ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN KOMANWEL UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA DI 54 BUAH NEGARA

Wednesday 27/10/2021



Table
 
Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi, Mary Kay Inc. (Grafik: WEA)


NEW YORK, 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), sebuah berbilang perkongsian strategik yang merangkumi lima agensi PBB dan Mary Kay Inc., hari ini bergabung tenaga dengan Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel (CBWN) untuk memperkasa dan menyokong usahawan wanita yang terabai merentasi 54 buah negara Komanwel.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211027005291/en/

WEA direka untuk memaksimumkan impak pembangunan bagi keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita yang memupuk pertumbuhan, kelestarian dan daya ketahanan. Pada Jun 2021, WEA menyertai Forum Kesamaan Generasi di Paris dan komited untuk memperkasakan lima juta wanita di seluruh dunia menjelang tahun 2030 untuk mempercepatkan kemajuan bagi kesamaan jantina.

WEA baru-baru ini mengumumkan pelancaran satu siri inisiatif dan produk pengetahuan yang memberi impak, kesemuanya dibentuk melalui sebuah lensa gender, sebagai hasil bersama bagi kerjasama di antara Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC), PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dengan sokongan dan pembiayaan strategik dari Mary Kay. Usaha impak WEA termasuk alat dan latihan membina kapasiti digital; penyelidikan keusahawanan; dan advokasi dan latihan perolehan responsif gender (GRP).

CBWN bekerjasama dengan wanita dalam perniagaan dengan menghubungkan kerajaan dan sektor swasta untuk menggalak, memboleh dan menerapkan pemerkasaan ekonomi wanita dan wanita dalam kepimpinan. Bermula pada Mei 2021, Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel (CWEA) adalah satu perkongsian strategik pelbagai pihak daripada CBWN, Rangkaian Keusahawanan Global UK (GEN UK) dan Oxentia. Ia adalah tindak balas langsung kepada tiga perkembangan: perjanjian oleh semua Ketua Kerajaan Komanwel di London pada 2018 “untuk berusaha ke arah satu peningkatan dalam bilangan dan peningkatan kadar kejayaan bagi perniagaan yang dimiliki wanita, memecahkan halangan jantina dalam semua sektor, dan meningkatkan peluang bagi wanita untuk berdagang di peringkat antarabangsa”; pengiktirafan oleh G20 pada tahun 2020 bahawa “terdapat satu peluang yang terlepas - untuk menangani jurang yang memerlukan tindakan segera, iaitu perwakilan wanita dalam bidang baru muncul"; dan Pelan Pencepatan Global PBB untuk memajukan kesamaan jantina menjelang 2026 dan Gabungan Tindakan mengenai Keadilan dan Hak Ekonomi serta Teknologi dan Inovasi yang dilancarkan pada 2021.

Perkongsian baharu itu dengan CBWN dalam menyokong CWEA mengukuhkan lagi skop tindakan geografi WEA merentasi 54 buah negara anggota Komanwel yang pelbagai di Afrika, Asia, Amerika, Eropah dan Pasifik, dengan 32 buah negara diklasifikasikan sebagai “negara kecil.” Negara-negara kecil terutamanya amat terdedah kepada perubahan iklim dan cabaran pembangunan termasuk ketidaksamaan jantina.

Di luar perskalaan bidang kerja asas WEA dan CBWN, perkongsian itu akan juga memberi tumpuan yang signifikan kepada dasar dan advokasi untuk memajukan perubahan sistemik yang melibatkan negara anggota Komanwel dan memanfaatkan rangkaian organisasi dan pemegang kepentingan utama mereka dalam menyokong wanita di dalam perniagaan atau bakal usahawan wanita di dalam dan merentasi Komanwel.

“Kami tahu bahawa perkongsian pelbagai pihak berkepentingan dan penglibatan kolektif adalah penting untuk memacukan perubahan yang diperlukan oleh usahawan wanita merentasi sektor di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “WEA sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel dan Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel. Kerjasama kami akan memberi tumpuan kepada memperluas, memperkuat dan mempercepatkan impak. Kami lebih berkuasa bersama-sama, dan saya menantikan perjalanan tindakan kolektif kami dalam menyokong SDG.”

“Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pemecut Keusahawanan Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam inisiatif penting ini supaya kita dapat membuka kunci dan melepaskan kuasa dan potensi bagi lebih ramai wanita daripada pelbagai latar belakang,” kata Freda Miriklis, Pengerusi, Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel. “Melalui perkongsian ini, kita akan dapat memanfaatkan aset kolektif kita dengan lebih cepat - untuk wanita, komuniti mereka dan setiap gadis yang boleh dan akan mendapat inspirasi daripada kisah mereka.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita, sila layari we-accelerate.com.

Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita

Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) adalah satu inisiatif pelbagai perkongsian mengenai keusahawanan wanita yang merangkumi 5 agensi PBB, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dan Mary Kay Inc. untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang tahun 2030.

Matlamat utama bagi inisiatif itu adalah untuk memaksimumkan kesan pembangunan oleh keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan untuk usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut itu memberi contoh kekuatan transformasi bagi satu pelbagai perkongsian dengan kekuatan unik untuk memanfaatkan potensi usahawan wanita.

Ketahui lebih lanjut di we-accelerate. Ikuti kami: Twitter (We_Accelerator), Instagram (@we_accelerator), Facebook (@womensentrepreneurshipaccelerator), LinkedIn (@womensentrepreneurshipaccelerator)

Maklumat mengenai Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel

Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel (CBWN) bekerjasama dengan wanita dalam perniagaan dengan menghubungkan Kerajaan dan sektor swasta untuk menggalak, memboleh dan menerapkan pemerkasaan ekonomi wanita. Ini dicapai melalui penyampaian aktiviti, inisiatif, produk dan perkhidmatan yang tertumpu kepada perdagangan, bakat dan latihan. Ia adalah satu-satunya organisasi bertauliah yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi wanita dan diiktiraf secara langsung oleh 54 kerajaan merentasi enam benua. Ketahui lebih lanjut di www.cbwn.org

Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel

Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel adalah satu perkongsian pelbagai pihak berkepentingan strategik mengenai keusahawanan wanita yang ditubuhkan sebagai satu keputusan daripada Sidang Kemuncak Keusahawanan Wanita Komanwel (CWES) yang pertama pada Mei 2021, acara global pertama yang memberi tumpuan kepada wanita dalam sektor teknologi baru muncul. CWES ​​telah diadakan oleh Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel; Rangkaian Keusahawanan Global; Kerajaan United Kingdom (Wanita dalam Rangkaian Inovasi, sebuah program Inovasi UK); dan rangkaian usahawan wanita terbesar di Afrika (AWEP: Program Keusahawanan Wanita Afrika). Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel itu adalah satu perkongsian di antara Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel, Rangkaian Keusahawanan Global-UK dan Oxentia. Ketahui lebih lanjut di www.thecwea.org

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211027005291/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau   media@mkcorp.com

Sumber: Pemecut Keusahawanan Wanita

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.