ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PROCORE BAKAL MEMPEROLEH LEVELSET UNTUK MEMUDAHKAN ALIRAN KERJA PENGURUSAN LIEN BAGI PEMBINAAN

Thursday 23/09/2021



Table

Aliran kerja pematuhan yang membebankan menyumbang kepada median industri pembinaan bagi 90 hari jualan belum lunas dan 74 hari bayar balik belum lunas, yang paling perlahan daripada semua industri yang ditinjau merentasi seluruh dunia. (Grafik: Business Wire)


CARPINTERIA, Calif., 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Procore Technologies, Inc., (NYSE: PCOR), sebuah pembekal terkemuka bagi perisian pengurusan pembinaan, telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk memperoleh Levelset. Pemerolehan ini akan menambahkan pengurusan hak lien kepada platform Procore, yang membolehkan Procore untuk menguruskan aliran kerja pematuhan yang rumit dan meningkatkan proses pembayaran dalam pembinaan. Ia juga memberikan peluang-peluang pertumbuhan di masa depan bagi Procore, termasuk memanfaatkan aset data pelengkap syarikat-syarikat itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210922005931/en/

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Procore Tooey Courtemanche berkata, “Kerja pembinaan sememangnya cukup sukar — seharusnya pembayaran tidak sepatutnya begitu. Levelset membantu industri pembinaan memperoleh pembayaran dengan lebih pantas, dan penawaran mereka akan menjadi satu penambahan yang sempurna kepada platform Procore. Pengambilalihan ini akan juga memberikan Procore akses kepada data industri, termasuk aktiviti pembayaran dan pematuhan, yang membolehkan kami untuk menyampaikan risikan risiko yang bernilai kepada pelanggan kami, dan untuk membangunkan produk kewangan yang berinovatif.”

Dalam pembinaan, risiko dan kerumitan dalam memindahkan wang di antara pihak berkepentingan memerangkapkan sejumlah besar modal kerja kritikal setiap tahun. Ini menyebabkan tekanan tunai kepada kontraktor, meningkatkan modal kerja dan perbelanjaan bon mereka, dan memberikan impak negatif kepada pekerjaan pembinaan. Aliran kerja pematuhan yang membebankan menyumbang kepada median industri pembinaan bagi 90 hari jualan belum lunas dan 74 hari bayar balik belum lunas, yang paling perlahan daripada semua industri yang ditinjau merentasi seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat, lien adalah asas kepada aliran kerja pematuhan ini. Pemegang kepentingan pembinaan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mengurus hak lien — dari pihak hiliran yang ingin mengekalkan hak lien dan mematuhi nuansa bagi undang-undang lien yang berbeza-beza dari negeri ke negeri, sehingga pihak berkepentingan di huluan yang selalu mendapat pengecualian lien pada saat pembayaran untuk memastikan projek mereka bebas dan jelas. Cabaran dan kerumitan pembayaran yang serupa juga wujud di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Levelset Scott Wolfe, Jr. berkata, “Penyelesaian kami membolehkan orang dibayar dengan lebih cepat, dengan tekanan wang yang lebih sedikit. Lebih 250,000 pengguna telah menggunakan Levelset pada lebih 6.5 juta projek pembinaan. Aktiviti ini menghasilkan data pembayaran dan perhubungan yang sangat dipercayai. Bersama dengan Procore, kami dapat memperkasakan industri itu untuk mendapat pembayaran yang lebih pantas, dengan kebolehlihatan yang lebih baik dan dokumentasi yang lebih lancar.” Levelset telah menjadi rakan niaga Tempat pasaran App Procore sejak April 2018. Hari ini, lebih 3,300 pelanggan menggunakan penyelesaian pengurusan hak lien mereka untuk menguruskan aliran kerja pematuhan.

Butiran Berhubung Perolehan itu

Procore telah bersetuju untuk memperoleh Levelset dengan harga pembelian kira-kira $500 juta, yang akan terdiri daripada kira-kira $425 juta dalam bentuk tunai, tertakluk kepada pelarasan biasa bagi modal kerja, perbelanjaan urus niaga, tunai dan keberhutangan, dan kira-kira $75 juta dalam stok biasa Procore. Penutupan bagi urus niaga itu dijangka berlaku pada suku keempat tahun ini dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa.

D.A. Davidson berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Jones Walker LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk Levelset. Cooley LLP berfungsi sebagai penasihat undang-undang bagi pihak Procore.

Butiran dan maklumat tambahan mengenai terma dan syarat pemerolehan itu akan tersedia dalam satu laporan terkini pada Borang 8-K yang akan dikemukakan oleh Procore kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Maklumat Panggilan Persidangan

