ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  EIG MENANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH 10% KEPENTINGAN DALAM APLNG DENGAN HARGA AS$1.592 BILION

Monday 25/10/2021



Pemerolehan bagi Minat yang Terbesar Pernah Diketuai oleh Penaja dalam Projek LNG Bersepadu

WASHINGTON, 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka bagi sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad di mana ia akan memperoleh 10% kepentingan dalam Australia Pacific LNG Pty Limited (“APLNG” atau “Projek” itu) daripada Origin Energy Limited (“Origin”) untuk satu harga pembelian ekuiti sebanyak $1.592 bilion.

Perjanjian inovatif ini merupakan pemerolehan yang pertama bagi sebuah kepentingan di dalam satu projek LNG operasi bersepadu oleh sebuah penaja ekuiti persendirian.

Sorotan Aset dan Rasional Strategik

Sebuah projek LNG bersepadu peringkat satu dengan satu kemudahan pencecairan yang mapan, APLNG adalah projek LNG terbesar oleh  kapasiti pencecairan di kawasan pinggir laut timur Australia dan sebuah pembekal utama bagi LNG ke Asia dan gas ke pasaran domestik Australia. Projek itu, yang terletak di Gladstone, Queensland, mempunyai satu rekod prestasi yang secara konsisten telah mencapai kapasiti plet nama 9.0 Mtpa dan memegang satu kedudukan keluasan ekar utama yang merangkumi lembangan Surat dan Bowen yang prolifik, menyediakan simpanan sepanjang hayat. Projek itu beroperasi pada kos pulang modal yang kompetitif di peringkat global dan berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan LNG yang semakin meningkat di rantau Asia-Pasifik.

Projek itu dikendalikan oleh ConocoPhillips (pengendali hiliran) dan Origin Energy (pengendali huluan) dan mengekalkan kontrak LNG yang bertarikh lama dengan dua rakan niaga gred pelaburan, Sinopec dan Kansai Electric.

Sepanjang lima belas tahun yang lalu, EIG telah melabur dalam sembilan projek LNG berasingan yang terletak di enam buah negara, dan pemerolehan ini mewakili satu kesinambungan bagi strategi mereka untuk mendapatkan pendedahan kepada aset LNG yang berkualiti tinggi. Pengambilalihan itu juga dibina berdasarkan kepada kehadiran pelaburan EIG di Australia dan menyediakan EIG dengan sebuah platform untuk pertumbuhan masa depan dalam LNG global.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Ini adalah sebuah urus niaga berinovatif yang mencerminkan keyakinan kami yang teguh di dalam aset, rakan kongsi kami, dan pentingnya LNG sebagai sebuah pemboleh kritikal bagi peralihan tenaga. Urus niaga itu memanfaatkan pengalaman EIG yang luas dalam LNG global untuk menyampaikan sebuah aliran tunai yang menarik dan stabil bagi pelabur kami.”

Butiran Urus Niaga Utama

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, EIG akan mempunyai hak untuk mencalonkan seorang ahli ke Lembaga Pengarah APLNG dan akan mengekalkan hak dan perlindungan pemegang saham biasa.

Urus niaga itu telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Kaji Semula Pelaburan Asing Australia dan adalah tertakluk kepada penepian bagi hak beli dahulu oleh ConocoPhillips dan Sinopec, serta syarat penyiapan biasa yang lain.

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan urus niaga ini, dan Allens Linklaters dan Latham & Watkins berperanan sebagai penasihat undang-undang.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.5 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun, 2021. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 39 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $38.0 bilion kepada sektor tenaga melalui 373 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211024005041/en/


Hubungi

Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com 

Sumber : EIG 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.