus membina di atas legasi kelestarian dan sokongan mereka. Berikut adalah beberapa daripada sorotan penting itu.

Kecemerlangan Perniagaan

· 100% bagi Pengarah-pengarah dan ke atas yang berpusat di Amerika Syarikat menamatkan latihan Bias Tak Sedar yang mandatori.
· Kepelbagaian Gender di Tempat Kerja: 54% pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita; 61% tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita; dan 54% Naib Presiden Global dan ke atas adalah wanita; 59% Pengarah dan ke atas adalah wanita (Mac 2021).
· Menjalankan satu Laporan Data Pengesahan dan Kepelbagaian Perniagaan pihak ketiga untuk memaklumkan rantaian bekalan semasa kami yang melibatkan perniagaan yang dimiliki oleh Wanita, kumpulan Minoriti atau Veteran: Setakat Februari 2021 (data rantaian bekalan Amerika Syarikat sahaja): 12% Pembekal Tidak Langsung Mary Kay adalah Dimiliki oleh Wanita, Minoriti atau Veteran; 5% Pembekal Langsung Mary Kay adalah dimiliki oleh Wanita, Minoriti atau Veteran.
· Dalam portfolio produk global kami, pada masa ini kami menawarkan lebih daripada 80 asas yang berbeza — dalam pelbagai warna dan kemasan —untuk paling memadankan dengan keindahan spektrum yang pelbagai bagi warna kulit.
· 77% artis yang menyumbang kepada kempen pemasaran global kami adalah perniagaan yang dimiliki wanita (jurugambar, pengarah, pereka, artis solekan, penggaya rambut, penerbit, dll.).

Pengawasan Produk

· Menjadi seorang ahli bagi Inisiatif Pembungkusan Mapan bagi Kosmetik (SPICE). Misi SPICE adalah untuk memacukan masa depan bagi pembungkusan yang lestari bagi kosmetik untuk mencapai kemajuan yang signifikan dalam tiga bidang utama: panduan dasar pembungkusan lestari, mendorong inovasi pembungkusan, dan menyediakan ketelusan pengguna.
· Menyertai Yayasan Ellen MacArthur sebagai anggota bagi Rangkaian mereka, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menjadi sebuah perniagaan yang lebih lestari dan bundar.

Pembuatan Bertanggungjawab

· Ibu pejabat global Mary Kay, kemudahan pembuatan global, dan pengedaran global dan penyimpanan automatik & sistem mendapatkan semula (ASRS), kesemuanya terletak di Texas, Amerika Syarikat, adalah dikuasakan oleh 100 peratus tenaga boleh diperbaharui.
· Satu analisis garis dasar terperinci telah dimulakan pada tahun 2019 dan dilanjutkan pada tahun 2020, untuk menentukan jejak karbon kami. Dari fasa pertama analisis itu, satu matlamat untuk pengurangan 30% jumlah gas rumah hijau (GHG) untuk Skop 1 & 2 telah dilaksanakan sebagai satu sasaran kelestarian. Pada tahun 2021, fasa dua yang terdiri daripada satu analisis garis dasar GHG untuk Skop 3, telah dimulakan dengan satu sasaran untuk mengembangkan satu matlamat menjelang suku pertama tahun 2022.
· Sebuah anggota pengasas bagi dua inisiatif global bekerjasama dengan Yayasan Arbor Day: Evergreen Alliance dan Time for Trees Initiative; dan ia adalah merupakan ahli Trillion Tree Initiative.
· Menjadi sebuah penandatangan kepada dua penyebab penting dalam melindungi jalan air dunia kita: Mandat Air Ketua Pegawai Eksekutif dan Prinsip Lautan Mapan Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
 