Procore akan mengadakan satu panggilan persidangan hari ini, 22 September, pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik / 5:00 petang Waktu Timur, untuk membincangkan mengenai pemerolehan itu. Satu siaran web langsung bagi panggilan persidangan itu, dan juga satu ulang semula mengenainya, akan tersedia di investors.procore.com. Panggilan persidangan itu juga boleh diakses dengan menghubungi 877-284-6233 (Amerika Syarikat) atau 873-415-0281 (Antarabangsa) dan memasukkan ID persidangan: 2838218.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud Seksyen 27A bagi Akta Sekuriti 1933, sebagaimana dipinda, atau Akta Sekuriti, dan Seksyen 21E bagi Akta Pertukaran Sekuriti 1934, sebagaimana dipinda, atau Akta Pertukaran, mengenai Procore dan industri mereka yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang besar. Semua kenyataan selain kenyataan berbentuk fakta sejarah yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan bagi hasil operasi masa depan Procore, dan kedudukan kewangan, strategi dan rancangan perniagaannya, pertumbuhan dan trend pasaran, dan objektif untuk operasi di masa depan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan lazimnya berkaitan dengan peristiwa di masa depan atau prestasi kewangan atau operasi masa depan Procore. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan kerana ia mengandungi perkataan seperti “menjangka,” “percaya,” “menimbang,” “meneruskan,” “boleh,” “anggaran,” “menduga,” “berhasrat,” “mungkin,” “merancang,” “potensi,” “meramalkan,” “projek,” “harus,” “sasaran,” “akan,” atau “bagi,” atau negatif bagi perkataan-perkataan ini atau istilah atau ungkapan serupa lain yang membabitkan harapan, strategi, rancangan atau hasrat Procore. Risiko dan ketidakpastian penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar dan keadaan kewangan Procore untuk berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, antara lain, perkara berikut: (i) risiko yang berkaitan dengan (a) kemungkinan bahawa syarat penutupan kepada urus niaga itu dengan Levelset mungkin tidak dapat dipenuhi atau diketepikan tepat pada waktunya atau sama sekali, termasuk bahawa entiti sebuah kerajaan boleh melarang, menunda atau menolak untuk memberikan satu kelulusan kawal selia, (b) kegagalan untuk menyelesaikan atau menerima faedah yang diharapkan daripada urus niaga tersebut, termasuk disebabkan oleh ketidakupayaan Procore untuk menyatukan dengan jayanya Levelset ke dalam perniagaan mereka, (c) mengalihkan perhatian pengurusan daripada operasi perniagaan yang sedang berjalan, (d) permulaan atau hasil daripada sebarang proses undang-undang yang mungkin dilakukan terhadap Procore atau Levelset berhubung dengan cadangan urus niaga itu dan (f) kesan daripada urus niaga itu pada gabungan perniagaan, termasuk pada kos operasi, kehilangan pelanggan dan gangguan perniagaan; (ii) perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang diterima pakai kepada model perniagaan Procore atau Levelset; (iii) perubahan dalam keadaan pasaran atau industri, persekitaran kawal selia dan penerimaan terhadap teknologi dan perkhidmatan Procore atau Levelset; (iv) keputusan bagi litigasi atau insiden keselamatan; (v) kehilangan satu atau lebih pelanggan atau rakan utama Procore atau Levelset; (vi) kesan COVID-19 terhadap perniagaan dan hasil operasi Procore atau Levelset; (vii) perubahan kepada kemampuan Procore atau Levelset untuk merekrut dan mengekalkan ahli pasukan yang berkelayakan; dan (viii) risiko yang dijelaskan dalam pemfailan lain yang dibuat oleh Procore dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dari semasa ke semasa, termasuk risiko yang dijelaskan di bawah tajuk “Faktor Risiko” dalam Prospektus Akhir Procore yang bertarikh 19 Mei, 2021 dan Laporan Suku Tahun mereka pada Borang 10-Q, yang harus dibaca bersama dengan keputusan kewangan dan kenyataan yang berpandangan ke hadapan mereka. Tambahan pula, Procore beroperasi dalam satu persekitaran yang sangat kompetitif dan cepat berubah. Risiko dan ketidaktentuan baharu muncul dari semasa ke semasa, dan tidak mungkin bagi Procore untuk meramalkan semua risiko dan ketidakpastian yang dapat memberi impak kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Keputusan, peristiwa, dan keadaan yang digambarkan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu mungkin tidak dapat dicapai atau berlaku, dan hasil, peristiwa, atau keadaan sebenar mungkin berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu.

Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat dalam siaran akhbar ini hanya berkaitan dengan peristiwa pada tarikh di mana kenyataan itu dibuat. Procore tidak berkewajiban untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat dalam siaran akhbar ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan setelah tarikh siaran akhbar itu atau untuk menggambarkan maklumat baharu atau kejadian yang tidak dijangka, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Procore mungkin tidak dapat mencapai rancangan, hasrat, atau harapan yang dinyatakan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, dan anda tidak boleh bergantung kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan Procore tidak mencerminkan potensi impak bagi sebarang pengambilalihan, penggabungan, pelupusan, usaha sama atau pelaburan masa hadapan.

Maklumat mengenai Procore

Procore adalah sebuah penyedia terkemuka bagi perisian pengurusan pembinaan. Lebih 1 juta projek dan lebih $1 trilion USD dalam volum pembinaan telah berjalan di atas platform Procore. Platform Procore menghubungkan pemegang kepentingan bagi setiap projek dengan penyelesaian yang kami bina khusus bagi industri pembinaan — bagi pemilik, kontraktor am, dan kontraktor khusus. Tempat pasaran Procore mempunyai banyak penyelesaian rakan yang berintegrasi dengan lancar dengan platform kami, untuk memberikan kepada profesional pembinaan dengan kebebasan untuk berhubung dengan yang paling sesuai bagi mereka. Beribu pejabat di Carpinteria, California, Procore mempunyai pejabat di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di Procore.com.

Maklumat mengenai Levelset

Levelset adalah sebuah syarikat perisian pembinaan yang membantu industri pembinaan memudahkan proses pematuhan dan pembayaran, mengurangkan risiko kewangan, dan meningkatkan aliran tunai. Hasilnya adalah pembayaran yang lebih pantas, akses modal yang boleh dipercayai, dan kejutan yang lebih sedikit. Levelset beribu pejabat di New Orleans, Louisiana, dan mempunyai pejabat di Austin, Texas, dan Kaherah, Mesir, dan mempunyai kira-kira 300 orang pekerja. Ketahui lebih lanjut di Levelset.com.

PROCORE-IR

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210922005931/en/

Hubungi

Hubungan Media
Roohi Saeed
press@procore.com

Hubungan Pelabur
Matthew Puljiz
ir@procore.com

Sumber : Procore Technologies, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.