ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  AXA TERUS MEMPERKASAKAN HIDUP DALAM WAKTU KESUKARAN

Tuesday 26/10/2021



Table
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan dan memberi impak yang negatif kepada ramai pihak terutamanya golongan B40 dan kelompok masyarakat yang kurang berkemampuan. AXA Affin General Insurance telah mengagihkan makanan asas, barang runcit serta sumbangan tunai berjumlah RM103,000 kepada 541 isi rumah dan 20 rumah anak yatim di seluruh negara yang terjejas akibat pandemik ini. 
 
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan dan memberi impak yang negatif kepada ramai pihak terutamanya golongan B40 dan kelompok masyarakat yang kurang berkemampuan. Untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) berusaha untuk memainkan peranannya untuk masyarakat yang memerlukan di seluruh Malaysia. 

Kempen AXA Cares For You telah dilancarkan pada bulan Ogos 2021 untuk memberi bantuan makanan dan barang runcit kepada individu, keluarga B40 dan rumah anak yatim yang terjejas akibat pandemik ini. Dengan sokongan yang luar biasa daripada pekerja, ejen dan rakan kongsi, AXA telah mengagihkan makanan asas, barang runcit serta sumbangan tunai berjumlah RM103,000 kepada 541 isi rumah dan 20 rumah anak yatim di seluruh negara.
 
AXA juga telah menerima sumbangan berjumlah hampir RM10,000 daripada para pekerja, lalu memperuntukkan semuanya untuk dana kempen.
 
Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata, “Di AXA, kami mengambil berat dan memperkasakan komuniti kami untuk maju bersama. Kami memahami bahawa pandemik yang berterusan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap individu, keluarga dan perniagaan. Justeru itu, kami telah sedaya upaya meningkatkan inisiatif Tanggungjawab Korporat kami untuk membantu golongan yang terjejas."
 
Menyedari bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah antara sektor yang teruk terjejas, AXA juga telah memberikan sokongan kepada pelanggan dan rakan PKS melalui bantuan pesanan barang runcit berserta penghantaran untuk kempen kami. Di samping itu, AXA juga telah menyumbang 40 kanopi berjumlah RM10,000 kepada PKS untuk membolehkan mereka berniaga sepanjang bulan Ramadan. AXA juga telah menyumbang peralatan perlindungan diri dan hospital (PPE) bernilai RM8,000 kepada Hospital Ampang. Dengan inisiatif ini, AXA berharap dapat membantu meringankan beban penerima agar kita semua dapat terus  bertahan dan mendepani masa yang penuh kesukaran ini. 

Sumber: Axa Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Sheena Ho 
Tel: +603 2170 8548/012 309 1193
Emel: sheena.ho@axa.com.my 

Nama: Allison Lee
Tel: +603 2170 8259/016 228 2916
Emel: allison.lee@axa.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.