|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
CISMEF KE-17 BERJAYA DIADAKAN DENGAN TUMPUAN KEPADA BERKONGSI PELUANG DAN FAEDAH UNTUK PKS DI SELURUH DUNIA
Monday 20/09/2021
AsiaNet 91762
GUANGZHOU, China, 20 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana Antarabangsa China ke-17 (CISMEF) telah diadakan dari 16 hingga 19 September di Guangzhou, ibu negeri bagi wilayah Guangdong di China selatan. Pameran itu telah menarik perusahaan dari lebih 30 buah negara dan wilayah untuk turut serta. Ia menyediakan sebuah platform yang sesuai dan mewujudkan peluang-peluang baharu bagi PKS di dalam dan luar negara untuk meningkatkan kerjasama dan pengembangan mereka.
Dengan lengan robotik, kenderaan yang dipandu secara automatik, pelbagai produk itu menjadi tumpuan.
Kira-kira 1000 perusahaan, yang merupakan pemimpin di dalam sama ada teknologi khas, produk dan teknik halus, barangan atau perkhidmatan unik, atau inovasi di dalam teknologi atau mod pengeluaran, telah dipamerkan di CISMEF. Mereka terutamanya menumpukan pada bidang industri pembuatan pintar dan kecerdasan buatan, pembuatan peralatan, maklumat elektronik, bio-perubatan, dan produk makanan dan pertanian.
Selain daripada pelbagai barang pamer yang mempesonakan, semua jenis peluang promosi perniagaan dan aktiviti pertukaran juga menjadi tarikan. CISMEF telah mengatur satu siri aktiviti yang disasarkan pada mempamerkan bidang industri, termasuk 12 aktiviti dok penawaran dan permintaan, 4 aktiviti tematik, 3 aktiviti padanan perniagaan rentas sempadan dan 6 aktiviti promosi untuk pempamer di luar negara, dengan harapan dapat memberikan kepada pempamer dan pembeli dengan lebih banyak lagi perkhidmatan yang tepat dan efektif.
Ini akan menjadi kali pertama bagi Kimsun Trade Co.LTD dari Guangzhou mengambil bahagian dalam CISMEF. Kimsun pakar di dalam bidang penyalutan serbuk elektrostatik, menyediakan kepada pelanggan mereka dengan skema dan perkhidmatan penyalutan automatik pintar. Shu Gan, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan bagi Kimsun, berkata, “CISMEF menyediakan satu platform yang sangat baik bagi perusahaan teknologi khas seperti kami. Di satu pihak, kami mempunyai peluang untuk mempromosikan produk dan jenama kami. Di sudut yang lain, ia membolehkan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi unik daripada bidang lain, kemudian menyerap dan mengguna pakainya ke dalam bidang kami, dengan menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada pelanggan.”
Paparan, urus niaga, pertukaran, kerjasama. CISMEF telah berfungsi sebagai sebuah platform penting yang disesuaikan untuk PKS di seluruh dunia. Ia menyediakan maklumat dan peluang perniagaan bagi perusahaan untuk mencari perusahaan di antara pembekal dan pembeli, dan pertukaran teknikal. Sementara itu, Pameran itu juga memberi isyarat yang kukuh kepada usaha China mempromosikan komunikasi dan perbadanan di antara PKS di dalam dan luar negara, dan mencadangkan perdagangan pelbagai hala.
Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa untuk PKS itu, bersama dengan pameran tersebut, mengumumkan secara rasmi satu rancangan perolehan yang cukup besar untuk PKS di seluruh dunia, yang dinilaikan pada 826.3 bilion yuan. Satu siri seminar telah diatur, termasuk satu meja bulat peringkat menteri yang berpusat pada dasar-dasar PKS, untuk berkongsi pengalaman mengenai cara bagaimana untuk menyelesaikan dengan berkesan kesukaran yang dihadapi oleh PKS.
Bagi banyak pempamer, acara antarabangsa yang luar biasa ini bagi PKS akan mempercepatkan integrasi mereka ke dalam rantaian nilai global dan mencapai faedah bersama dan kesejahteraan bersama. Guangdong Jaten Robot & Automation Co., Ltd. memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Kenderaan Yang Dipandu Secara Automatik di Pameran itu. Wang Meikui, Timbalan Pengurus Besar bagi syarikat itu, berpendapat bahawa CISMEF menyediakan satu peluang yang baik kepada mereka untuk mempromosikan produk tersebut. “Kami ingin memaklumkan kepada lebih ramai orang agar dapat mengenali produk kami, dan ini adalah sangat penting,” kata beliau.
Sumber: CISMEF
--BERNAMA |
|
|
|
|
|