ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MERAIKAN ULANG TAHUN KEDUA DENGAN MENGUMUMKAN INISIATIF BERKESAN UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA

Friday 24/09/2021



Table
 
Logo Pemecut Keusahawanan Wanita (Grafik: WEA)


NEW YORK, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita  (WEA), satu inisiatif strategik pelbagai perkongsian yang diwujudkan oleh lima agensi PBB dan Mary Kay Inc., hari ini merayakan ulang tahun keduanya dengan mengumumkan kemajuan dalam beberapa program yang dirancang untuk memberi kesan kepada 5 juta wanita di seluruh dunia menjelang tahun 2030. Program dan produk pengetahuan itu, yang seterusnya menunjukkan komitmen WEA untuk memaksimumkan kesan pembangunan bagi keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB, akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210923005313/en/

“Dua tahun lalu, Pemecut itu komited untuk membolehkan usahawan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sebagai satu usaha bagi mempercepatkan kemajuan menuju kesamaan wanita,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay Inc. “Hari ini, kami sangat teruja untuk melaporkan kemajuan pada janji itu dan menunjukkan kesan unik yang dicapai oleh lima agensi PBB dan sektor swasta ketika bekerjasama. Program-program ini mewakili langkah-langkah konkrit menuju transformasi sistemik yang diperlukan untuk memupuk satu persekitaran pertumbuhan, kelestarian, dan daya ketahanan bagi pengusaha wanita.”

Program strategik itu, kesemuanya dibentuk dengan satu tumpuan yang unik pada gender, adalah hasil bersama bagi kerjasama di antara Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dengan sokongan dan pembiayaan strategik dari Mary Kay.

· Peralatan & Latihan Membina Kapasiti Digital

Bekerjasama dengan ITC SheTrades, Pemecut itu akan menawarkan sebuah kurikulum berpandu yang dilengkapi dengan latihan di lapangan untuk wanita dari negara-negara membangun yang berminat dalam bidang keusahawanan dan/atau merancang untuk bergabung ke dalam rantaian nilai serantau dan global. Sesi latihan di dalam negara 2021 akan berlangsung secara maya di Brazil, Colombia, India, dan Mexico.

Kurikulum dalam talian mengenai Keusahawanan bertujuan untuk mengajar usahawan wanita mengenai kemahiran untuk mereka dan mewujudkan perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju dari segi ekonomi. Melalui 27 modul interaktif yang merangkumi tujuh peringkat penting dalam pengembangan perniagaan dan diperkayakan dengan lebih 200 video, peserta akan belajar mengenai cara bagaimana menerapkan budaya keusahawanan, mengembangkan idea melalui pemikiran reka bentuk dan metodologi permulaan, menyiapkan sebuah kanvas model perniagaan, merancang medan perniagaan, mengenal pasti sumber dana, mencari rakan kongsi yang sesuai, mengatur bimbingan, membina sebuah pasukan, dan menubuhkan perniagaan mereka.

Kurikulum itu adalah percuma untuk semua pengguna tanpa halangan untuk kemasukan, dan peserta akan menerima sijil setelah tamat latihan.

Kurikulum Pemecut Keusahawanan Wanita ITC SheTrades akan dikeluarkan secara berperingkat antara Oktober dan Disember 2021 dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, dan Perancis, dengan bahasa Arab, Rusia dan Mandarin pada tahun 2022. Ia akan dapat diakses di laman web Pemecut dan secara langsung di ruang pembelajaran maya ITC SheTrades dan aplikasi mudah alih bermula Oktober 2021.

· Penyelidikan Keusahawanan

Sebagai sebahagian daripada objektif WEA untuk 2020-2021, ILO memberi tumpuan kepada pengukuhan advokasi untuk pembangunan keusahawanan wanita di Mexico dan Brazil. Di Mexico, WEA dan ILO akan mengeluarkan hasil daripada satu penilaian mengenai keadaan kerangka kerja yang mempengaruhi pembangunan keusahawanan wanita.

