ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  INISIATIF BAUCAR REBAT TUNAI BAGI PEMBELIAN PRODUK KRAF TEMPATAN DI OUTLET KARYANEKA SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY

Tuesday 26/10/2021



KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensi Kraftangan Malaysia dan anak syarikatnya iaitu Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd (Karyaneka) menawarkan baucar rebat tunai bagi pembelian produk kraf tempatan di 10 outlet Karyaneka yang telah pun beroperasi sepenuhnya iaitu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, MATIC Jalan Ampang, Muzium Negara, Dataran Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kompleks Kraf Melaka, Kompleks Kraf Johor, Kompleks Kraf Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Bangunan Parlimen.

Pemberian rebat tunai ini selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang diumumkan MOTAC menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan domestik serta membantu merancakkan semula industri beli-belah Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pengunjung mahupun pelancong yang berkunjung ke semua outlet Karyaneka ini berpeluang mendapatkan potongan harga rebat tunai sebanyak RM30.00 bagi setiap pembelian bernilai RM100.00.  Sebagai contoh, pembelian RM200.00, akan mendapat potongan harga sejumlah RM60.00.  Selain itu, baucar ini turut diberikan di setiap penganjuran program promosi kraf, galeri jualan kraf di setiap cawangan Kraftangan Malaysia serta outlet usahawan kraf yang berdaftar di bawah Kraftangan Malaysia.

Dalam usaha merancakkan pembelian produk kraf tempatan, baucar rebat tunai ini juga boleh digunakan di platform digital Kraftangan Malaysia seperti e-Kraf Bazar, MYCRAFTSHOPPE, Virtual Hari Kraf  Kebangsaan 2021 dan www.karyaneka.com.my.  Promosi menarik turut diberikan kepada 150 orang pembeli terawal akan mendapat hadiah istimewa daripada Kraftangan Malaysia.

Pemberian rebat tunai membolehkan pelanggan membeli dengan lebih banyak produk kraf sama ada bagi kegunaan peribadi, hiasan dan kelengkapan rumah juga sebagai hadiah dan cenderamata buat keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Dengan adanya inisiatif rebat tunai ini, secara tidak langsung memberi peluang kepada usahawan kraf meningkatkan pengeluaran produk kraf yang secara tidak langsung membantu menjana pendapatan dan memacukan ekonomi negara.

Sumber: Kraftangan Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Puan Nur Nadia binti Mohd Salleh Anuar
Tel: 017-5046540
Emel: nadia@kraftangan.gov.my

Nama: Puan Norsiah bte Hj.Basri (Karyaneka)
Tel: 013-6060452
Emel: norsiahbasri18@gmail.com

--BERNAMA  

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.