- Ekspo itu untuk menyediakan pelbagai program di bawah tema ‘K-kecantikan, dari Osong di Chungcheongbuk-do kepada Dunia’
CHEONGJU, Korea Selatan, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE)-- ‘Ekspo Kosmetik & Kecantikan Osong Korea 2021’ yang dihoskan oleh Chungcheongbuk-do dan Cheongju dan dianjurkan oleh Yayasan Promosi Osong Bio, akan berlangsung selama lima hari dari 19 hingga 23 Oktober di laman web rasmi (
http://www.osongbeautyexpo.kr) dan di sekitar stesen Osong di Chungcheongbuk-do, Korea Selatan.
Ekspo itu telah diadakan sejak tahun 2013 untuk memupuk industri kosmetik dan kecantikan, sebuah industri strategik bagi Wilayah Chungcheongbuk-do, dan untuk membantu perniagaan bersaiz kecil dan sederhana memasuki pasaran luar negeri.
Tahun ini, di bawah tema ‘K-kecantikan, dari Osong di Chungcheongbuk-do kepada Dunia,’ Pavilion Promosi Perniagaan dan Produk untuk Niaga ke Niaga (B2B) akan dibuka sebagai ‘Pameran Dalam Talian,’ dengan ‘Dewan Pasaran Luar Talian’ untuk Niaga ke Pengguna (B2C). Ekspo itu menampilkan pelbagai acara terutamanya untuk B2C, seperti jualan dalam talian melalui pameran Smartstore NAVER dan perdagangan langsung.
‘Pameran Dalam Talian’ itu, sebuah pavilion promosi bagi perusahaan dan produk yang ditumpukan kepada B2B, menyediakan maklumat terperinci mengenai peserta dan produk yang dipaparkan yang dibahagikan kepada setiap kategori kosmetik, yang menjalankan satu pasukan tinjauan produk untuk menawarkan ulasan pengguna.
B2C yang memberi tumpuan kepada ‘Dewan Pasaran Luar Talian’, yang diwujudkan di stesen Osong, akan menjual barangan yang dipamerkan pada kadar harga yang berpatutan, dan pelbagai produk akan juga dipamerkan secara dalam talian melalui tempat pasaran dalam talian Smartstore NAVER dan perdagangan secara langsung.
Di samping itu, Ekspo itu menyediakan pelbagai program, seperti ‘perkhidmatan kaunseling eksport video,’ ‘e-Persidangan,’ dan ‘acara dan pengalaman dalam talian dan luar talian.’
‘Perkhidmatan kaunseling eksport video’ itu, yang hanya tersedia semasa acara itu pada tahun lalu, akan disediakan dalam talian selama empat minggu bermula 27 September tahun ini.
Melalui ‘e-Persidangan’, pakar-pakar kosmetik dari dalam dan luar negara akan memberikan ceramah video mengenai maklumat kecantikan terkini: ‘Arah aliran pengeluaran kosmetik 2021,’ ‘perubahan dasar kepada kosmetik di China,’ dan ‘arah aliran kecantikan bagi pengguna global.’
“Tahun ini, kami telah menyediakan pelbagai program seperti acara dan pengalaman yang dapat disertai secara dalam talian dan luar talian,” kata seorang pegawai dari wilayah itu, sambil menambah, “Kami berharap pengunjung akan membeli barangan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, dan pembeli dari luar negeri akan mendapatkan maklumat mengenai syarikat kosmetik tempatan melalui Ekspo itu.”
Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52499701/enHubungiEkspo Kosmetik & Kecantikan Osong Korea 2021
KO JEONG SUK
+82-43-220-4552
wjdtnr31@korea.krSumber : Ekspo Kosmetik & Kecantikan Osong Korea 2021Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA