ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  TALKWALKER MEMPERCEPATKAN JENAMA KEPADA KECERDASAN PENGGUNA YANG BOLEH DILAKSANAKAN

Wednesday 29/09/2021

AsiaNet 91952

Table
Kapsyen: Pelancaran Kedudukan Talkwalker

SINGAPURA, 29 Sept., 2021/Medianet International-AsiaNet/--
 
Talkwalker mengumumkan dua produk baharu untuk mengukuhkan Platform Pencepatan Kecerdasan Pelanggan(TM) mereka, dan membantu menyampaikan pemusatan pelanggan merentas perusahaan

Talkwalker[https://www.talkwalker.com/], syarikat kecerdasan pengguna #1, hari ini mengumumkan pelancaran dua produk baharu. Ini akan mengukuhkan Platform Pencepatan Kecerdasan Pengguna(TM) mereka di samping pertumbuhan bagi keupayaan pendengaran sosial mereka. Produk baharu ini akan menyampaikan jenama kecerdasan pengguna yang boleh dilaksanakan untuk memacukan impak perniagaan.

Platform Talkwalker, yang dikuasakan oleh teknologi Blue Silk(TM), kini termasuk tiga produk terkemuka di dalam industri:
- Kepintaran Pasaran: Menyediakan analisis trend pengguna dan set data industri waktu nyata, dengan sebuah aplikasi bagi setiap kategori, kepada inovasi yang pantas. Meliputi pelbagai industri termasuk barangan pengguna, hiburan, kesihatan & kesejahteraan.
- Kepintaran Pelanggan: Mewujudkan satu pandangan pelanggan tunggal yang unik dengan menggabungkan data pelanggan, pengguna, sosial, penilaian, dan ulasan. Menyediakan jenama dengan pandangan waktu nyata yang boleh dilaksanakan, agar mereka dapat memperoleh keuntungan dengan serta-merta.
- Kecerdasan Sosial: Satu perluasan bagi keupayaan pendengaran sosial mereka yang mendalam pada skala, untuk membantu syarikat melindungi, mengukur, dan mempromosikan jenama mereka.
 
“Masa depan bagi kecerdasan pengguna ada pada kita,” kata Tod Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif Talkwalker. “Produk dan platform baharu kami memperluaskan keupayaan pendengaran kami yang mendalam kepada bidang baharu, melengkapkan jenama dengan pandangan yang dapat memberi manfaat kepada mereka dengan kadar segera. Hanya Talkwalker yang dapat membantu mereka mendekati pelanggan mereka berbanding sebelum ini, dan membolehkan mereka untuk membentuk produk, kempen, dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pasaran yang terus meningkat.”

Talkwalker juga memperkenalkan perkhidmatan profesional mereka pasukan Talkwalker Activate, yang menawarkan rangkaian perkhidmatan pelanggan yang tersebar luas, termasuk latihan, pelarasan dan pandangan, untuk membantu pelanggan mempercepatkan masa mereka bagi menghargai dengan teknologi Talkwalker, daripada pelaburan kepada keputusan dunia nyata.
 
Ini adalah kemuncak bagi usaha terbaharu Talkwalker untuk menggabungkan kedudukan mereka di tempat pasaran. Pada Julai, Talkwalker telah diisytiharkan sebagai sebuah Pemimpin di The Forrester New Wave(TM): AI-Enabled Consumer Intelligence Platforms, Suku Ketiga 2021 [https://www.talkwalker.com/case-studies/forrester-new-wave-report-2021] Ia juga dibina berdasarkan kepada penawaran mereka dengan memperoleh Penarafan Kandungan Sosial pada tahun lalu, dan baru-baru ini, Kotak Ulasan [https://www.talkwalker.com/blog/customer-review-data], untuk menyediakan jenama dengan lebih banyak pandangan langsung pengguna dan pelanggan.

Talkwalker telah juga diumumkan sebagai sebuah Rakan Rasmi Twitter, diperakui sebagai sebuah penyelesaian yang disemak, terbaik dalam kelas untuk membantu jenama berinovasi dan meningkatkan perniagaan mereka. Hanya 13 syarikat dari seluruh dunia telah menerima akreditasi rakan ini, dengan Talkwalker kini berada pada kedudukan untuk membantu jenama-jenama memanfaatkan ke dalam perbualan awam dunia di Twitter dan mengubah pandangan menjadi tindakan.

Penawaran baharu itu telah diumumkan secara langsung di Talkwalker's Dare untuk mempercepatkan, satu acara pelanggan di Paris yang mengumpulkan pemimpin industri untuk memberi inspirasi kepada kecerdasan pengguna generasi seterusnya. Pada majlis itu, Talkwalker menunjukkan cara bagaimana platform itu boleh digunakan merentasi semua aspek perniagaan itu bagi pendengaran sosial, penyelidikan pasaran, kepintaran pelanggan, dan pengembangan produk.

“Ini pasti tidak berhenti di sini,” kata Nielsen. “Kami akan terus mendengar dan memastikan teknologi dan penyelesaian kami sesuai untuk tujuan. Ini akan membolehkan jenama mendapat keuntungan daripada kecerdasan pengguna yang boleh dilaksanakan untuk memacukan impak perniagaan.”

Sumber tambahan:
- Lihat halaman Kerjaya Talkwalker
[https://www.talkwalker.com/careers?utm_medium=referral&utm_source=press-release&utm_term=EN&utm_content=landing-page&utm_campaign=reviewbox-acquisition]
untuk jawatan terbuka.
- Hubungi kami  
[https://www.talkwalker.com/contact-us?utm_medium=referral&utm_source=press-release&utm_term=EN&utm_content=landing-page&utm_campaign=reviewbox-acquisition]
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform kecerdasan pengguna Talkwalker.
 
Maklumat mengenai Talkwalker
 
Talkwalker adalah platform Pencepatan Kecerdasan Pengguna #1 bagi jenama untuk memacukan impak perniagaan. Diiktiraf oleh Forrester sebagai sebuah Pemimpin di dalam Kecerdasan Pengguna dan Pendengaran Sosial, platform itu menggabungkan banyak sumber data dalaman dan luaran dengan AI yang dikuasakan oleh teknologi Blue Silk(TM), untuk pandangan pengguna yang paling meluas. Pasukan perkhidmatan profesional Talkwalker Activate dapat meningkat, mempercepat, atau memberi perkhidmatan sepenuhnya kepada keperluan pandangan jenama bagi meningkatkan pulangan pelaburan atau ROI mereka dari platform Talkwalker. Dengan mempunyai pejabat di seluruh dunia, Talkwalker membantu lebih 2,500 jenama untuk memaksimumkan keuntungan dengan kepintaran pengguna yang boleh dilaksanakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Talkwalker, sila layari www.talkwalker.com.
 
Hubungi
Nigel Choo
Pemasaran APAC, Talkwalker
n.choo@talkwalker.com
+65 3159 2399 (sambungan 619)
 
SUMBER: Talkwalker
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402184
 
   Kapsyen: Pelancaran Kedudukan Talkwalker

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.