ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  'HIDDEN GEM' TIBA DI ROTTERDAM UNTUK DIUBAH MENJADI KAPAL PENGAMBILAN NODUL BAGI THE METALS COMPANY

Wednesday 22/09/2021



Table

Kapal Hidden Gem (Foto: Business Wire)


• Kapal sepanjang 228 meter dijangka menjadi yang pertama Diklasifikasikan sebagai sebuah kapal perlombongan dasar laut di bawah Biro Perkapalan Amerika
• Penyatuan peralatan sedang dijalankan untuk menampung kenderaan perintis pengumpul nodul dan sistem penaik yang ditereka bentuk dan pada masa ini dibina oleh Allseas
• Ujian penerimaan kilang telah dimulakan untuk komponen sistem yang akan disatukan ke dalam kapal itu.


NEW YORK, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Metals Company (Nasdaq: TMC) hari ini mengumumkan bahawa bekas kapal gerudi sepanjang 228 meter yang dinamakan semula sebagai Hidden Gem telah tiba di Rotterdam, Belanda untuk memulakan penukarannya menjadi apa yang diharapkan sebagai kapal pertama yang diklasifikasikan sebagai kapal perlombongan dasar laut oleh Biro Perkapalan Amerika. Rakan strategik TMC Allseas memperoleh bekas kapal gerudi laut sangat dalam itu, yang dapat menampung 200 orang, pada Mac 2020, memandangkan konfigurasinya sangat sesuai untuk pengubahsuaian yang akan membolehkan ia dikeras tugas di laut bagi sebuah penaik sepanjang 4.5 kilometer untuk membawa nodul polimetalik dari dasar laut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210921005945/en/

Dalam perkongsian bersama The Metals Company (sebelum ini dikenali sebagai DeepGreen Metals Inc.), Allseas sedang membangunkan sebuah sistem pengumpulan mineral laut dalam untuk dengan penuh tanggungjawab memulihkan nodul polimetalik dari dasar laut dan memindahkannya ke permukaan untuk dibawa ke pantai. Nodul itu mengandungi nikel, mangan, tembaga dan kobalt yang berkualiti tinggi — logam utama yang diperlukan untuk membina bateri kenderaan elektrik dan teknologi tenaga boleh diperbaharui.

“Kami sangat gembira untuk melihat Hidden Gem di sini di Eropah dan untuk melihat Allseas membuat kemajuan yang hebat bersamanya,” kata Gerard Barron, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Metals Company. “Kapal itu telah berjaya memulakan fasa penyelenggaraan dok kering, yang merupakan petanda baik bagi penukaran yang lancar dan tepat pada masanya bagi projek perlombongan perintis kami pada tahun 2022.”

The Metals Company baru-baru ini melengkapkan penggabungan SPAC dan penyenaraian awam mereka di Nasdaq dan rakan strategik Allseas, sebuah peneraju dunia di dalam kejuruteraan luar pesisir, mengucapkan tahniah kepada syarikat itu. “Sebagai sebuah pelabur sedia ada yang signifikan di syarikat itu dan pelabur di PIPE, kami terus memperkukuhkan perhubungan strategik kami dengan The Metals Company. Kami berkongsi visi mereka untuk membangunkan sumber logam bateri yang dianggarkan yang terbesar di dunia, yang akan menjadi kritikal di dalam peralihan hijau,” kata Pengasas dan Presiden Allseas, Edward Heerema.

TMC dan Allseas menjangka kapal itu akan dapat beroperasi untuk ujian perintis bagi pengumpulan nodul menjelang pertengahan 2022.

Maklumat mengenai The Metals Company

The Metals Company adalah sebuah penjelajah Kanada bagi logam bateri berimpak rendah dari nodul polimetalik dasar laut, dalam satu dwi misi: (1) membekalkan logam untuk peralihan tenaga bersih dengan impak persekitaran dan sosial negatif yang paling sedikit dan (2) mempercepatkan peralihan kepada sebuah ekonomi logam bulat. Syarikat itu menerusi anak syarikatnya mempunyai hak eksplorasi dan komersial untuk tiga kawasan kontrak nodul polimetalik di Zon Clarion Clipperton di Lautan Pasifik yang dikawalselia oleh Pihak Berkuasa Dasar Laut Antarabangsa dan ditaja oleh kerajaan Nauru, Kiribati dan Kerajaan Tonga.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.metals.co.

