ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TDCX BERSEDIA UNTUK MEREBUT PELUANG DARIPADA PASARAN PERKHIDMATAN CX PENYUMBERLUARAN AS$100 BILION DENGAN DAGANGAN SULUNG DI NYSE

Monday 04/10/2021



Penyedia perkhidmatan pengalaman pelanggan digital pertama di Asia yang disenaraikan di Amerika Syarikat

SINGAPURA & NEW YORK, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TDCX Inc. (NYSE: TDCX), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi, mengumumkan penyenaraian mereka di Bursa Saham New York (“NYSE”). Sebagai sebuah syarikat tersenarai, TDCX berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepatkan strategi pertumbuhan mereka untuk merebut peluang daripada pasaran  perkhidmatan pengalaman penyumberluaran global (“CX”), yang dijangka bernilai AS$100 bilion menjelang tahun 2025ˡ.

Beribu pejabat di Singapura, TDCX menyediakan penyelesaian CX digital yang dipercayai untuk membantu syarikat teknologi yang berkembang pesat dan jenama lain yang dikenali di seluruh dunia menguruskan interaksi pelanggan yang kompleks dan kritikal bagi pihak mereka. IPO itu mengumpulkan hasil kasar AS$348.5 juta, dengan menjadikan nilai pasaran syarikat itu kepada AS$2.57 bilion atau S$3.50 bilion². Sekiranya penjamin jamin memilih untuk menggunakan opsyen lebihan penguntukan mereka secara sepenuhnya, jumlah hasil kasar bagi penawaran itu akan menjadi kira-kira AS$401 juta, dengan membawa nilai pasaran syarikat itu kepada AS$2.62 bilion atau S$3.57 bilion³.

Encik Laurent Junique, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi TDCX, berkata, “Penyenaraian kami yang berjaya menggambarkan syarikat bertaraf dunia yang telah kami bina dan kedudukan kami sebagai rakan terbaik untuk perkhidmatan pengalaman pelanggan digital transformatif. Melalui lebih daripada 13,000 ahli pasukan kami yang berbakat, pelbagai etnik dan pelbagai kebudayaan yang berada di tengah-tengah operasi kami, kami membantu pelanggan kami untuk menyelesaikan interaksi pelanggan mereka yang paling kompleks dan mendesak di lebih 20 bahasa setiap hari merentasi 10 kawasan geografi. Kami sangat berterima kasih di atas sokongan pelanggan kami, yang kebanyakannya adalah syarikat teknologi global yang mendorong pertumbuhan ekonomi digital.”

Menurut Frost & Sullivan, terdapat sebuah pasaran yang besar dan berkembang pesat untuk penyelesaian CX digital. Di Asia Tenggara, jumlah permintaan dijangka akan mencapai AS$14 bilion menjelang tahun 2025, dengan permintaan daripada industri Ekonomi Baharu menerajui pertumbuhan itu pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun 19 peratus dari 2016.

“Ketika pengguna semakin menjalani kehidupan mereka secara dalam talian, jangkaan untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih mudah, selesa dan berdasarkan permintaan akan hanya meningkat. Pengalaman pelanggan adalah dan akan terus menjadi pembeza bagi jenama di dalam era digital. Menjadi sebuah syarikat awam membolehkan kami untuk mempercepatkan momentum pertumbuhan dan menempatkan kami untuk merebut peluang pasaran di Asia dan kawasan pertumbuhan tinggi lain di seluruh dunia.

“Ketika kami melihat ke hadapan, kami memberi tumpuan kepada melaksanakan strategi pertumbuhan kami dan melabur lebih jauh di dalam pekerja, teknologi dan jaringan kami. Dengan pemahaman kami yang mendalam mengenai keperluan pengguna, terutama di Asia, kehadiran strategik di pasaran utama dan kumpulan bakat yang beragam, kami akan dapat terus menduga dan menyokong pelanggan kami ketika mereka mencari sebuah rakan yang berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman pelanggan yang transformatif,” kata Encik Junique.

Maklumat mengenai TDCX

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, pengiklanan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, China, Jepun, Sepanyol, India, Colombia dan Romania, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 270 anugerah.
_____________________________
ˡ Menurut Frost & Sullivan.
²,³Berdasarkan kepada kadar pertukaran SGD/USD=1.36141.
 Kadar pertumbuhan tahunan kompaun merujuk kepada saiz pasaran Ekonomi Baharu dari 2016 sehingga 2025E.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211001005456/en/

Hubungi

Media:
TDCX
Eunice Seow
+65 8432 8388
eunice.seow@tdcx.com

Pelabur:
TDCX
Jason Lim
+65 9799 6550
lim.jason@tdcx.com

Sumber : TDCX Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.