Kajian itu adalah sektor khusus untuk perdagangan dan industri di Bandar raya Mexico dan menyentuh mengenai kesan COVID-19. Penilaian itu termasuk satu siri cadangan yang dapat diambil tindakan untuk satu persekitaran yang lebih kondusif, dibangunkan dengan kerjasama erat dengan rakan nasional, termasuk persatuan majikan, dewan perdagangan dan persatuan pengusaha wanita untuk memastikan pemilikan dan kelestarian nasional.

Di Brazil, melalui WEA, ILO bekerjasama dengan SENAI, sebuah pemimpin nasional di dalam latihan teknikal dan vokasional, untuk menganjurkan pembangunan keusahawanan wanita dan memupuk dialog berdasarkan kepada penemuan satu Penilaian WED yang dilakukan dalam kerangka kerja projek Win-Win yang dibiayai oleh EU. Satu program persidangan, seminar, latihan, dan kempen komunikasi peringkat nasional dan serantau telah diadakan untuk menjana dan menggabungkan momentum yang mendukung pengembangan keusahawanan wanita.

· Advokasi dan Latihan Perolehan Responsif Gender (GRP)

Perolehan responsif gender (GRP) boleh memberi satu kesan transformasi terhadap ekonomi domestik dan antarabangsa dan menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi wanita. Di peringkat global, satu dalam tiga perniagaan kecil, sederhana, dan besar dimiliki oleh wanita1, namun wanita hanya memperoleh 1% daripada perbelanjaan perolehan oleh syarikat besar dan kerajaan2.

Pemecut Keusahawanan Wanita telah mengambil bahagian dalam Forum Kesamaan Generasi di Paris (30 Jun-2 Julai) melalui Pemprograman “Pemacu Perubahan”, dengan menjadi tuan rumah kepada satu panel yang bertajuk “Membangunkan satu Strategi Transformatif untuk Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai halangan kompleks dan saling berkaitan dalam keusahawanan wanita dan untuk menggalakkan GRP.

Sumbangan utama Wanita PBB kepada barisan kerja GRP Pemecut pada tahun 2021 termasuk mewujudkan Kes Perniagaan untuk GRP melalui pelancaran sebuah amalan komuniti (CoP) pada Julai dengan kerjasama PBB Global Compact untuk melibatkan pihak berkepentingan daripada sektor swasta.

Wanita PBB, dengan sokongan PBB Global Compact, juga menjalankan satu tinjauan global di seluruh sektor di GRP. Wanita PBB kemudian menemuramah lebih 50 syarikat dan organisasi, yang, bersama-sama dengan respons tinjauan, akan menghasilkan kajian kes dan satu peranti advokasi yang berdasarkan bukti untuk menyoroti kes perniagaan GRP. Peranti advokasi itu akan diterbitkan menjelang Disember 2021, dan akan menjadi satu sumbangan kepada WEA dalam menyokong Inisiatif Program Kemegahan Wanita PBB “Merangsangkan Peluang yang Sama Rata untuk Usahawan Wanita.”

Pada Disember, PBB Wanita Eropah dan Asia Tengah (ECA) akan melancarkan sebuah program Perintis yang pertama untuk meningkatkan keupayaan bagi kedua-dua usahawan wanita dan sektor swasta dengan satu matlamat untuk meningkatkan keusahawanan wanita: (1) Membangunkan keupayaan perolehan bagi usahawan wanita untuk bersaing bagi mendapatkan peluang penawaran dengan sektor awam dan swasta; (2) Memperkukuhkan keupayaan bagi entiti sektor swasta dari semua sektor untuk menetapkan dasar dan amalan dan merancang inisiatif mengenai perolehan dan pelaburan yang responsif gender.

Pengumuman Pemecut itu mengenai tonggak program ini adalah yang terbaharu dalam satu siri langkah-langkah yang diambil oleh pelbagai perkongsian untuk meningkatkan kesedaran mengenai keusahawanan sebagai satu langkah penting untuk memajukan kesamaan wanita pada tahun 2021 dan seterusnya.