Maklumat mengenai Allseas

Allseas Group S.A. adalah sebuah kontraktor terkemuka di dunia dalam pemasangan saluran paip luar pesisir, pengangkut berat dan pembinaan dasar laut. Syarikat itu mempunyai lebih 4000 orang pekerja di seluruh dunia dan mengendalikan sebuah armada serbaguna bagi kapal pengangkut berat khusus, pemasangan paip dan sokongan, yang direka dan dibangunkan secara dalaman.

Maklumat lanjut mengenai Allseas boleh didapati di www.allseas.com

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Kenyataan tertentu yang dibuat di dalam pembentangan ini bukan berupa fakta sejarah tetapi merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan bagi tujuan peruntukan safe harbor di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan secara umum diiringi dengan perkataan seperti “percaya,” “boleh.” “akan,” “anggar,” “meneruskan,” “menjangka,” “berhasrat,” “menghendaki” “harus,” “seharusnya,” “untuk,” “merancang,” “meramalkan,” “potensi,” “tampak,” “jangkau,” “masa depan,” “pandangan” dan ungkapan serupa yang meramal atau menunjukkan peristiwa atau trend masa depan atau yang bukan kenyataan yang bersifat sejarah. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini termasuk, tanpa had, jangkaan TMC berhubung dengan kapal eksplorasi mereka, penggunaan dan fungsi peralatan mereka serta perkongsian mereka dengan Allseas dan garis masa bagi ujian pengumpulan nodul perintis itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang signifikan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza secara nyata daripada yang dibincangkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Sebahagian besar daripada faktor ini berada di luar kawalan TMC dan adalah sukar untuk diramalkan. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan perbezaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada: ketidakupayaan untuk mengekalkan penyenaraian saham TMC di Nasdaq; keupayaan untuk mengenali jangkaan faedah bagi gabungan perniagaan yang baharu diselesaikan, yang mungkin dipengaruhi oleh, antara lain, kebolehlaksanaan komersial dan teknikal bagi perlombongan dan pemprosesan nodul polimetalik dasar laut; bekalan dan permintaan bagi logam bateri; harga logam bateri di masa depan; masa dan kandungan peraturan eksploitasi ISA yang akan mewujudkan kerangka undang-undang dan teknikal untuk eksploitasi bagi nodul polimetalik di Zon Clarion Clipperton; peraturan kerajaan mengenai operasi perlombongan dasar laut dan perubahan di dalam undang-undang dan peraturan perlombongan; risiko persekitaran; masa dan jumlah bagi anggaran pengeluaran masa depan, kos pengeluaran, perbelanjaan modal dan keperluan untuk modal tambahan; aliran tunai yang disediakan oleh aktiviti operasi; keupayaan TMC untuk meningkatkan pembiayaan di  masa akan datang; perbelanjaan penebusgunaan yang tidak dijangka; tuntutan dan had ke atas perlindungan insurans; ketidaktentuan di dalam anggaran sumber mineral; ketidakpastian di dalam kajian dan pendapat berhubung geologi, hidrologi, metalurgi dan geoteknik; risiko infrastruktur; keupayaan TMC untuk menguatkuasakan kewajiban pelabur tidak berprestasi di bawah perjanjian langganan yang berkaitan dengan gabungan perniagaan, risiko litigasi yang berpotensi, dan kebergantungan pada pegawai pengurusan utama dan pegawai eksekutif; dan risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam kenyataan proksi/prospektus yang berkaitan dengan gabungan perniagaan yang baharu diselesaikan, termasuk yang berada di bawah “Faktor Risiko”, dan dalam pemfailan lain dengan SEC. TMC memberi amaran bahawa senarai faktor di atas adalah tidak eksklusif. TMC memberi amaran kepada pembaca agar tidak terlalu bergantung kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang hanya didasarkan pada maklumat yang ada pada tarikh tersebut. TMC tidak bertanggungjawab atau menerima sebarang tanggungjawab atau aku janji untuk mengeluarkan kepada awam sebarang kemas kini atau semakan terhadap mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan untuk menggambarkan sebarang perubahan di dalam jangkaan atau mana-mana perubahan dalam peristiwa, syarat, atau keadaan di mana kenyataan tersebut didasarkan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210921005945/en/

Hubungi

Chelsea Lauber | Kumpulan Antenna | tmc@antennagroup.com

Sumber : The Metals Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.