Pemerkasaan Wanita

· Menjadi sebuah Pembuat Komitmen Gabungan Tindakan pada empat Gabungan Tindakan Kesamaan Generasi: Keganasan Berasaskan Gender; Keadilan dan Hak Ekonomi; Tindakan Feminis untuk Keadilan Iklim; dan Teknologi dan Inovasi bagi Kesaksamaan Gender (2021-2026)
· Melancarkan Pemecut Keusahawanan Wanita pada tahun 2019, satu inisiatif global untuk membawa keusahawanan melalui pendidikan dan memperkasakan usahawan wanita melalui empat Laluan Pemerkasaan: Pendidikan, Pembiayaan, Advokasi, dan Penyertaan, berfungsi sebagai sebuah pemecut keusahawanan untuk semua wanita, di mana sahaja.
· Menyokong Kompak Global PBB untuk mengembangkan sebuah kit peralatan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) untuk Prinsip Pemerkasaan Wanita dari Wanita PBB kepada keanggotaan 6,000 PKS dan penggunaannya secara umum bagi syarikat-syarikat di seluruh dunia untuk menyokong kesamaan wanita.

Impak Sosial Global & Komuniti Tempatan

· Yayasan Mary Kay Ash mempunyai hampir 40 projek penyelidikan kanser  berinovatif dan ujian klinikal dan penyelidik inovatif di dalam penyelidikannya; 42% daripada projek penyelidikan kanser yang berinovatif dipimpin oleh wanita, sementara 100 peratus daripada ujian klinikal adalah yang diketuai oleh wanita.
· Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash menyokong 667 organisasi yang komited kepada usaha yang menyelamatkan nyawa bagi organisasi yang menganjurkan untuk membasmi keganasan berasaskan gender dan membiayai tempat perlindungan wanita yang menyediakan perkhidmatan sokongan kritikal, menjangkau lebih 2 juta wanita dan gadis melalui 786 projek unik di lebih 138 buah negara yang berbeza.
· Sejak tahun 2008, program pemerkasaan Pink Changing Lives global Mary Kay telah memberi kesan kepada lebih enam juta wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan lebih 3,000 organisasi di seluruh dunia, dengan menyumbang lebih $16 juta. Pada tahun 2020, lebih $775,000 telah disumbangkan kepada organisasi di seluruh dunia.
 
Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan
Gambaran Lima Tonggak dan 15 Komitmen
Kecemerlangan Perniagaan
 
· Orang Kita: Memupuk PENGLIBATAN PEKERJA dengan menerapkan nilai-nilai syarikat dan memupuk budaya korporat kita.
· Kepelbagaian, Ekuiti & Penyertaan: Memahami melalui PENGETAHUAN, menuntut TINDAKAN, memastikan PERUBAHAN yang mapan dan berkekalan
· Ketelusan & Advokasi: Memimpin melalui KETELUSAN dan sokongan melalui ADVOKASI

Pengawasan Produk

· Plastik & Pembungkusan: MENGURANGKAN intensiti plastik sebanyak 30%
· Ekonomi Kitar Semula & Bundar: 90% pembungkusan kertas dibuat daripada KANDUNGAN KITAR SEMULA
· Sumber Lestari: MENGURANGKAN kesan alam sekitar kita, menyokong perniagaan kecil, dan memupuk faedah masyarakat.
 
Pembuatan Bertanggungjawab

· Karbon: MENGURANGKAN karbon (Skop 1 dan 2) sebanyak 30%
· Air: MENGURANGKAN penggunaan air sebanyak 30%
· Sisa Operasi: MENGALIHKAN 60% bagi sisa operasi dari tapak pelupusan
 
Pemerkasaan Wanita

· Kesaksamaan: MEMBANGUNKAN sebuah agenda dasar 10 tahun untuk menangani isu-isu hak wanita
· Pemerkasaan Ekonomi: MEMPERKASAKAN 5 juta wanita di seluruh dunia
· Pendidikan: AKSES kepada pendidikan bagi 250,000 gadis dan wanita di seluruh dunia
 
Impak sosial

· Penyelidikan Kanser: DANA melebihi 400,000 jam penyelidikan
· Keganasan Berasaskan Gender: MENYOKONG lebih 10 juta wanita di seluruh dunia dengan perkhidmatan sokongan
· Kesan Sosial Global & Sokongan Komuniti: KERJASAMA untuk perubahan dengan lebih 500 organisasi

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005253/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com


Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.