Pada Forum Kesamaan Generasi di Paris, Pemecut itu mengumumkan komitmen mereka untuk memperkasakan 5 juta wanita menjelang akhir tahun 2030 dan untuk membangunkan sebuah ekosistem untuk pemerkasaan ekonomi wanita yang mendorong pertumbuhan, kelestarian, dan daya ketahanan bagi usahawan wanita.

Pada 28 September, Pemecut itu akan mengadakan satu acara maya yang bertajuk “Berpadu Tenaga untuk Memacukan Perubahan”, dengan pengurusan kanan ILO, ITC, UNDP, UNGC, dan Wanita PBB dengan ucapan pengenalan dari Mary Kay. Dianjurkan semasa UNGA 76 untuk ulang tahun ke-2 WEA, acara peringkat tinggi itu akan memberi peluang kepada pihak berkepentingan di dalam ekosistem keusahawanan wanita untuk mendengar daripada pakar terkemuka mengenai topik berikut: kesamaan gender dan pemerkasaan wanita, sumbangan ekonomi dan sosial bagi keusahawanan wanita; dasar dan amalan yang muncul yang dapat diterapkan dan ditiru secara global untuk menyokong kepimpinan wanita dalam perniagaan. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lain sila klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita, dan usaha yang dilakukan sejak penubuhannya dua tahun lalu, sila layari we-accelerate.com.

Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita

Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) adalah satu inisiatif pelbagai perkongsian mengenai keusahawanan wanita yang ditubuhkan semasa UNGA 74 oleh lima agensi PBB, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dan Mary Kay untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang tahun 2030.

Matlamat utama bagi inisiatif itu adalah untuk memaksimumkan kesan pembangunan oleh keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan untuk usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut itu memberi contoh kekuatan transformasi bagi satu pelbagai perkongsian dengan kekuatan unik untuk memanfaatkan potensi usahawan wanita.

Ketahui lebih lanjut di we-accelerate. Ikuti kami: Twitter (We_Accelerator), Instagram (@we_accelerator), Facebook (@womensentrepreneurshipaccelerator), LinkedIn (@womensentrepreneurshipaccelerator)

Maklumat mengenai Pertubuhan Buruh Antarabangsa

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) adalah sebuah agensi PBB khusus yang dibentuk pada tahun 1919, ekoran sebuah perang yang membiasakan, untuk mengejar satu visi berdasarkan kepada premis bahawa perdamaian yang universal dan berkekalan dapat dicapai jika ia didasarkan kepada keadilan sosial. Matlamat utama ILO adalah untuk menggalakkan hak di tempat kerja, mendorong peluang pekerjaan yang layak, meningkatkan perlindungan sosial dan memperkukuhkan dialog mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan. Struktur tiga pihak yang unik bagi ILO memberikan suara yang sama kepada pekerja, majikan, dan kerajaan untuk memastikan bahawa pandangan rakan-rakan sosial dapat dilihat dengan jelas dalam piawaian buruh dan dalam membentuk dasar dan program.

Program Pembangunan Keusahawanan Wanita ILO (ILO-WED) adalah sebahagian daripada Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan telah berjalan hampir dua dekad. ILO-WED berusaha meningkatkan peluang ekonomi bagi wanita dengan menjalankan tindakan afirmatif untuk menyokong wanita memulakan, memformalkan dan mengembangkan perusahaan mereka, dan dengan mengutamakan isu-isu kesamaan gender ke dalam kerja ILO dalam pembangunan perusahaan. Laman web: www.ilo.org  | Twitter - @ILOWED | Facebook - ILO WED (@ Pertubuhan Buruh Antarabangsa)

