ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KIOXIA MEMPERKENALKAN SSD MEMORI KELAS PENYIMPANAN PCIE® 4.0

Tuesday 14/09/2021



Table
 
SSD Ingatan Kelas Penyimpanan (SCM) yang mematuhi PCIe(R) 4.0:  Siri KIOXIA FL6 (Foto: Business Wire)


Siri KIOXIA FL6 Baharu memanfaatkan XL-FLASH Kioxia untuk Merapatkan Jurang Di Antara DRAM dan SSD berasaskan TLC, Mempercepatkan Aplikasi Kependaman Sensitif

TOKYO, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kependaman rendah, Ingatan Kelas Penyimpanan (SCM) daya ketahanan tinggi akan datang ke SSD NVMe™ KIOXIA. Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, kini memberikan sampel SSD SCM NVMe perusahaan Siri KIOXIA FL6 mereka. Menampilkan penyelesaian SCM Kioxia, XL-FLASH, SSD dwi port dan PCIe® 4.0 yang patuh Siri KIOXIA FL6 merapatkan jurang di antara DRAM dan pemacu berasaskan TLC, menjadikannya sangat sesuai untuk kes-kes penggunaan kependaman sensitif seperti lapisan pengagregatan, peningkatan dan menulis pengelogan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005922/en/

Berdasarkan kepada teknologi ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D berinovatif Kioxia dengan SLC 1-bit-per-sel, XL-FLASH membawa kependaman rendah dan prestasi tinggi kepada pusat data dan penyimpanan perusahaan. Walaupun penyelesaian ingatan meruap seperti DRAM memberikan kelajuan akses yang diperlukan oleh aplikasi yang mendesak, ia datang dengan kos yang tinggi. SCM menangani perkara ini dengan menyediakan ingatan kilat berkepadatan tinggi, kos efektif dan tidak meruap.

Siri KIOXIA FL6 itu berfungsi baik pada beban kerja kedalaman giliran rendah tetapi kekuatannya yang sebenarnya didedahkan apabila beban kerja menjadi lebih mendesak dan bercampur-campur. Dalam persekitaran ini, pemacu KIOXIA FL6 menyampaikan kualiti perkhidmatan yang boleh dipercayai – satu sifat penting untuk pelbagai aplikasi yang berkependaman sensitif.

Sorotan Siri KIOXIA FL6

· Spesifikasi yang patuh PCIe 4.0 dan NVMe 1.4; bersedia untuk penggunaan NVMe-oF™
· Dwi-port natif untuk ketersediaan dan ketahanan tinggi
· Daya ketahanan 60 DWPD dan kapasiti dari 800 GB sehingga 3.2 TB
· Kebolehpercayaan perusahaan bagi 2.5 Juta jam MTBF
· Pilihan[1] keselamatan SED dan FIPS 140-2
 
Siri KIOXIA FL6 kini diberikan sebagai sample kepada rakan industri dan pelanggan utama.

Nota
[1] Ketersediaan bagi opsyen keselamatan/penyulitan mungkin berbeza mengikut wilayah.

* Definisi bagi kapasiti: Kioxia mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang lebih kecil. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berubah mengikut saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian  Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.

* PCIe adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
* NVMe dan NVMe-oF adalah tanda berdaftar atau tidak berdaftar bagi NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*Semua nama syarikat lain, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.

Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.

Pertanyaan pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2427
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005922/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Kioxia Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.