ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  STREAM I.T. CONSULTING LTD. BERGABUNG DENGAN RANGKAIAN RAKAN ALIDA UNTUK MENGOPTIMUMKAN PENGALAMAN PELANGGAN DI ASIA

Friday 22/10/2021



Perkongsian akan membolehkan jenama untuk menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih baik melalui mendengar dan bertindak berdasarkan kepada maklumat balas pelanggan

SINGAPURA, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alida, sebuah pemimpin di dalam Pengurusan Pengalaman Total (TXM), hari ini mengumumkan bahawa Stream akan menyertai Rangkaian Rakan mereka untuk menyampaikan pengalaman pelanggan (CX) dan wawasan yang terkemuka di dalam industri kepada organisasi di Asia Pasifik.

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Alida. Pengalaman mendalam dan platform Pengurusan Pengalaman Total canggih Alida melengkapkan kepakaran digital wawasan kami dan membolehkan kami untuk memperluaskan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan kami,” kata Pongsak Noonchoo, Naib Presiden Eksekutif Kanan di Stream. “Kami berminat untuk menawarkan Komuniti Wawasan yang moden yang dipelopori oleh Alida dan meningkatkan tumpuan kami di dalam bidang ini. Pelanggan kami boleh meraih manfaat yang besar daripada pengkhususan Alida dan rangkaian peranti yang berkembang di dalam Pengurusan Pengalaman Pelanggan.”

Stream bekerjasama dengan pelanggan mereka merentasi industri perbankan, insurans, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, peruncitan, dan pembuatan untuk menghasilkan penyelesaian strategik yang tiada tandingannya bagi meningkatkan perjalanan pelanggan digital dengan menggunakan penyelesaian CX yang terkemuka di dalam industri. Bersama dengan platform TXM Alida, Stream dapat memperkukuhkan penyelesaian dan kepakaran mereka untuk menyokong pelanggan mereka di dalam pertumbuhan mereka yang berterusan dalam meraih suara pelanggan mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Kami sangat beruntung untuk mengalu-alukan Stream kepada Rangkaian Rakan kami memandangkan mereka merupakan pemimpin industri di dalam perundingan CX dan dalam menyokong organisasi untuk mengemudikan tuntutan baharu bagi ekonomi digital,” kata Steven Medeiros, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar bagi APAC. “Kami teruja kerana dapat mengembangkan perkongsian dan kehadiran kami di Thailand dan merentasi wilayah APAC melalui penyampaian teknologi berinovatif yang membantu perniagaan membina perhubungan yang bermakna dengan pelanggan mereka.”

Rangkaian Rakan Alida membolehkan pertumbuhan bagi organisasi dari semua saiz dengan menyediakan perisian, pengaktifan dan sokongan pakar yang diperlukan untuk menerapkan kebenaran pelanggan menjadi tindakan. Sebagai pihak berkuasa global di dalam membangunkan komuniti yang terlibat dan dalam talian bagi mendapatkan maklumat balas pelanggan yang berterusan, rakan-rakan mempercayai perisian Alida untuk membantu mereka menyampaikan wawasan yang berkuasa dan satu kelebihan berdaya saing untuk pelanggan mereka.

“Stream adalah satu tambahan yang sangat baik kepada Rangkaian Rakan Alida. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh Asia,” kata Gary Smith, Naib Presiden Kanan, Perikatan Saluran dan Rakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian dengan Alida, sila layari www.alida.com/partners.

Maklumat mengenai Stream I.T. Consulting Ltd.

Selama 20 tahun sebagai sebuah perunding digital, Stream telah berusaha untuk memenuhi semua keperluan pelanggan korporat. Strategi kami adalah untuk menggabungkan prinsip sistem Maklumat dengan memahami nilai perniagaan. Stream menyumbang kepada ekonomi digital Thailand dan masyarakat Thailand. Hari ini, kami telah berkembang menjadi sebuah firma perunding yang mempunyai 300 orang pekerja yang diketuai oleh pemimpin generasi akan datang kami dan disokong oleh sebuah pasukan kepimpinan kanan yang mantap. Dunia sedang bergerak pantas, dan setelah menyedari perkara itu, Stream menerapkan budaya tangkas untuk memanfaatkan bakat-bakat kreatif bagi anggota pasukan kami. Kami menawarkan satu rangkaian penyelesaian digital yang unik, kebanyakannya di dalam persekitaran misi kritikal di dalam organisasi terkemuka di Thailand.

Ikuti kami di www.stream.co.th | www.facebook.com/Streamitconsulting

Maklumat mengenai Alida

Alida mempercayai di dalam sebuah dunia di mana pelanggan adalah sumber kebenaran yang muktamad. Sebuah dunia di mana keputusan perniagaan terbaik adalah keputusan yang dibuat bersama pelanggan, bukan untuk mereka. Alida mencipta Alida TXM (Pengurusan Pengalaman Total) untuk menggabungkan suara pelanggan dan pekerja dengan keupayaan untuk memperkenal dan menyampaikan pengalaman pelanggan, pekerja, produk, dan jenama yang luar biasa. Jenama ikonik seperti Twitter, Toyota, dan J. Crew memilih Alida, dahulunya Vision Critical, untuk membina jenama yang lebih mantap, tempat kerja yang lebih bahagia, portfolio produk yang berjaya, dan perhubungan pelanggan yang berkekalan.

Ikuti kami di www.alida.com dan berhubung dengan kami di media sosial @alidaCXM.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211021005677/en/

Hubungi

Media
Genevieve Raveau
Pengurus Kanan, Perhubungan Awam Global
genevieve.raveau@alida.com

Sumber : Alida

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.