ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  AUSTRALIA BERJAYA BERSIARAN SECARA LANGSUNG DENGAN PLATFORM AMARAN AWAM EVERBRIDGE KE SELURUH NEGARA, MERUPAKAN PELANCARAN RASMI BAGI SISTEM AMARAN PENDUDUK NEGARA GENERASI SETERUSNYA BAGI KERAJAAN AUSTRALIA

Tuesday 05/10/2021



Table

Australia Berjaya Bersiaran secara Langsung Dengan Platform Amaran Awam Everbridge ke Seluruh Negara (Grafik: Business Wire)


· Everbridge menjanakan sistem Amaran Kecemasan Australia, dengan menyediakan amaran ke seluruh penduduk untuk memaklum dan melindungi 34 juta orang penduduk dan pelawat tahunan ke benua itu (sebaik sahaja pintu sempadan dibuka semula)

· Penyebaran langsung bagi sistem amaran kebangsaan Australia memperkuatkan kepimpinan Everbridge di dalam penyelesaian Amaran Awam, dengan kontrak luas di seluruh negara merentasi rantau Amerika, EMEA, dan APAC, yang berupaya untuk menjangkau lebih 2 bilion warga dan pelancong di seluruh dunia

SYDNEY, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Everbridge, Inc. (NASDAQ: EVBG), peneraju dunia di dalam pengurusan acara kritikal (CEM) dan penyelesaian Amaran Awam kebangsaan, hari ini mengesahkan bahawa Kerajaan Australia secara rasmi telah melancarkan sistem amaran penduduk Amaran Keemasan mereka yang baharu, yang dikuasakan oleh Everbridge.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211004005968/en/

Semua negeri dan wilayah Australia kini boleh mengadakan siaran langsung di Amaran Awam Everbridge berikutan satu tempoh pelaksanaan projek yang komprehensif. Everbridge akan menyertai pegawai-pegawai Kerajaan Australia pada minggu ini untuk membincangkan mengenai sistem amaran kebangsaan dan amalan terbaik Amaran Awam di Persidangan Kebingkasan Bencana Australian dan di Persidangan & Pameran Maya AFAC21.

Kediaman bagi lebih 25 juta penduduk dan sembilan juta pelawat tahunan (apabila dibuka semula pintu sempadan), Australia pertama kali memperkenalkan sistem Amaran Kecemasan mereka pada tahun 2009 sebagai tindak balas kepada satu siri kebakaran belukar yang membawa maut. Sebagai keperluan untuk terus memodenkan perkhidmatan tersebut, Australia telah memilih platform Amaran Awam keluaran Everbridge, sebuah perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang terkemuka di pasaran bagi membolehkan setiap negeri dan wilayah – dan pihak berkuasa wilayah mereka – untuk memanfaatkan platform itu bagi memberi amaran kepada warga tempatan mereka dan pelawat, menyokong komunikasi responder pertama, dan menganalisis keberkesanan komunikasi bencana untuk aktiviti pengurangan seterusnya.

“Sistem ini adalah satu cara bagi perkhidmatan kecemasan untuk memberi amaran kepada komuniti kita mengenai satu ancaman yang belum selesai, dan kami gembira bahawa pembiayaan Komanwel membantu di dalam pengurangan risiko ini yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Australia,” kata Menteri bagi Pengurusan Kecemasan dan Senator Yang Berhormat Bridget McKenzie dalam satu kenyataan rasmi.

Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan Australia, Joe Buffone seterusnya berkata, “Sistem Amaran Kecemasan itu pada awalnya dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap kebakaran belukar pada musim panas 2009 dan terus memainkan satu peranan penting di dalam menjaga keselamatan komuniti Australia.”

Setelah menjalani ujian selama dua tahun di seluruh negeri dan wilayah Australia, Kerajaan Australia telah berjaya bersiaran secara langsung dengan sistem amaran penduduk generasi seterusnya bagi membolehkan polis, bomba, dan perkhidmatan kecemasan untuk memberi amaran kepada masyarakat mengenai kemungkinan berlakunya kecemasan atau kecemasan sebenarnya. Sekiranya berlaku satu situasi kritikal, seperti kebakaran belukar, banjir, siklon, panas yang terlalu tinggi, atau satu serangan pengganas, perkhidmatan kecemasan Australia akan menghantar pesanan teks berdasarkan lokasi ke telefon bimbit dan mesej suara ke talian darat di dalam sebuah kawasan sasaran geo yang tepat, sambil berintegrasi dengan platform media sosial.

“Kami merasa terhormat untuk menyokong Australia dalam kemajuan bagi sistem amaran kebangsaan mereka,” kata Steve Foster, Naib Presiden bagi Australia, New Zealand & Oceania di Everbridge. “Tanpa perlu memasuki atau memuat turun aplikasi, platform Amaran Awam Everbridge menyampaikan amaran kecemasan kepada penduduk berisiko di seluruh negara untuk membantu menjaga penduduk dan pelawat Australia, apabila sempadan dibuka semula, selamat semasa kebakaran belukar dan peristiwa kritikal yang lain. Setiap negara boleh meraih manfaat daripada sebuah platform perisian moden yang menjangkau semua orang pada masa krisis.”

Pelaksanaan sistem amaran kecemasan Australia berkembang pada kedudukan Everbridge sebagai peneraju dunia di dalam penyelesaian Amaran Awam di seluruh penduduk yang digunakan oleh lebih 1,500 majlis perbandaran, daerah, bandar raya, negeri dan negara di setiap wilayah utama dunia termasuk Eropah, Asia, Oceania, Tengah Timur, Afrika, dan Amerika.

Platform Everbridge – yang menggabungkan Siaran Sel, SMS berasaskan Lokasi, teknologi amaran berbilang saluran yang berasaskan alamat dan berasaskan kumpulan – menyediakan keupayaan pengurusan peristiwa kritikal merentasi pelbagai ancaman termasuk bencana alam, keganasan, serangan siber, dan peristiwa keselamatan yang lain.

Amaran Awam Everbridge memenuhi dan melampaui keperluan bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang mencari satu penyelesaian amaran lanjutan untuk melindungi warganya dan pelawat, dan pada masa yang sama tetap mematuhi sepenuhnya dengan peraturan privasi data. Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan satu paten baharu bagi usaha revolusionernya dalam membolehkan keupayaan memberi amaran populasi multimedia hujung ke hujung. Paten itu - satu daripada lebih 160 keseluruhan merentasi populasi yang terkemuka di pasaran di Everbridge - menyoroti keperluan untuk menyampaikan amaran melalui kombinasi 5G, siaran sel, dan multimedia. Everbridge kekal sebagai peneraju di dalam integrasi 5G bagi sistem amaran awam.

Maklumat mengenai Everbridge

Everbridge, Inc. (NASDAQ: EVBG) adalah sebuah syarikat perisian global yang menyediakan aplikasi perisian perusahaan yang mengautomatikkan dan mempercepatkan tindak balas operasi organisasi terhadap peristiwa kritikal untuk Memastikan Orang Ramai Selamat dan Perniagaan Berjalan™. Semasa ancaman keselamatan awam seperti situasi penembak aktif, serangan pengganas atau keadaan cuaca yang teruk, serta peristiwa perniagaan kritikal termasuk gangguan IT, serangan siber atau kejadian lain seperti penarikan balik produk atau gangguan rantaian bekalan, lebih daripada 5,800 pelanggan global bergantung kepada Platform Pengurusan Acara Kritikal Syarikat itu untuk dengan pantas dan dengan pasti mengagregat dan menilai data ancaman, mencari orang yang menghadapi risiko dan responder berupaya untuk membantu, mengautomatikkan pelaksanaan bagi proses komunikasi yang telah ditetapkan sehingga kepada penghantaran yang selamat ke lebih dari 100 modus komunikasi yang berbeza, dan menjejaki kemajuan bagi pelaksanaan pelan tindak balas. Everbridge memberi perkhidmatan kepada 8 dari 10 bandar raya terbesar di Amerika Syarikat, 9 dari 10 bank pelaburan terbesar di Amerika Syarikat, 47 dari 50 lapangan terbang paling sibuk di Amerika Utara, 9 dari 10 firma perunding global terbesar, 8 dari 10 pembuat automobil terbesar di dunia, 9 dari 10 penyedia penjagaan kesihatan terbesar yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan 7 dari 10 syarikat teknologi terbesar di dunia. Everbridge berpangkalan di Boston dan mempunyai pejabat tambahan di 25 bandar raya di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.everbridge.com

Bahasa Peringatan Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” di dalam konteks maksud peruntukan “safe harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berhubung peluang yang dijangkakan dan arah aliran bagi pertumbuhan di dalam komunikasi kritikal kami dan aplikasi keselamatan perusahaan dan perniagaan kami secara keseluruhan, peluang pasaran kami, jangkaan kami berhubung penjualan produk kami, matlamat kami untuk mengekalkan kepimpinan pasaran dan memperluaskan pasaran di mana kami bersaing untuk pelanggan, dan impak yang dijangkakan terhadap keputusan kewangan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dibuat pada tarikh siaran akhbar ini dan adalah didasarkan kepada jangkaan, anggaran, ramalan dan unjuran semasa serta kepercayaan dan andaian pengurusan. Perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangkakan,” “harus,” “percaya,” “sasaran,” “projek,” “matlamat,” “anggaran,” “potensi,” “meramalkan,” “mungkin,” “akan,” “boleh,” “berhasrat,” variasi daripada istilah-istilah atau negatif daripada istilah ini dan ungkapan yang sama bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidaktentuan, yang kebanyakannya membabitkan faktor atau keadaan yang berada di luar kawalan kami. Keputusan sebenar kami boleh berbeza dari segi material daripada yang dinyatakan atau tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keupayaan bagi produk dan perkhidmatan kami untuk berfungsi seperti yang diharapkan dan memenuhi jangkaan pelanggan kami; keupayaan kami untuk dengan jayanya menggabungkan perniagaan dan aset yang mungkin kita perolehi; keupayaan kami untuk menarik pelanggan baharu dan mengekal dan meningkatkan jualan kepada pelanggan sedia ada; keupayaan kami untuk meningkatkan jualan bagi aplikasi Pemberitahuan Massa kami dan/atau keupayaan untuk meningkatkan jualan bagi aplikasi kami yang lain; perkembangan di dalam pasaran untuk komunikasi kritikal yang disasarkan dan mengikut konteks bersesuaian atau persekitaran kawal selia yang berkaitan; anggaran kami tentang peluang pasaran dan ramalan bagi pertumbuhan pasaran mungkin terbukti tidak tepat; kami tidak mencapai keuntungan secara konsisten dari segi sejarah dan mungkin tidak mencapai atau mengekalkan keuntungan pada masa hadapan; kitaran jualan yang berpanjangan dan tidak dapat diramalkan bagi pelanggan baharu; sifat perniagaan kami yang mendedahkan kami kepada risiko liabiliti yang wujud; keupayaan kami untuk menarik, mengintegrasi dan mengekalkan kakitangan yang berkelayakan; keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan yang berjaya dengan rakan saluran dan rakan teknologi kami; keupayaan kami untuk menguruskan pertumbuhan kami dengan cara berkesan; keupayaan kami untuk bertindak balas terhadap tekanan persaingan; liabiliti berpotensi yang berkaitan dengan privasi dan keselamatan bagi maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti; keupayaan kami untuk melindungi hak harta intelektual kami, dan risiko lain yang terperinci di dalam faktor risiko kami yang dibincangkan dalam pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”), termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020 yang difailkan dengan SEC pada 26 Februari, 2021. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang termasuk di dalam siaran akhbar ini mewakili pandangan kami setakat pada tarikh siaran akhbar ini. Kami tidak berhasrat atau berkewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini tidak harus diberikan penggantungan sepenuhya sebagai mewakili pandangan kami bagi mana-mana tarikh selepas tarikh siaran akhbar ini.

Semua produk Everbridge adalah merupakan tanda perniagaan bagi Everbridge, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Semua nama produk atau syarikat lain yang dinyatakan adalah merupakan harta bagi pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211004005968/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kathryn Van Kuyk
Media-Wize
kathryn@media-wize.com
0414 726 958

Jim Gatta
Everbridge
jim.gatta@everbridge.com
+1 215-290-3799

Sumber : Everbridge, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.