ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  KERJASAMA IKIM-UZBEKISTAN DIPERKUKUH DENGAN WEBINAR 'ISLAM'TODAY'

Thursday 28/10/2021



KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- IKIM dengan kerjasama Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan telah menganjurkan satu webinar secara dalam talian bertemakan ‘Islam Today’ (Islam Pada Hari Ini) pada 21 Oktober 2021. Webinar ini merupakan satu penzahiran Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani antara kedua-dua institusi  pada 4 Jun 2020.

Antara objektif webinar ini adalah: i) memahami pengaruh Islam ke atas kemajuan serta pencapaian manusia dalam tamadun Islam; ii) membincangkan bagaimana Islam menyediakan penyelesaian terbaik kepada cabaran dan masalah yang dihadapi oleh dunia hari ini dan; iii) sebagai satu usaha menghargai dan memperakui sumbangan ilmuwan-ilmuwan awal Muslim kepada bidang sains dan keilmuan serta pengaruh mereka dalam dunia moden hari ini.

Dalam siri pertama webinar ‘Islam Today’, dua orang pembentang telah dijemput untuk membentangkan tajuk-tajuk berkaitan pendekatan Islam kepada penyelesaian masalah semasa dan peranan ilmuwan Muslim dalam tamadun Islam. YBhg Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, mantan Ketua Pengarah IKIM yang juga merupakan pemegang Kursi Kelestarian UKM dan Yayasan Sime Darby serta Profesor Kehormat Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya telah membentangkan tajuk ‘Islam and Environmental Sustainability’. Pembentang kedua pula ialah Encik Otabek Mukhammadiev, Timbalan Pengarah Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan yang telah membahaskan tajuk ‘Alaudin Usmandi and His Role in Islamic Civilization’. IKIM mengharapkan agar webinar ini mampu mendatangkan kesan yang baik kepada usaha-usaha memberi kefahaman tentang Islam dan kekayaan warisan ilmu yang terdapat dalamnya bagi djadikan panduan  dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh dunia hari ini.

Unit Perhubungan Korporat
28 Oktober 2021

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my


Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.