Maklumat mengenai Pusat Perdagangan Antarabangsa

Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) adalah agensi bersama milik Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ITC membantu perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana dalam membangunkan dan peralihan ekonomi untuk menjadi lebih kompetitif di pasaran global untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mapan di dalam kerangka agenda Bantuan-untuk-Perdagangan dan Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Inisiatif SheTrades ITC bertujuan untuk menghubungkan tiga juta usahawan wanita dan perniagaan milik wanita ke pasaran antarabangsa pada tahun 2021. SheTrades bekerjasama dengan kerajaan, perbadanan dan organisasi sokongan perniagaan untuk melakukan penyelidikan, membentuk dasar dan peraturan perdagangan yang membolehkan, memudahkan pembiayaan, dan memperluaskan akses kepada tender umum dan rantaian bekalan korporat. Ini menyediakan pengusaha wanita dengan sebuah persekitaran pembelajaran yang pelbagai dan kurikulum yang fleksibel di platform www.shetrades.com  mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.intracen.org dan ikuti ITC di Twitter | Facebook | LinkedIn | Instagram | Flickr

Maklumat mengenai PBB Global Compact

Sebagai satu inisiatif khas dari Setiausaha Agung PBB, PBB Global Compact adalah satu gesaan  kepada syarikat di mana sahaja untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip universal dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar, dan anti-rasuah. Dilancarkan pada tahun 2000, mandat PBB Global Compact adalah untuk membimbing dan menyokong komuniti perniagaan global dalam memajukan matlamat dan nilai PBB melalui amalan korporat yang bertanggungjawab. Dengan lebih 10,000 syarikat dan 3,000 penandatangan bukan perniagaan yang berpusat di lebih 160 negara, dan lebih daripada 60 Rangkaian Tempatan, ia merupakan inisiatif kelestarian korporat yang terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @globalcompact di media sosial dan layari laman web kami di unglobalcompact.org.

Maklumat mengenai Wanita PBB

Wanita PBB adalah organisasi PBB yang dikhususkan untuk kesamaan gender dan pemerkasaan wanita. Sebagai juara global untuk wanita dan gadis, Wanita PBB telah ditubuhkan untuk mempercepatkan kemajuan bagi memenuhi keperluan mereka di seluruh dunia.

Wanita PBB menyokong Negara Anggota PBB ketika mereka menetapkan piawaian global untuk mencapai kesamaan gender, dan bekerjasama dengan kerajaan dan masyarakat sivil untuk menggubal undang-undang, dasar, program dan perkhidmatan yang diperlukan untuk memastikan piawaian itu dilaksanakan dengan berkesan dan benar-benar memberi manfaat kepada wanita dan gadis di seluruh dunia. Ia berfungsi di seluruh dunia untuk menjadikan visi Matlamat Pembangunan Lestari menjadi satu kenyataan bagi wanita dan gadis dan berada di belakang penyertaan wanita dalam semua aspek kehidupan, dengan memberi tumpuan kepada empat keutamaan strategik: Wanita memimpin, mengambil bahagian dan mendapat manfaat yang sama daripada sistem tadbir urus; Wanita mempunyai keselamatan pendapatan, pekerjaan yang layak dan autonomi ekonomi; Semua wanita dan gadis menjalani kehidupan yang bebas dari segala bentuk keganasan; Wanita dan gadis menyumbang dan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam membangunkan keamanan dan ketahanan yang lestari, dan mendapat manfaat yang sama daripada pencegahan bencana alam dan konflik dan tindakan kemanusiaan. Wanita PBB juga menyelaras dan mempromosikan kerja sistem PBB dalam memajukan kesamaan gender.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di www.marykay.com

1 Bank Dunia (2020). Tinjauan Perusahaan, Portal Data Gender Bank Dunia yang dipetik oleh Blog Bank Dunia (2020) Usahawan Wanita diperlukan – segera!
2 Vazquez dan Sherman (2014). Dipetik oleh PBB Wanita (2017) Kuasa Pemerolehan: Bagaimana untuk mensumberkan daripada perniagaan yang dimiliki oleh wanita.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210923005313/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 or  media@mkcorp.com

Sumber: Pemecut Keusahawanan Wanita

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.