Video sepintas lalu untuk tajuk mudah alih terkini dalam francais FarmVille
yang popular memberikan peminat satu gambaran tentang haiwan yang sedap dipeluk di dunia perladangan baharuSAN FRANCISCO, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210920005007/en/APA: Hari ini,
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin global di dalam hiburan interaktif dan pencipta francais popular
FarmVille, melancarkan sebuah
video sepintas lalu untuk tajuk mudah alih yang akan datang,
FarmVille 3, yang merakamkan interaksi yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang di antara haiwan seperti biri-biri yang sedap dipeluk dan lembu yang menari-nari ketika mereka teruja menanti untuk bertemu pemilik baharu mereka di ladang berkenaan.
Sejak ia dilancarkan pada tahun 2009, francais
FarmVille telah terus melancarkan cara baharu yang segar bagi pemain untuk mengalami permainan itu, termasuk
FarmVille 2: Country Escape dan
FarmVille 2: Tropic Escape. Satu daripada ciri-ciri permainan baharu itu di
FarmVille 3 adalah pembiakan dan pemeliharaan anak-anak binatang yang menawan hati daripada lebih 150 jenis unik, termasuk kuda, khinzir, alpaka dan rubah artik.
Video pratonton selama 20 saat itu bermula dengan sekeluarga lembu bergembira dengan kedatangan anak lembu mereka dan diteruskan dengan seekor biri-biri yang melompat kegirangan ketika ia diselubungi oleh ibu bapanya. Sebuah montaj terdiri daripada haiwan yang dicintai boleh dilihat di kawasan pinggir desa yang indah di mana mereka berinteraksi dengan pekerja ladang yang ramah dan persekitarannya, sekali gus menghidupkan keseluruhan ladang itu.
Bermula hari ini, peminat boleh berkongsi keseronokan dan kegembiraan untuk
FarmVille 3 dengan ciri-ciri sosial yang menyeronokkan, termasuk latar belakang Zoom dan pemilihan haiwan dengan fakta yang menyeronokkan, yang boleh didapati
di sini.Untuk maklumat lanjut, sila layari:FacebookInstagramBILA: 20 September, 2021
SIAPA: Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk
CSR RacingTM,
Empires & PuzzlesTM,
Hair ChallengeTM, Harry Potter: Puzzles & SpellsTM, High Heels!TM, Merge Dragons!TM,
Merge Magic!™,
Queen BeeTM,
Toon Blast™,
Toy Blast™ dan
Words With FriendsTM. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zynga.com atau ikuti Zynga di
Twitter,
Instagram,
Facebook atau di
blog Zynga.
Maklumat mengenai FarmVilleDilancarkan di Facebook pada tahun 2009,
FarmVille melahirkan sebuah francais permainan sosial yang telah menarik lebih 700 juta muat turun di seluruh dunia merentasi platform Facebook, web dan mudah alih. Menawarkan pemain dengan keupayaan untuk menanam tanaman maya dan membina ladang digital bersama dalam waktu nyata, FarmVille telah menghiburkan peminatnya di
FarmVille 2, FarmVille 2: Country Escape dan
FarmVille 2: Tropic Escape. FarmVille 3, sebuah permainan yang dibangunkan oleh Zynga Helsinki, bertujuan untuk mencipta semula genre bangunan ladang klasik itu dan mempamerkan ilmu mekanik moden bagi permainan mudah alih.
Nota Editor: Untuk melihat video pratonton dan gambar sokongan untuk
FarmVille 3 yang akan datang, sila klik
di sini.KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPANMesej ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang berkaitan dengan acara dan ciri-ciri permainan masa depan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “akan,” “menjangka,” “merancang,” “berhasrat,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di
http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di
www.sec.gov.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210920005007/en/HubungiSarah Ross
saross@zynga.comLinda Chung
lchung@zynga.comSumber : ZyngaTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA