ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  AGROBANK MENERUSKAN MISI BANTUAN 'AGROBANK DAN KOMUNITI' DENGAN MENYUMBANG RM20,000 KEPADA MANGSA BANJIR DI PENAMPANG

Monday 11/10/2021



Table
 
Penyerahan sumbangan misi bantuan Agrobank dan Komuniti disempurnakan oleh Sani Lamat, Penanggung Tugas Pengarah Wilayah Sabah Agrobank (tiga dari kanan) kepada komuniti penduduk di Penampang di sesi penyerahan kotak sumbangan kepada mangsa banjir di Penampang, Sabah 
 

PENAMPANG, Sabah, 11 Okt (Bernama) -- Agrobank meneruskan misi bantuan ‘Agrobank dan Komuniti’ dengan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah Penampang, Sabah dengan jumlah peruntukkan keseluruhan RM20,000. Sumbangan ini disalurkan oleh Agrobank dengan mengedarkan 200 barangan keperluan kepada penduduk Kampung Sugud.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Agrobank akan permasalahan dan situasi sukar semasa yang sedang dihadapi oleh penduduk sekitar Kampung Sugud di mana rutin kehidupan harian terjejas akibat bencana banjir yang melanda kawasan itu baru-baru ini.”

“Sumbangan yang diedarkan oleh Agrobank adalah berupa barangan keperluan seperti selimut, tilam dan bantal. Kami mendoakan agar mangsa banjir di kawasan yang terjejas ini tabah menghadapi dugaan dan usaha pemulihan di kawasan terbabit dapat dilaksanakan sebaiknya,” kata Khadijah.

“Kami juga berharap misi bantuan ‘Agrobank dan Komuniti’ ini sekurang-kurangnya mampu meringankan sedikit beban dan membantu penduduk Kampung Sugud di Sabah untuk meneruskan kehidupan rutin seharian mereka selepas ditimpa bencana ini,” tambahnya.

Sesi penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh Sani Bin Lamat, Penanggung Tugas Pengarah Wilayah Sabah Agrobank kepada Stanly Sikoli, Penolong Pegawai Daerah Penampang Bahagian Pembangunan di Kelab Kompleks Sukan Penampang.

Misi bantuan di Penampang ini merupakan kesinambungan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Agrobank menerusi program perdananya iaitu ‘Agrobank dan Komuniti’ yang dilancarkan dengan tujuan untuk mendekati dan menyantuni komuniti setempat di mana Agrobank beroperasi.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank

Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217 
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Norzuleana Abdul Razak
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1655 / +60 12-271 2537 
E-mel: norzuleana@agrobank.com.my 

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.